Parti Amanah Negara

parti politik di Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia

Parti Amanah Negara
Remove ads

Parti Amanah Negara (Tulisan Jawi: ڤرتي أمانه نڬارا , singkatannya AMANAH) ialah sebuah parti politik di Malaysia yang diasaskan oleh Mohamad Sabu bersama bekas pimpinan PAS yang keluar daripada parti tersebut. Parti ini pada asalnya bernama Malaysia Workers' Party (Parti Pekerja-Pekerja Malaysia) yang ditubuhkan pada 1978 dan kemudiannya parti ini diserahkan kepada Gerakan Harapan Baru (G18) dan dijenamakan semula sebagai Parti Amanah Negara yang dilancarkan pada 16 September 2015.[1] AMANAH adalah parti politik yang mempunyai ideologi Islam progresif dan reformis. Ia juga merupakan salah satu daripada parti-parti yang tergabung dalam Pakatan Harapan.

Fakta Segera Singkatan, Presiden ...
Thumb
Pejabat cawangan Parti Amanah Negara di Iskandar Puteri, Johor.
Remove ads

Sejarah penubuhan

Malaysian Workers' Party (Parti Pekerja-Pekerja Malaysia)

Parti Pekerja-Pekerja Malaysia telah ditubuhkan pada Januari 1978 oleh Ganga Nayar, wanita pertama yang mengetuai sebuah parti politik di Malaysia. Parti tersebut mempunyai calon tunggal, iaitu presidennya sendiri untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum 1978 di Parlimen Sungai Besi serta di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungei Way. Beliau telah kehilangan deposit di kedua-dua buah kerusi pemilihan. Sejak itu, Parti Pekerja-Pekerja Malaysia tidak bertanding di mana-mana Pilihan Raya di Malaysia. Parti Pekerja-Pekerja Malaysia adalah parti yang tidak aktif sehingga diambil alih oleh Gerakan Harapan Baru pada 31 Ogos 2015. Simbol atau logo Parti Pekerja-Pekerja Malaysia adalah sebatang cangkul dengan sebuah gerigi gear berlatarbelakang warna hijau gelap.[2]

Pengambilalihan oleh Gerakan Harapan Baru

Gerakan Harapan Baru mengambil alih PPPM selepas cubaan menubuhkan Parti Progresif Islam (PPI) ditolak oleh Kementerian Dalam Negeri. Gerakan Harapan Baru telah bersetuju dengan satu-satunya syarat yang diberikan oleh ahli-ahli PPPM yang menghendaki Gerakan tersebut untuk tidak bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN) dan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO).[3][4][5][6][7] Pengerusi Gerakan Harapan Baru, Mohamad Sabu berkata, pihaknya akan menukar nama Parti Pekerja-Pekerja Malaysia kepada Parti Amanah Negara (Amanah). Sebaik sahaja Amanah diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan (RoS), ianya telah dilancarkan secara rasmi pada 16 September yang juga merupakan Hari Malaysia dengan sekurang-kuranya 35,000 orang penyertaan ahli.[8]

Penjenamaan semula kepada Parti Amanah Negara

Ahli-ahli PPPM telah bersetuju membenarkan pertukaran nama Parti Pekerja-Pekerja Malaysia kepada Amanah dalam mesyuarat agung tergempar (EGM) pada 8 September 2015, yang turut mempersetujui perubahan logo dan bendera.[9]

Amanah telah dilancarkan secara rasmi pada 16 September 2015 di peringkat kebangsaan, sementara ia masih menunggu kelulusan Pendaftar Pertubuhan (RoS). Amanah adalah pengambilalihan dan penjenamaan semula Parti Pekerja untuk menjadi sebuah parti politik baru yang diterajui oleh para pemimpin yang telah meninggalkan PAS.[10] Logo baru dan bendera telah diumumkan pada pelancaran rasminya pada 16 September 2015.[11]

Remove ads

Penjawat jawatan terkini (sesi 2023-2026)

Jawatankuasa Pimpinan Nasional

Data semasa 7 Januari 2023[12]

Maklumat lanjut Nama, Jawatan ...

Pengerusi Amanah Negeri

Setakat 14 Februari 2024.[13]

Maklumat lanjut Negeri, Nama ...

Timbalan Pengerusi Amanah Negeri

Maklumat lanjut Negeri, Nama ...

Angkatan Wanita AMANAH Negara (AWAN)

Data setakat 22 Disember 2023[14]

Maklumat lanjut Jawatan, Nama ...
Remove ads

Wakil Rakyat

Dewan Negara

Senator

Ahli-ahli Senator Malaysia tidak dipilih secara pilihanraya. Setiap daripada 13 dewan undangan negeri memilih dua Senator; baki 44 dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. Amanah mempunyai tiga orang Ahli Dewan Negara yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong. Ahli Dewan Negara yang terkini dari Parti Amanah Negara ialah Mohd Hasbie Muda dan Mohd Hatta Md Ramli dilantik pada bulan Mac 2023.[15]

Maklumat lanjut Lantikan, Tempoh ...

Dewan Rakyat

Ahli Parlimen Malaysia

Amanah mempunyai 8 orang Ahli Dewan Rakyat.

