Fathia Latiff
Pelakon wanita Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Nur Fathia Abdul Latiff (dalam tulisan Jawi نور فتحاي عبداللطيفف, lahir 1 September 1987) merupakan seorang pelakon, penyannyi dan peragawan Malaysia. [1]
Beliau terkenal menerusi watak lakonannya sebagai Ummu Hani di dalam drama Hani bersama dengan Ryzal Jaafar, Siti Fathiyah Ibrahim, Nurul Elfira Loy dan Esma Daniel, sebagai Nabila di dalam drama Nur Kasih dan sebagai Dewi Yusra di dalam drama Dia... Isteri Luar Biasa bersama dengan Shukri Yahaya dan Keith Foo. Dan yang paling terkini dalam drama Menanti Februari bersama dengan Zul Ariffin.[2]
Remove ads
Kehidupan awal
Fathia Latiff dilahirkan pada 1 September 1987 di Air Itam, Pulau Pinang dan merupakan anak sulung daripada empat beradik kepada pasangan Abdul Latiff bin Tahir dan Badriyah binti Hassan. Beliau merupakan lulusan dalam bidang undang-undang di Universiti Teknologi MARA (UiTM).
Kerjaya
Fathia Latiff mula melibatkan diri dalam bidang lakonan pada 2009 apabila beliau memegang peranan watak pembantu dalam siri drama Nur Kasih bersama-sama dengan pelakon utamanya, Tiz Zaqyah, Fizz Fairuz dan Remy Ishak, di mana beliau memegang watak sebagai Nabila.
Beliau berlakon dalam filem seram Al-Hijab arahan Pierre Andre terbitan Empat Samudera Plantation Sdn Bhd, beliau memegang watak sebagai Qiss, kekasih Rafael lakonan Pierre. Filem ini ditayangkan pada 6 Oktober 2011.[3] Beliau turut berlakon dalam filem Nasi Lemak 2.0 arahan pengarah kontroversi, Namewee. Dalam filem ini, beliau memegang watak pembantu sebagai isteri kedua kepada seorang nelayan yang dilakonkan oleh Afdlin Shauki dan ditayangkan di pawagam pada 8 September 2011.
Selain itu, beliau memegang watak negatif dalam Bertaut Kasih, beliau sekali lagi bergandingan dengan Ryzal Jaafar dan Fida Ibrahim (sepupu Dato' Sri Siti Nurhaliza).
Antara 2009 hingga 2013, beliau berlakon dalam beberapa drama dan telefilem seperti Bila Musang Berjanggut, Ms. Cinta, Cinta Halal dan Diandra.
Beliau memegang watak utama dalam siri drama Ariana Rose, drama yang diadaptasi daripada novel bertajuk The Wedding Breaker karya Evelyn Rose.[4][5]
Filem lakonannya, Darah Panas ditayangkan di pawagam pada Jun 2015 dan diterbitkan oleh White Merpati Entertainment Sdn. Bhd., beliau memegang watak sebagai Syahana.[6]
Remove ads
Kehidupan peribadi
Fathia Latiff pernah menjalin hubungan cinta dengan pelakon dan penyanyi, Aiman Hakim Ridza, pelakon utamanya dalam drama bersiri Diandra. Namun, perhubungan mereka berakhir pada Disember 2015.[7][8]
Filemografi
Filem
Drama
Drama web
Telefilem
Teater
Remove ads
Diskografi
Anugerah dan pencalonan
Remove ads
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads