Kalis Kasih

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Kalis Kasih merupakan sebuah siri drama televisyen Malaysia 2018 arahan oleh Nazir Jamaluddin. Dibintangi oleh Amar Baharin, Mawar Rashid, Elvina Mohamad dan Syazwan Zulkifli. Siri ini bersiaran di Slot Samarinda TV3 dari 2 April hingga 2 Mei 2018 menggantikan Melankolia.[1][2]

Fakta Segera Genre, Ditulis oleh ...

Siri ini boleh didapati melalui penstriman dalam talian di saluran YouTube rasmi TV3.[3]

Remove ads

Sinopsis

Kisah tentang Amanda dan Dania yang merupakan sepupu yang sebaya tetapi karakter mereka ketara berbeza. Amanda ialah anak bandar yang terpaksa tinggal dengan keluarga Dania di kampung semenjak kematian orang tuanya. Apabila dewasa, Amanda telah berkahwin dengan Khair. Dania menjadi pengasuh anak Amanda iaitu Iris. Amanda cemburu melihat Iris rapat dengan Dania. Amanda terjatuh tangga sehingga kandungan keduanya keguguran dan rahimnya terpaksa dibuang. Iris pula meninggal dunia akibat keracunan makanan ketika Amanda runsing ibu mentuanya mendesak Khair kahwin lain. Dania telah cacat wajahnya akibat ditolak oleh Sandra yang mempunyai dendam lama pada Amanda kerana gagal kahwin dengan Khair. Bard iaitu bekas tunangan Dania ikhlas berkahwin dengan Dania walaupun wajahnya cacat. Dania dan Bard menghadiahkan salah seorang anak kembar mereka kepada Amanda dan Khair.

Remove ads

Pelakon

Pelakon utama

Pelakon pembantu

Penampilan khas

Remove ads

Penerbitan

Dalam temuramah bersama Sensasi Selebriti, Nazir Jamaluddin berkata: "Perbezaan drama ini dengan drama lain adalah ia memaparkan tiga watak utama, namun mereka bukanlah dalam situasi cinta tiga segi. Kalis Kasih menekankan lebih kepada nilai kasih sayang antara keluarga dan kepentingan keharmonian rumah tangga".[4]

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads