Festival Filem Malaysia ke-30

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Festival Filem Malaysia ke-30 disampaikan oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) untuk filem-filem terbaik tahun 2017/2018. Ia berlangsung pada 30 Mac 2019 di Dewan Plenari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dan dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Adibah Noor.[1] Sebanyak 42 filem telah dipilih untuk bertanding di festival ini[2] dan tema bagi acara ini ialah Inspirasi Sinemaku.[3][4]

Fakta Segera Tarikh, Tempat ...

Filem Crossroads: One Two Jaga arahan Namron telah memenangi 6 anugerah daripada 9 pencalonan yang diterima termasuk Filem Terbaik dan Pengarah Terbaik,[5] manakala Dukun telah memenangi 4 anugerah daripada 9 pencalonan yang diterima, termasuk Pelakon Wanita Terbaik. PASKAL dan Munafik 2 masing-masing menerima tiga pencalonan. FFM30 diadakan seminggu sebelum Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2019 yang berlangsung pada 7 April 2019.

Remove ads

Gambaran keseluruhan

Pengumuman rasmi FFM30 diadakan pada Julai 2018, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) mengumumkan bakal memberi kelainan kepada penganjuran FFM30 dengan membuka penyertaan daripada filem antarabangsa terutama negara Asia.[6]

Pada 7 September 2018, tarikh penganjuran yang ditetapkan untuk festival ini diadakan ialah pada 8 Disember 2018 selepas beberapa kali ditunda akibat masalah teknikal.[7] FFM30 pada asalnya dijadualkan untuk penganjurannya pada September, namun ditunda ke Disember akibat peralihan kerajaan sebelum memilih tarikh penganjuran 30 Mac 2019.[8]

Menurut Pengarah festival Abdul Khalid Moulod dalam satu sidang akhbar pada 12 Mac 2019, sebanyak 42 filem akan berentap bagi membolot anugerah dalam 24 kategori yang dipertandingkan dalam FFM-30 yang dijadual berlangsung pada 30 Mac. "Daripada 42 filem itu, 25 dalam bahasa Melayu, 10 bahasa Cina termasuk dua Kantonis dan tujuh bahasa Tamil,"[9] Tarikh tutup bagi penyertaan filem yang dipertandingkan ialah pada 31 Disember 2018, pengumuman Top 5 untuk semua 24 kategori termasuk kategori utama seperti Filem Terbaik, Pengarah Terbaik dan Pelakon Terbaik diumumkan pada 7 Januari 2019.[10]

Pada malam anugerah, FFM 30 tidak lupa untuk mengenang jasa penggiat seni yang telah kembali ke Rahmatullah. Lagu "Pelangi Petang" nyanyian asal Allahyarham Sudirman Haji Arshad dipersembahkan oleh Innuendo dan Flag Nation didedikasikan khas kepada pelakon dan penyanyi seperti Tan Sri Jins Shamsuddin, Zaibo, Pak Ngah, Norma Alang, Saleem, Mior Ahmat Zaudi dan ramai lagi.[11] Barisan penyampai anugerah terdiri daripada Pekin Ibrahim, Liyana Jasmay, Izzue Islam, Faizal Hussein, Fauziah Nawi, Zul Ariffin, Fauziah Ahmad Daud dan ramai lagi.

Remove ads

Pemenang dan pencalonan

Anugerah

Pemenang disenaraikan terlebih dahulu, diserlahkan dalam teks tebal, dan ditandakan dengan pisau berganda (double-dagger).[12]

Filem Terbaik
Pengarah Terbaik
Pelakon Lelaki Terbaik
Pelakon Wanita Terbaik
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik
Pelakon Pembantu Wanita Terbaik
Pengarah Harapan
Pelakon Kanak-Kanak Terbaik
Pelakon Wanita Harapan
Pelakon Lelaki Harapan
Lakon Layar Terbaik
Sinematografi Terbaik
Cerita Asal Terbaik
Kostum & Busana Terbaik
Penataan Bunyi Terbaik
Penataan Seni Terbaik
  • Chan Hsien Yu - Guang double-dagger
    • Tunku Tommy Mansur & David Manjit - Pulang
    • Wong Tay Sy - Mrs K
    • Nazrul Asraff Mazlan - Dukun
    • Chan Hsien Yu - Guang
Kesan Khas Terbaik
Penyunting Terbaik
Skor Muzik Terbaik
  • Nick Davis - Two Sisters double-dagger
Poster Terbaik
Lagu Tema Terbaik[a]

Anugerah khas

Anugerah Khas Juri 1
Anugerah Khas Juri 2
Anugerah Khas Juri 3
Anugerah Karyawan Sepanjang Zaman
Anugerah Penggiat Belakang Tabir
Filem Box Office

Filem dengan pencalonan terbanyak

Maklumat lanjut Jumlah pencalonan, Filem ...
Maklumat lanjut Jumlah kemenangan, Filem ...
Remove ads

Penyampai dan penghibur

Individu yang berikut, yang disenaraikan dalam susunan rupa, menyampaikan anugerah atau membuat persembahan muzik.

Penyampai

Maklumat lanjut Nama, Peranan ...

Penghibur

Maklumat lanjut Penyanyi, Lagu yang dipersembahkan ...
Remove ads

Kontroversi

Beberapa jam sebelum FFM30 berlangsung, pelakon Sharifah Amani, yang memenangi Pelakon Wanita Terbaik FFM19 dikatakan enggan hadir ke FFM30. Dalam kenyataannya di laman Twitter, keputusan itu diambilnya kerana tidak sanggup berpura-pura sedangkan ramai dalam kalangan penggiat seni masih bergelut mencari nafkah hidup: "Saya tidak dapat meyakinkan diri untuk berpura-pura untuk kelihatan cantik dan meraikan apabila kebanyakan penggiat seni dalam industri kita tidak dapat membayar bil, memberi makan kepada keluarga atau memenuhi keperluan mereka,".[13][14]

Pelakon Nur Fazura menafikan dakwaan penampilan beliau dan suami, Fattah Amin sebagai penyampai trofi di FFM30, ialah atas permintaan peribadi, selain menjadi syarat yang perlu dipenuhi penganjur. Mereka berdua tampil sebagai trofi bagi kategori Anugerah Khas Juri dan masing-masing mendapat undangan rasmi sebagai penyampai trofi.[15]

Remove ads

Catatan

  1. Kelainan ditonjolkan ketika menyampaikan pencalonan untuk kategori Lagu Tema Terbaik. Calon-calon tidak ditunjukkan dalam VT atau dibacakan, sebaliknya dipersembahkan dalam nyanyian oleh Zizi Kirana, Billy Zulkarnain dan Nicole Lai.[11]

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads