Anugerah Juara Lagu ke-34
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Anugerah Juara Lagu 34 (AJL34) merupakan konsert dan majlis penghargaan tahunan bagi karya muzik Malaysia yang diperkumandangkan dalam carta Muzik Muzik TV3 musim 2019.
Remove ads
Separuh Akhir Muzik Muzik
Sebanyak 30 buah lagu telah layak ke peringkat separuh akhir dengan pemarkahan 40% hasil daripada undian peminat di Carta Mingguan manakala baki 60% dinilai oleh juri professional. [1] Untuk pentas akhir pertandingan Juara Lagu ke-34 sebanyak 12 lagu telah terpilih dari 3 pusingan separuh akhir yang telah berlangsung pada 15, 22 dan 29 November 2019.
Anugerah Juara Lagu
Persembahan di pentas akhir telah diadili oleh 10 orang juri iaitu Azmeer, Edrie Hashim, Datuk Wah Idris, Altimet, Helen Yap, Datuk Mokhzani, Sharon Paul, Aznul Haidi, Cat Farish dan Ajai selaku ketua juri.[2] Pentas AJL34 juga turut menawarkan peluang buat penonton untuk mengundi atas talian bagi kategori Persembahan Terbaik yang akan menyumbang kepada 50 peratus markah keseluruhan, manakala baki 50 peratus adalah daripada juri profesional.[3]
Berikut adalah senarai finalis yang berentap di AJL34 mengikut turutan persembahan.
Remove ads
Pemenang
- Juara Lagu - Sumpah (Naim Daniel), RM 50,000 dan trofi
- Naib Juara - Bangun (Aman RA), RM 35,000 dan trofi
- Tempat Ketiga - Anta Permana (Bob Yusof), RM 20,000 dan trofi
- Vokal Terbaik - Kisah Cinta Kita (Hafiz Suip), RM 12,000 dan trofi
- Persembahan Terbaik - Kisah Cinta Kita (Hafiz Suip), RM10,000 dan trofi
- Anugerah Pilihan Peminat Setel - Lembah Kesepian (Haqiem Rusli), trofi.
Jemaah Juri
- Mohd Faizal Maas (Ajai) - Ketua Juri
- Edrie Hashim
- Aznul Haidi
- Dato Mokhzani Ismail
- Dato Wah Idris
- Sharon Paul
- Helen Yap
- Cat Farish
- Altimet
- Azhar Abu Bakar (Azmeer)
Rangkuman Acara
![]() | Bahagian trivia adalah tidak digalakkan di bawah garis panduan Wikipedia. Rencana ini boleh diperbaiki dengan menyatukan bahan relevan dan membuang bahan yang kurang sesuai. |
- Hafiz Suip menjadi penyanyi pertama yang mengungguli kategori Vokal Terbaik sebanyak empat (4) kali sepanjang penganjuran Anugerah Juara Lagu. Sebelum ini, beliau pernah memenangi kategori tersebut pada AJL25, AJL26 dan AJL27.
- Dato' Sri Siti Nurhaliza membuat penampilan istimewa semasa persembahan lagu "Anta Permana" yang dinyanyikan oleh Bob Yusof.
- Finalis AJL34 diberikan jolokan "power final" oleh Azmeer yang berperanan sebagai Ketua Juri semasa saingan Separuh Akhir Muzik Muzik 34. Azmeer juga dilaporkan telah merayu kepada pihak produksi untuk menambah satu tempat lagi supaya menjadi 13. Walau bagaimanapun, pihak juri hanya dibenarkan untuk memilih 12 lagu ke pentas akhir.[18][19]
- Aman RA yang terlebih dahulu membuat persembahan selingan pada AJL 33 dengan lagu "Bangun" layak ke final AJL 34 dengan lagu yang sama, satu-satunya lagu hip-hop yang bertanding di Separuh Akhir Muzik Muzik 34 dan Anugerah Juara Lagu 34.
- Penampilan pertama di pentas akhir AJL buat penyanyi seperti Naim Daniel,Kugiran Masdo,Aina Abdul dan Fairuz Misran(menggantikan Faizal Tahir).
- "Ragaman" dan "Anta Permana" masing-masing dipersembahkan oleh Fairuz Misran dan Bob Yusof terpilih ke final setelah penyanyi asal memilih untuk tidak berentap di Muzik-Muzik dan AJL.
- AJL34 merupakan penampilan kedua Bob Yusof sebagai penyanyi gantian. Beliau menyampaikan lagu "Kasih Tercipta" pada AJL22 bagi menggantikan Faizal Tahir yang diharamkan untuk mengadakan persembahan secara langsung peda ketika itu.[20]
- 3 band/kumpulan berjaya ke pentas akhir AJL kali ini iaitu Drama Band,Kugiran Masdo dan Kumpulan Akim & The Majistret.
- Persembahan Aina Abdul yang bermotifkan membunuh diri/berdarah mengundang rasa kurang senang pihak yang terlibat dalam Sektor Kesihatan apabila memuatnaik kritikan di Facebook rasmi Public Health Malaysia, perbuatan ini jelas melanggar garis panduan yang ditetapkan.[21]
- Persembahan Drama Band yang bermotifkan badut dan sikap hipokrit menampilkan kritikan sosial yang lantang dan bertenaga dalam persembahan mereka malangnya mendapat kritikan sesetengah pihak yang tidak berpuas hati dengan tindakan mereka kerana melibatkan isu politik.
- Instrumen Gitar, Bass dan Keyboard yang tidak dimainkan semasa persembahan Hazama & Penglipurlara adalah simbolik kepada rakan-rakan pemuzik yang telah kembali ke Rahmatullah baru-baru ini iaitu, Allahyarham Faizal Uzir atau Lok U (keyboard), Fauzi Samin aka Aji (gitar) dan Ally Rahman @ Wan Kelly Abd Rahman (bass) mereka adalah pemuzik yang berkecimpung sejak sekian lama dalam industri muzik tanah air.
Remove ads
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads