Daerah Kota Setar
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Kota Setar merupakan sebuah daerah yang terletak di Kedah, Malaysia. Daerah inilah terletaknya Bandar Alor Setar iaitu ibu negeri Kedah.


Remove ads
Asal-usul nama
Nama Kota Setar berasal daripada perkataan setar atau pokok ‘stak’ (Bouea macrophylla) yang tumbuh di kawasan ini.
Sejarah
Sejak tahun 1991, seluruh Daerah Kota Setar terletak di bawah pentadbiran Pejabat Daerah Kota Setar merangkumi 34 buah mukim, manakala pentadbiran tanahnya pula terbahagi kepada pentadbiran Pejabat Tanah Kota Setar merangkumi 28 buah mukim dan Pejabat Tanah Pokok Sena merangkumi enam buah mukim. Pada 1 Januari 2008, daerah Pokok Sena telah diasingkan daripada daerah Kota Setar selepas tertubuhnya Pejabat Daerah dan Tanah Pokok Sena.[2]
Pihak berkuasa tempatan di daerah Kota Setar ialah Majlis Bandaraya Alor Setar. Majlis Bandaraya Alor Setar telah dinaiktaraf dari Majlis Perbandaran Kota Setar pada 28 November 2003 sekaligus menjadi bandaraya ke-sembilan di Malaysia.[3]
Remove ads
Geografi
Daerah Kota Setar bersempadan dengan daerah Kubang Pasu di utara, daerah Pokok Sena di timur, daerah Pendang di tenggara, daerah Yan di selatan dan Selat Melaka di barat.
Mukim
Berikut merupakan keluasan dan populasi penduduk bagi mukim-mukim di Kota Setar.
Bil | Senarai Mukim | Keluasan (km²)[4] | Populasi Penduduk[5] |
1 | Kota Setar | 6.29 | 22,364 |
2 | Kuala Kedah | 9.95 | 20,924 |
3 | Tajar | 44.35 | 16,244 |
4 | Derga | 29.48 | 32,227 |
5 | Alor Merah | 5.59 | 9,655 |
6 | Pengkalan Kundor | 41.28 | 61,357 |
7 | Anak Bukit | 8.9 | 10,700 |
8 | Titi Gajah | 13.02 | 4,999 |
9 | Kubang Rotan | 22.0 | 6,716 |
10 | Kangkong | 22.53 | 8,640 |
11 | Langgar | 10.36 | 8,262 |
12 | Limbong | 7.06 | 1,620 |
13 | Mergong | 12.58 | 27,616 |
14 | Sungai Baharu | 5.75 | 2,024 |
3 | Sala Kechik | 15.61 | 6,927 |
16 | Lengkuas | 8.61 | 1,939 |
17 | Bukit Pinang | 9.9 | 8,616 |
18 | Alor Malai | 7.76 | 30,747 |
19 | Telok Kechai | 7.75 | 9,894 |
20 | Telok Chengai | 5.21 | 6,964 |
21 | Tebengau | 16.94 | 4,714 |
22 | Gunong | 19.24 | 7,475 |
23 | Padang Lalang | 23.99 | 9,263 |
24 | Telaga Mas | 13.53 | 3,538 |
25 | Lepai | 6.78 | 3,313 |
26 | Hutan Kampong | 10.09 | 7,962 |
27 | Padang Hang | 21.97 | 4,405 |
28 | Pumpong | 11.18 | 18,071 |
Bandar dan pekan

Remove ads
Demografi
Pecahan penduduk mengikut jantina di daerah Kota Setar (2010)
Lelaki (49.96%)
Perempuan (50.04%)
Mengikut bancian penduduk Malaysia 2010, jumlah penduduk di daerah Kota Setar ialah seramai 357,176 orang dengan kepadatan penduduk 850 orang perkilometer persegi.[5] Penduduk paling ramai berbangsa Melayu iaitu seramai 262,027 orang. Terdapat sebanyak 86,456 isi rumah dengan 93,190 tempat kediaman.[5]
Remove ads
Kerusi di Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri
Senarai wakil rakyat daerah Kota Setar dalam Dewan Rakyat
Senarai wakil rakyat daerah Kota Setar dalam Dewan Undangan Negeri Kedah
Remove ads
Pendidikan

Berikut merupakan statistik institusi pendidikan di daerah Kubang Pasu sehingga tahun 2019[6];
Sekolah*
*tidak termasuk sekolah swasta atau sekolah di bawah Jabatan Agama Negeri
Remove ads
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads