Aina Abdul

Penyanyi, penulis lagu, penerbit rakaman dan pelakon Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia

Aina Abdul
Remove ads

Nurul Aina Abdul Ghani (lahir 25 Oktober 1993)[1] merupakan seorang penyanyi bersuara besar dan popular di Malaysia, komposer dan juga penulis. Beliau juga terkenal dengan gaya fesyen yang berani, luar biasa dan lain dari yang lain. Pernah juga menjadi pelakon dalam sebuah drama iaitu “Seindah Takdir Cinta” yang digandingkan bersama Amyra Rosli. [2][3][4] Kerjayanya dalam industri hiburan bermula setelah beliau menyertai program realiti Mentor Legend, dengan Ella sebagai mentornya, dan Aina dinobatkan sebagai Naib Juara Mentor Legend 2014/15. Single sulungnya yang bertajuk "Ini Yang Kau Mahu" dirakam dan dilancarkan pada tahun 2015.[5][6][7][8][9]

Fakta Segera Kelahiran, Pendidikan ...
Remove ads

Kehidupan awal

Aina dilahirkan pada 25 Oktober 1993 di Johor Bahru, Johor dan dibesarkan di Seremban, Negeri Sembilan.[10] Beliau merupakan anak bongsu daripada lima beradik kepada pasangan Abdul Ghani Abdullah dan Zaini Abdullah.[10] Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Sri Mawar, Senawang, kemudiannya melanjutkan pelajaran di peringkat menengah di Sekolah Menengah Kebangsaan Puteri.[10] Setelah memperoleh Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Aina melanjutkan pelajaran di Universiti UCSI, Kuala Lumpur,[11][10] sehingga tamat pengajian pada tahun 2020 dan memperoleh ijazah Sarjana Muda Muzik Kontemporari pada tahun 2021.[12][13]

Bapanya meninggal dunia pada 2008 akibat pelbagai masalah kesihatan, ketika Aina baru berusia 15 tahun.[14] Dalam temubual bersama Sinar Harian pada April 2021, Aina menyifatkan kehilangan bapanya membuatnya lebih tabah menghadapi cabaran, dan berkata:

Kehilangan abah membuatkan saya menjadi wanita tabah dan berani berdepan dengan apa sahaja cabaran. Lagipun perjuangan saya dalam industri seni adalah dedikasi buatnya.[10]

Remove ads

Kerjaya

Aina memulakan kerjaya muziknya sebagai penyanyi freelance pelbagai dine place serta lounge termasuk No Black Tie.[15] Beliau kemudian terpilih sebagai salah seorang finalis Pertandingan Irama 1Malaysia anjuran Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada tahun 2010. Pada tahun berikutnya, beliau memenangi tempat kedua Bintang Idola Berita Harian 2011, diikuti dengan kemenangan di tempat pertama dalam pertandingan Golden Voices of PJ pada tahun 2012.[16]

Pada tahun 2014, Aina terpilih sebagai salah seorang peserta rancangan Mentor Legend dan berjaya dinobatkan sebagai naib juara.[17][18] Selepas tamat Mentor Legend, beliau terpilih untuk mewakili Malaysia di World Championship of Performing Arts (WCOPA) 2014 yang berlangsung di Hollywood, Los Angeles, California, A.S. dan menjadi pemenang Vocalist of the World.[19]

Beliau mengikat kontrak bersama Indigital Music dan muncul dengan single pertamanya, "Ini Yang Kau Mahu" pada September 2015. Pada tahun 2017, Aina muncul dengan lagu bahasa Inggeris sulungnya yang bertajuk "Reminiscing",[20] diikuti dengan lagu bahasa Inggeris keduanya, "Shadows" pada 2018.[21]

Beliau memulakan kerjaya lakonan dengan memegang watak sebagai Irma di dalam drama Seindah Takdir Cinta pada tahun 2016.[22]

Pada tahun 2020, Aina menjadi salah seorang peserta The Masked Singer Malaysia dengan menggayakan kostum Bunga Raya, bunga kebangsaan Malaysia dan berjaya merangkul gelaran juara.[6] Beliau seterusnya menyertai Vokal Mania dan Separuh Akhir Muzik Muzik 35.[23][24] Pada 26 Disember 2020, beliau telah dinobatkan sebagai juara Vokal Mania bersama Aisha Retno sebagai Juara Rookie.[25][26]

Pada Disember 2020, lagunya yang berjudul "Semalam" telah layak mara ke Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) yang berlangsung di Auditorium MBSA Shah Alam pada 14 Mac 2021, tanpa kehadiran penonton disebabkan pandemik COVID-19. "Semalam" mencatatkan detik bersejarah bagi Aina bersama para peminatnya, Ainations setelah berjaya dinobatkan sebagai Naib Juara di AJL35.

Pada 8 Februari 2021, Aina melancarkan singlenya yang bertajuk "Sepi". "Sepi" menceritakan pengalaman jatuh dan bangun beliau dalam bidang muzik, terutama pengalamannya sebagai penyanyi kelab malam.[27] Muzik videonya telah diterbitkan bagi mempromosikan lagu ini, yang mana Aina memilih kelab malam sebagai lokasi penggambaran.[15][28]

Pada September 2021, Aina muncul dengan single yang menggunakan namanya sendiri sebagai tajuk lagu; AINA ABDUL. Lagu ini menggabungkan tiga lagu popularnya iaitu "Sumpah", "Semalam" dan "Sepi". Menurut Aina, gabungan lagu ini ialah simbolik kepada isi hati dan apa yang dirasai selama ini.[29][30] Ini kemudian diikuti dengan pelancaran single bahasa Inggerisnya yang bertajuk "Fool" pada Disember 2021. Lagu ini turut mendapat tempat di Jepun.[31][32]

Pada 16 dan 17 Disember 2021, Aina mengadakan konsert solo pertamanya, A Night with Aina Abdul yang berlangsung di Bsync Live Kuala Lumpur.[33][34] Edisi kedua konsert ini kemudiannya diadakan pada 25 dan 26 Jun 2022 di Panggung Sari, Istana Budaya.[35][36][37]

Beliau kemudian tampil dengan sebuah single berkonsep kerohanian yang berjudul "CahayaMu" pada Mac 2022.[38]

Pada Jun 2022 Aina muncul dengan single bertajuk "Terus Hidup". "Terus Hidup" telah layak mara ke Anugerah Juara Lagu ke-37 (AJL 37) yang berlangsung di Axiata Arena Bukit Jalil (Stadium Axiata Arena) pada 12 Februari 2023, dan dinobatkan sebagai Juara AJL 37. Aina Abdul turut membawa pulang trofi untuk anugerah Vokal Terbaik AJL37.

Kecemerlangan Aina Abdul diteruskan menerusi konsert berskala besar pertama beliau, A Night with Aina Abdul 3.0 di Axiata Arena, Bukit Jalil yang bertemakan Aina Abdul.

Oktober 2023 memperlihatkan Aina muncul dengan album sulung berjudul IMAJI menampilkan 14 buah lagu. Lagu "Jangan Mati Rasa Itu" menjadi single pertama yang diperkenalkan dan turut layak mara ke Anugerah Juara Lagu ke-38 pada 3 Mac 2024 di Axiata Arena, Bukit Jalil.

Minggu pertama 2024 Aina menggegarkan Kota Singa melalui konsert pertama beliau di Singapura, A Night With Aina Abdul Live In Singapore. Aina juga telah di pilih untuk membuat persembahan pembukaan konsert buat penyanyi tersohor Korea Selatan, Ailee menerusi I Am: Here di Megastar Arena, Kuala Lumpur pada 22 Jun 2024.

Remove ads

Bakat

Profil vokal

  • Jenis suara: Lyric Soprano
  • Julat vokal: Bb2-A5-A6
  • Julat vokal yang disokong secara konsisten: E3-Eb5-B5
  • Aina mengaplikasikan teknik “Chesty Mix” dalam nyanyian. Oleh itu bunyi yang dihasilkan kedengeran berat dan penuh.
  • Aina Abdul dikenali dengan julat vokalnya yang luas dan fleksibel. Beliau mampu mencapai nota rendah (low notes) yang stabil serta nota tinggi (high notes) yang sangat kuat dan penuh emosi. Secara amnya, julat vokal Aina Abdul dikatakan berada dalam lingkungan:
    • Alto ke Soprano
    • Boleh mencapai nota rendah sekitar G3 dan nota tinggi sehingga C6 atau lebih, bergantung pada lagu dan teknik yang digunakan. Kekuatan utama Aina Abdul adalah pada teknik belting yang kukuh serta pengawalan pernafasan yang mantap. Beliau juga terkenal dengan penghayatan emosi dalam setiap persembahan, menjadikan vokalnya lebih berimpak dan menyentuh perasaan.

Teknik Vokal Aina Abdul:

  1. Belting:
    • Aina mempunyai teknik belting yang sangat kemas dan stabil, terutamanya pada nota tinggi.
    • Contoh: Lagu Jangan Mati Rasa Itu dan Sepi mempamerkan kemampuan beliau mengekalkan kekuatan vokal pada nada tinggi.
  2. Vibrato:
    • Aina sering menggunakan vibrato pada penghujung frasa untuk memberikan sentuhan emosi.
  3. Falsetto dan Head Voice:
    • Beliau mahir menggunakan falsetto dan head voice untuk memberikan kesan lembut dan mendayu, contohnya dalam lagu Sumpah.
  4. Teknik Riff & Run:
    • Teknik ini memberi kesan dinamik pada lagu, seperti dalam persembahan AJL35 dengan lagu Sumpah.
  5. Dynamic Control:
    • Aina sangat bijak mengawal dinamik vokal, bermula dari nada lembut dan rendah sebelum meningkat ke nada kuat dan tinggi.

  • Membuat penampilan khas dalam Akademi Fantasia 9 (2011) untuk berkongsi teknik vokalnya.
  • Menjadikan penyanyi antarabangsa seperti Beyoncé, Jessie J, dan Adele sebagai inspirasi dari segi teknik vokal dan penghayatan, sekaligus mempengaruhi gaya muzik dan persembahannya.
  • Aina antara penyanyi yang mempunyai kawalan dinamika suara yang cemerlang di Malaysia. Lagu yang menyerlahkan kekuatan beliau seperti Bilang dan Menua yang merupakan lagu di dalam album Imaji.
Remove ads

Kehidupan peribadi

Pencapaian luar negara

Pada Mac 2022, Aina Abdul terpilih menghiasi papan iklan digital gergasi di Times Square, New York, Amerika Syarikat (AS) sebagai sebahagian daripada kempen EQUAL oleh wadah penstriman digital, Spotify.[39]

Single bahasa Inggeris Aina bertajuk "Fool" yang dilancarkan pada tahun 2021 telah mendapat tempat dan permintaan di stesen radio Jepun.[31][32]

Aina muncul menerusi konsert berskala antarabangsa beliau di Singapura pada 6 Januari 2024, A Night with Aina Abdul in Singapore.

Kontroversi

Penggayaan fesyen Aina yang dilihat bersifat eksentrik dan luar biasa sering menjadi bualan netizen di ruangan media sosial dan juga tajuk utama di laman portal berita hiburan. Pada Mei 2022, netizen mengkritik cara pemakaian Aina yang dilihat mirip rahib atau biarawati gereja. Namun beliau menegaskan bahawa beliau hanya menghargai cara penampilan tersebut sebagai fesyen sahaja.[40] Selain itu, Aina juga acap kali dituduh sebagai seorang mangsa fesyen sehingga dikritik berpenampilan menyerupai plastik sampah pada acara Minggu Fesyen Kuala Lumpur 2022 (KLFW 2022) oleh usahawan kontroversi, Nur Sajat pada Ogos 2022.[9] Pada acara Anugerah Bintang Popular Berita Harian yang ke-35 (ABPBH35) pada Julai 2023, Aina mencuri tumpuan ramai dengan penampilan busana oversize rekaan Behati dan tiba di acara tersebut menggunakan lori berkaca lutsinar.[41]

Sebagai salah seorang finalis Anugerah Juara Lagu ke-34, Aina membuat persembahan lagunya bertajuk "Sumpah" dengan menampilkan persembahan berdarah. Persembahan ini telah mencetuskan kontroversi di media sosial yang mengatakan lagu ini mengetengahkan tema bunuh diri.[42][43] Walau bagaimanapun, beliau menafikan dan menegaskan bahawa persembahannya bermaksud "hati yang terluka" dan disokong oleh kebanyakan netizen.[44]

Remove ads

Diskografi

Singles

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...
Remove ads

Filemografi

Drama

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Televisyen

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Mentor Legend

Berikut ialah senarai persembahan Aina dalam Mentor Legend:

Maklumat lanjut Minggu, Tema ...
Remove ads

Konsert & Showcase

Maklumat lanjut Tahun, Konsert ...
Remove ads

Anugerah dan pencalonan

Maklumat lanjut Tahun, Anugerah ...
Remove ads

Pelantikan dan pengiktirafan

Pelantikan

Kempen Kerajaan

  • Dipilih Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) untuk menyanyikan lagu versi kedua sempena Kempen Cuti-Cuti Malaysia 2022 - "Menemui Semula"
  • Wakil Malaysia membuat persembahan di ABU TV Song Festival 2023 anjuran Asia-Pacific Broadcasting Union (ABU).
  • Dipilih sebagai penyanyi rasmi utuk lagu tema ASEAN Malaysia Summit 2025 menerusi lagu, "Our Land, Our Home".

Produk

  • Duta Produk Kecantikan "Trulooks" (2022)
  • Duta Tudung "Face Of Galeri Hajra" (2023)
  • Duta Air Minuman “Spritzer” (2024)
  • Duta Jenama Pakaian "Amber" (2025)
  • Iklan komersial bersempena Ramadhan dan Hari Raya bersama KFC, "Rindu Dulu-Dulu, Rindu KFC" (2025)

Pengiktirafan

Pengiktirafan lain

  • Aina Abdul diiktiraf sebagai duta EQUAL Spotify untuk Singapura & Malaysia (2022)
  • Visual Icon Of The Year - SEBA (2023)
  • Anugerah Diva Terulung KNKV Viral Award (2024)

Catatan

    Rujukan

    Pautan luar

    Loading related searches...

    Wikiwand - on

    Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

    Remove ads