Maklumat lanjut Negeri, No. ...

Dewan Undangan Negeri

Ahli Dewan Undangan Negeri

Amanah mempunyai 11 anggota dewan undangan negeri. Ia mempunyai wakil di negeri Johor, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pulau Pinang dan Perak. AMANAH di bawah PH bersama-sama menubuhkan Kerajaan Perpaduan di Pulau Pinang, Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka dan mempunyai satu wakil di Johor. AMANAH mempunyai 2 wakil EXCO di Selangor dan 1 EXCO di Perak serta diberi jawatan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Sembilan, YB Dato' MK Ibrahim Abd Rahman (bukan ADUN) dan Timbalan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri Sembilan (ADUN Bayan Lepas).

Maklumat lanjut Negeri, No. ...
Remove ads

Sejarah penyertaan pilihan raya

Penyertaan Amanah dalam pilihan raya bermula dengan Pilihan Raya Negeri Sarawak 2016, beberapa bulan selepas penubuhannya. Kemudian Amanah menghantar calon dalam Pilihan raya kecil Parlimen Kuala Kangsar 2016 yang merupakan kawasan parlimen pertama yang ditandingi parti itu. Dalam Pilihan raya umum Malaysia 2018, Amanah bersama-sama parti komponen Pakatan Harapan menggunakan simbol Parti Keadilan Rakyat. Wakil rakyat Amanah telah berada dalam Dewan Rakyat dan beberapa Dewan Undangan Negeri seawal penubuhan mereka pada 2015 kerana sebelum penubuhan parti, mereka merupakan ahli dan calon Parti Islam Se-Malaysia dalam Pilihan raya umum Malaysia 2013.

2023

Pilihan raya kecil

Maklumat lanjut No, Negeri ...

Pilihan raya negeri Kedah

Maklumat lanjut No, DUN ...

Pilihan raya negeri Pulau Pinang

Maklumat lanjut No, DUN ...

Pilihan raya negeri Kelantan

Maklumat lanjut No, DUN ...

Pilihan raya negeri Terengganu

Maklumat lanjut No, DUN ...

Pilihan raya negeri Negeri Sembilan

Maklumat lanjut No, DUN ...

Pilihan raya negeri Selangor

Maklumat lanjut No, DUN ...

2022

Pilihan raya umum Malaysia

Maklumat lanjut No., Parlimen ...

Pilihan raya negeri Perlis

Maklumat lanjut No, DUN ...

Pilihan raya negeri Perak

Maklumat lanjut No, DUN ...

Pilihan raya negeri Pahang

Maklumat lanjut No, DUN ...

Pilihan raya negeri Johor

Maklumat lanjut No, DUN ...

2021

Pilihan raya negeri Sarawak

Maklumat lanjut No, DUN ...

2020

Pilihan raya negeri Melaka

Maklumat lanjut No, DUN ...

Pilihan raya negeri Sabah

Maklumat lanjut No, DUN ...

2018

Pilihan raya umum Malaysia

Maklumat lanjut No, DUN ...

Pilihan raya negeri Perlis

Maklumat lanjut No, DUN ...

Pilihan raya negeri Kedah

Maklumat lanjut No, DUN ...

Pilihan raya negeri Kelantan

Maklumat lanjut No, DUN ...

Pilihan raya negeri Terengganu

Maklumat lanjut No, DUN ...

Pilihan raya negeri Pulau Pinang

Maklumat lanjut No, DUN ...

Pilihan raya negeri Perak

Maklumat lanjut No, DUN ...

Pilihan raya negeri Pahang

Maklumat lanjut No, DUN ...

Pilihan raya negeri Selangor

Maklumat lanjut No, DUN ...

Pilihan raya negeri Negeri Sembilan

Maklumat lanjut No, DUN ...

Pilihan raya negeri Melaka

Maklumat lanjut No, DUN ...

Pilihan raya negeri Johor

Maklumat lanjut No, DUN ...

Pilihan raya negeri Sabah

Maklumat lanjut No, DUN ...

2016

Pilihan raya kecil

Maklumat lanjut No, Negeri ...

Pilihan raya negeri Sarawak

Maklumat lanjut No., DUN ...

2013

Pilihan raya umum Malaysia
Maklumat lanjut No., Kawasan ...

Pilihan raya negeri Kedah

Maklumat lanjut No, DUN ...

Pilihan raya negeri Perak

Maklumat lanjut No, DUN ...

Pilihan raya negeri Selangor

Maklumat lanjut No, DUN ...

Pilihan raya negeri Johor

Maklumat lanjut No, DUN ...

Pilihan raya negeri Pahang

Maklumat lanjut No, DUN ...

Pilihan raya negeri Kelantan

Maklumat lanjut No, DUN ...
Remove ads

Figura pimpinan dalam kerajaan

Ketua kerajaan negeri

Maklumat lanjut Negeri, Jawatan ...

Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri

Maklumat lanjut Negeri, Nama ...

Ahli Dewan Negara

Maklumat lanjut Lantikan, Nama ...

Anggota Jemaah Menteri Persekutuan

Maklumat lanjut Nama, Konstituensi ...
Remove ads

Lihat juga

Rujukan

Pautan Luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads