Bank Pembangunan Islam

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Bank Pembangunan Islam atau (Inggeris:Islamic Development Bank) merupakan satu institusi pembangunan kewangan pelbagai hala terletak di Jeddah, Arab Saudi. Cadangan penubuhan bank ini berlaku ketika penemuaan menter-menteri kewangan negara-negara Islam di Sidang Pertubuhan Kerjasama Islam atau OIC yang pertama pada 18 Disember 1973, bersamaan 23 Zulkaedah 1393 Hijrah. Aktiviti bank bermula pada 20 Oktober 1975, bersamaan 15 Syawal 1395 Hijrah. Terdapat 56 negara sebagai pemegang saham di dalam bank ini.

Fakta Segera Jenis/bentuk sah, Industri ...

Selain Jeddah menjadi pusat operasi, Bank Pembangunan Islam juga terdapat pejabat-pejabat serantau yang terletak di Rabat,Maghribi; Kuala Lumpur, Malaysia;Almaty, Kazakhstan dan Dakar, Senegal. Bank ini juga mempunyai wakil bidang dari negara-negara seperti Afghanistan, Azerbaijan, Bangladesh, Guinea Conakry, Indonesia, Iran, Nigeria, Pakistan, Sierra Leone, Sudan, Uzbekistan dan Yemen.

Remove ads

Pemegang Saham

Arab Saudi merupakan sebagai pemegang saham yang terbesar di bank ini.[1] Libya merupakan negara kedua pemegang saham terbesar, manakala Iran yang ketiga terbesar.

Berikut adalah pemegang-pemegang saham yang lain (mengikut benua dan turutan nilai saham yang dipegang):

Remove ads

Malaysia sebagai Ahli Lembaga

Ibu pejabat Bank Pembangunan Islam bagi rantau Asia Pasifik, terletak di Menara Bank Pembangunan,Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur. Malaysia diwakili oleh Perdana Menteri Mahathir Mohamad sebagai ketua kerajaan. Wakil Malaysia menjadi Lembaga Pengarah Eksekutif, dikerusi oleh Tan Sri Dr. Wan Abdul Aziz Wan Abdullah.

Mahathir mempengerusikan Suruhanjaya Wawasan 1440H Bank Pembangunan Islam yang dibentuk pada 5 Februari 2005.

Remove ads

Pautan Luaran

1. Laman Sesawang Rasmi Islamic Development Bank (Inggeris)

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads