Jalaluddin Alias
ahli politik Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Datuk Seri Haji Jalaluddin bin Haji Alias (Jawi: جلال الدين بن ألياس; lahir 5 September 1963) ialah seorang ahli politik di Malaysia yang berkhidmat sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) Negeri Sembilan dalam pentadbiran kerajaan negeri Pakatan Harapan (PH) di bawah Menteri Besar Aminuddin Harun sejak Ogos 2023, Ahli Dewan Rakyat bagi Jelebu sejak Mei 2018 serta Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi Pertang dari Mei 2013 hingga Mei 2018 dan sekali lagi sejak Ogos 2023. Beliau pernah berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan dalam pentadbiran Barisan Nasional (BN) di bawah bekas Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob dan bekas Menteri Wilayah Persekutuan Shahidan Kassim dari Ogos 2021 sehingga kejatuhan pentadbiran BN pada November 2022, Pengerusi UDA Holdings Berhad dari Mei 2020 hingga November 2021, Ahli EXCO Negeri Sembilan dalam pentadbiran kerajaan negeri BN di bawah bekas Menteri Besar Mohamad Hasan dari Mei 2013 hingga kejatuhan pentadbiran BN negeri pada Mei 2018 dan ADUN bagi Kelawang dari Mac 2004 hingga Mac 2008. Beliau merupakan ahli Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), sebuah parti komponen dalam gabungan BN. Beliau juga berkhidmat sebagai Pengerusi Perhubungan UMNO Negeri Negeri Sembilan sejak Mac 2023.[1]
Remove ads
Politik
Jalaluddin bertanding bagi kerusi Pertang dalam pilihan raya umum 2013 dan memenangi kerusi tersebut. Selepas pilihan raya, beliau dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (EXCO) yang memegang portfolio Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan di bawah kepimpinan Menteri Besar, Mohamad Hasan.[2]
Beliau kemudian bertanding bagi kerusi Jelebu dalam pilihan raya umum 2018 dan memenangi kerusi tersebut. Beliau menggantikan penyandang terdahulu, Zainudin Ismail, yang meninggal dunia akibat komplikasi tumor otak yang dialami tahun sebelumnya.[3]
Remove ads
Keputusan pilihan raya
Remove ads
Anugerah
Malaysia :
Wilayah Persekutuan :
Darjah Yang Mulia Mahkota Wilayah Pangkat Kedua, Seri Mahkota Wilayah (SMW) – Datuk Seri (2021)[11][12]
Negeri Sembilan :
Darjah Setia Negeri Sembilan Yang Amat Dihormati Pangkat Ketiga, Darjah Dato’ Paduka Negeri Sembilan (DPNS) – Dato' (2014)[13]
Darjah Setia Negeri Sembilan Yang Amat Dihormati Pangkat Kelima, Darjah Setia Negeri Sembilan (DNS) (2001)
Sabah :
Darjah Yang Amat Mulia Kinabalu Pangkat Kedua, Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK) – Datuk (2007)
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads