Dain Said
Pengarah, pelakon, penulis skrip dan penerbit Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Dain Said merupakan seorang pengarah, pelakon, penulis skrip dan penerbit dari Malaysia. Beliau memulakan kerjayanya sebagai seorang pengarah melalui filem Dukun (2007) dan mula memahat namanya dalam industri perfileman Malaysia menerusi filem Bunohan (2012). Pada tahun 2009, beliau bersama Nandita Solomon telah menubuhkan syarikat Apparat Sdn. Bhd. yang menumpukan pada penerbitan filem.[1]
Remove ads
Kehidupan awal
Beliau membesar di Kuala Lumpur, Malaysia dan bergraduan pada tahun 1990 dalam Filem dan Fotografi dari Universiti Westminster, London.[2]
Kerjaya filem
Selepas tamat pengajian, beliau bekerja untuk beberapa filem pendek, rancangan televisyen, iklan, pemasangan media dan dokumentari. Dain mengarahkan filem pertamanya pada tahun 2006, Dukun, tetapi diharamkan tayangannya berikutan ia mempunyai kaitan dengan kes Mona Fandey.[3] Filem kedua arahannya, Bunohan[4] ditayangkan pada 2012 dan merupakan penyerahan Malaysia di Anugerah Akademi bagi Filem Bahasa Asing Terbaik.[5]
Filem ketiga arahannya, Interchange dikeluarkan pada Disember 2016,[6] dan dipertontonkan di Festival Filem Antarabangsa Locarno pada Ogos 2016, empat bulan sebelum tayangannya.[7]
Pada 5 April 2018, filem Dukun arahan beliau lakonan Umie Aida sebagai Diana Dahlan dibenarkan tayangannya sekaligus menamatkan 12 tahun penantian beliau untuk menyaksikan filem ini ditayangkan.[8]
Remove ads
Kolaborasi
Dain mempunyai beberapa pelakon yang berlakon di dalam lebih daripada satu filem arahannya. Faizal Hussein, Bront Palarae dan Nadiya Nisaa ialah pelakon yang kerap bekerjasama dengan beliau, muncul dalam tiga filem.
Filemografi
Filem
Telefilem
Filem pendek
Remove ads
Anugerah dan pencalonan
Remove ads
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads