Kelaster

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Kelaster ialah sebuah filem komedi seram Malaysia 2020 arahan Razif Rashid terbitan D'Alpha Legacy.[1] Diinspirasikan dari situasi pandemik COVID-19 di Malaysia, filem ini dibintangi oleh Nora Danish, Achey Bocey, Meerqeen, Azhan Rani dan Amyza Aznan, dan ditayangkan pada 24 September 2020 di Astro First.[2][3]

Fakta Segera Pengarah, Penulis ...
Remove ads

Sinopsis

Kelaster ialah sebuah kisah seram tentang bagaimana tiga orang pelajar yang terperangkap di kolej kediaman selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan. Dua pelajar lelaki Usop dan Zul terpaksa menemani Ain, yang bersendirian sehingga terpaksa mencari bantuan di asrama lelaki. Tragedi pelik mula berlaku apabila mereka cuba mendapatkan bantuan untuk Ain. 

Keadaan bertambah rumit selepas Usop dan Zul berkongsi kisah mengenai gangguan hantu serta makhluk halus yang pernah mereka lalui. Tiba giliran Ain untuk kongsikan pengalamannya, Ain terus menghilangkan diri. Usop dan Zul segera mencari Ain dan ketika di temui, Ain sedang berada di dalam Bas berdekatan dengan Kolej mereka. Di situlah segala misteri dan rahsia gangguan yang mereka bertiga alami terungkai.

Remove ads

Pelakon

Penerbitan

Kelaster ialah karya sulung terbitan D'Alpha Legacy. Menurut penerbit eksekutifnya, Sanjay Kumar Veerasingam, pihaknya mendapat idea menerbitkan filem itu setelah melihat apa yang berlaku ketika tempoh PKP. Tempoh sesi penggambaran hanya mengambil masa enam hari dan penggambaran dijalankan di Kolej Antarabangsa Unifield.[6][7]

Keluaran dan sambutan

Kelaster ditayangkan pada 24 September 2020 di Astro First.[8] Sejak tayangan perdana rasmi, filem ini berjaya menduduki tempat pertama di carta filem Astro First.[9]

Seorang pengulas untuk portal filem Kakimuvee menyifatkan filem ini "boleh dikatakan lebih teruk dari Miimaland, sangat teruk baik dari segi barisan pelakon, jalan cerita sehingga ke genrenya sendiri".[10]

Lihat juga

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads