WIRA (filem)

Filem aksi Malaysia 2019 arahan Adrian Teh From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

WIRA merupakan sebuah filem aksi Malaysia 2019 arahan Adrian Teh dan ditulis oleh Anwari Ashraf. Ia berkisarkan mengenai kisah seorang bekas tentera yang dahulunya melarikan diri akibat tidak tahan dikawal tetapi kembali ke pangkuan keluarga untuk membela nasib mereka. Filem ini dibintangi oleh Hairul Azreen, Fify Azmi, Henley Hii, Zizan Razak, Dain Said dan Josiah Hogan serta pelakon Indonesia Ismi Melinda dan Yayan Ruhian. Filem ini ditayangkan pada 21 November 2019 dan mendapat respon dan reaksi positif daripada peminat mahupun pengkritik filem tempatan.[1][2][3][4]

Fakta Segera Pengarah, Penulis ...
Remove ads

Sinopsis

Filem ini mengisahkan tentang karakter utamanya, Hassan (Hairul Azreen) yang merupakan seorang bekas tentera yang telah membawa diri meninggalkan keluarganya sejak kecil. Dia menyertai tentera bukan sahaja untuk mengawal “setan” dalam dirinya tetapi juga tidak sanggup melihat hidup keluarganya dan orang sekelilingnya yang ditekan dan dikawal oleh Raja (Dain Said).

Setelah menyempurnakan khidmat untuk negara, Hassan kembali juga demi keluarga dan menyelesaikan hutang adiknya Zain (Fify Azmi) atas kekalahan pertandingan seni bela diri campuran dianjurkan oleh Raja. Hassan dan Zain terpaksa bertanding sekali lagi dengan Vee (Ismi Melinda) dan Rayyan (Josiah Hogan), kedua-dua anak Raja. Apakah halangan yang akan mereka hadapi seterusnya? Adakah Hassan mampu menyelamatkan keluarga dan orang di sekelilingnya?

Remove ads

Pelakon

Pelakon utama

  • Hairul Azreen sebagai Leftenan (B) Hassan Munas, bekas tentera (diinspirasikan daripada watak Arman Rahmat lakonan beliau dalam filem PASKAL)
  • Fify Azmi sebagai Mejar (TUDM) Zain, adik Hassan yang tinggal bersama-sama ayahnya. Berjaya menjadi juruterbang Sukhoi TUDM pada pengakhiran filem ini
  • Ismi Melinda sebagai Vee, anak perempuan Raja yang sukakan seni bela diri campuran
  • Hilal Azman sebagai Munas, ayah kepada Hassan dan Zain
  • Dain Said sebagai Raja, tauke kilang kondom, ketua penjenayah & bapa kepada Vee dan Rayyan
  • Yayan Ruhian sebagai Ifrit, orang kanan Raja (juga berkhidmat sebagai pengarah lagak ngeri}
  • Henley Hii sebagai Inspektor Boon Hua, kawan Hassan yang bekerja sebagai polis yang ingin menangkap Raja setelah sekian lama
  • Josiah Hogan sebagai Rayyan, adik kepada Vee
  • Azri Sabri sebagai Nazmi, jiran Hassan
  • Zizan Razak sebagai samseng 1
  • Jack Lim sebagai samseng 2

Pelakon tambahan

  • Sam Chong sebagai Alvin
  • Hazzy Alzeeq sebagai Pejal
  • Zee Khan sebagai Khatijah
  • Kuew Teow, Jude Jerry, Fauzan, Hassan Abdul Azeez, Azzamuddin & Farid Razali sebagai konco Nazmi
  • Alieshah binti Mohd Kamaruzaman sebagai konco Rayyan
  • Trisha Ooi sebagai konco Vee

Pelakon undangan

  • Bohai sebagai peninju
  • Riki Rikando sebagai pemandu bas (aksi)
  • Badrul sebagai pemandu bas (tambahan)
  • Yap Wee Choy & Munzir sebagai pengadil
  • Kareno, Fudail, Faiz, Trisna Irawan, Ali Sukarno & Cece Hernawan sebagai pegawai peribadi Raja
  • Echo Quah sebagai samseng gaji
  • Andy Teh sebagai peninju MMA
  • Iman Iskandar & Nabil Zakaria sebagai orang muda
  • Sasi Subramainam (Sasidaran) sebagai budak flat

Penampilan kameo

Remove ads

Keluaran

WIRA ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia dan Singapura pada 21 November 2019 sebaris dengan filem Frozen II dan seminggu sebelum Ejen Ali: The Movie ditayangkan yang juga dibawah Primeworks Studios. Majlis pratonton filem ini diadakan pada 19 November 2019.[5] Teaser treler filem WIRA telah dimuat naik di saluran YouTube Astro Shaw pada 22 April 2019, manakala treler rasminya dikeluarkan pada 16 Oktober 2019.[6]

Sambutan

Kutipan pecah panggung

Filem WIRA bersama-sama Ejen Ali: The Movie (terbitan bersama Primeworks Studios) dan Pusaka (terbitan Astro Shaw) menduduki carta Top 10 Movies @ GSC direkodkan pada 29 November 2019 di mana WIRA duduki tempat ke-3, Pusaka tempat ke-5 dan Ejen Ali: The Movie kedudukan teratas[7]. Facebook Ejen Ali berterima kasih kepada penonton yang menonton filem tempatan samada filem animasi Malaysia dan filem lakonan anak Malaysia. WIRA telah meraih kutipan sebanyak RM2.2 juta dalam masa empat hari tayangan.[8]

Ulasan kritis

Dashiran Yohan dari Lowyat.net memuji filem dan meluahkan pendapat beliau mengenai filem ini: "Wira mempunyai beberapa momen yang terbaik dalam aksi tulen yang saya lihat sepanjang tahun, sangat bergaya dan memberi inspirasi kepada gambar, bukan hanya dari segi pawagam Malaysia tetapi pawagam global. Ini semua perkara lain yang dicampur di antara yang jatuh rata".[9] Bissme S. dari The Sun Daily pula berpendapat: "Secara peribadi, WIRA bukan sebuah filem Malaysia yang buruk untuk menghabiskan masa menonton anda. Anda pasti akan merasakan deruan adrenalin".[10] Menulis untuk The Star Online, Mumtaj Begum berhujah bahawa "WIRA meletakkan apa yang boleh dilihat sebagai adegan pertandingan klimaktik 40 minit ke dalam filem. Ia merupakan perjuangan dua-dalam-dua di gelanggang, dan ia agak menarik".[11]

Remove ads

Muzik

Fakta Segera "Penindas", Dilancarkan ...

Lagu tema bagi WIRA ialah "Penindas" nyanyian Ara Johari bersama W.A.R.I.S hasil nukilan W.A.R.I.S sendiri bersama dengan Wan dan Ziin serta diterbitkan oleh Ziin. Lagu ini jelas ditujukan kepada Raja yang menindas tempat tinggal untuk membina sebuah kilang dan memberikan tanah haram kepada penduduk yang tinggal.

Format dan senarai runut

Maklumat lanjut Penstriman Digital, No. ...
Remove ads

Anugerah dan pencalonan

Maklumat lanjut Anugerah, Kategori ...

Trivia

  • Filem ini menggunakan latar tempat Ulu Langat (Hulu Langat) sebagai tempat di mana keluarga Hassan tinggal
  • Filem ini merupakan filem gabungan pelakon-pelakon Malaysia dan Indonesia[13]. Kali terakhir filem aksi Malaysia mempunyai gabungan lebih daripada satu negara ialah filem Polis Evo 2 (juga lakonan Zizan) terbitan Astro Shaw iaitu Malaysia, Indonesia dan Singapura
  • Zizan Razak memegang watak antagonis buat pertama kali dalam sejarah lakonan beliau. Ia merupakan watak sampingan. Filem pertama antagonis utama dalam lakonan Zizan ialah Dol dalam filem "Merewang Keluarga Pak Awang" arahan Adlin Aman Ramlie juga terbitan Astro Shaw
  • Filem ini merupakan filem pertama di bawah kredit produksi ACT 2 Pictures. Filem ini juga merupakan filem kedua dengan kerjasama Astro Shaw dan Primeworks Studios, dua syarikat televisyen gergasi Malaysia bekerjasama dalam membuat filem selepas Sangkar arahan Kabir Bhatia yang keluar pada tahun yang sama
  • Filem ini merupakan filem Malaysia pertama dalam format 4DX ekslusif di GSC
Remove ads

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads