Fizz Fairuz

Pelakon dan ahli perniagaan Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia

Fizz Fairuz
Remove ads

Dato' Mohd. Fairuz Zainal Abidin atau lebih dikenali sebagai Fizz Fairuz (lahir 22 Oktober 1979) merupakan seorang pelakon, ahli perniagaan, pengarah, penerbit dan penyampai radio Malaysia.[2] Beliau memulakan kerjaya awal sebagai pelagak ngeri, kemudiannya memulakan kerjaya lakonan profesional dengan Dua Hati. Namanya mula dikenali selepas memegang watak Aidil dalam drama bersiri Nur Kasih gandingan bersama Tiz Zaqyah.

Fakta Segera Kelahiran, Pekerjaan ...

Selain peranan lakonan di televisyen, Fizz juga terkenal dengan peranan filem termasuk Anak Halal (2007), Syurga Cinta (2009), Nur Kasih The Movie (2011), Jiwa Taiko (2012) dan Hantu Kapcai (2012), Gila-Gila Remaja 2 (2013), Mat Tudung (2014) dan Dollah Superstar (2014), Cicakman 3 (2015), Munafik (2016-18) dan Mat Tudung Begins (2023)[3] Fizz juga pernah memenangi anugerah Pelakon Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011, setelah 3 kali tercalon sejak 2009. Selain itu, beliau turut menyumbang kepada kemajuan dan infrastruktur di negeri kelahirannya, Pahang Darul Makmur.[4]

Fizz merupakan pengasas syarikat Rainmaker Creation Sdn. Bhd. yang mengkhususkan pengurusan dan penganjuran acara.[5] Beliau berkahwin dengan pelakon Almy Nadia pada 2014 dan hasil perkahwinannya, beliau dikurniakan tiga orang cahaya mata dan satu anak angkat.[6]

Remove ads

Kehidupan awal

Fizz dilahirkan pada 22 Oktober 1979 di Raub, Pahang dan mempunyai adik-beradik seramai 9 orang. Beliau merupakan anak keempat. Beliau menerima pendidikan awal dan seterusnya di peringkat menengah, Fizz berkelulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).[perlu rujukan]

Kerjaya

20062010: Permulaan kerjaya

Beliau mula berkecimpung dalam bidang seni sebagai pelakon lagak ngeri dalam beberapa produksi drama dan filem. Dari situ, beliau diasah menjadi pelakon terkenal dan membintangi filem pertamanya, Castello arahan Bade Hj. Azmi, lakonan Rosyam Nor yang ditayangkan pada 5 Januari 2006. Drama pertama lakonan Fizz ialah Dua Hati yang dibintangi oleh Linda Rafar dan Jue Aziz.[7]

Orang Minyak arahan Jamal Maarif dan CK Karan, menyaksikan Fizz menjayakan watak sebagai Munir. Filem ini ditayangkan pada 25 November 2007, dan merupakan satu kegagalan komersial.[8] Fizz kemudiannya memegang watak sebagai Lut dalam filem drama aksi Anak Halal arahan Osman Ali lakonan Farid Kamil, Maya Karin dan Fasha Sandha yang ditayangkan pada 13 Disember 2007.[9]

Pada tahun 2008 sahaja, Fizz tidak berlakon filem, sebaliknya lebih fokus kepada drama dan telefilem. Beliau berlakon bersama Emelda Rosmila yang melakonkan dua watak dalam drama Kekasihku Seru. Dalam drama ini, beliau menjayakan watak sebagai Rashad yang baru sahaja kehilangan isteri dan anaknya dalam kemalangan jalan raya.[10][11] Selepas Kekasihku Seru, Fizz menjayakan watak sebagai Umar dalam drama Akukah Tanggang? lakonan Adi Putra yang memulakan tayangan perdana di Slot Lagenda TV3 pada 28 Julai 2008. Ia turut dibintangi oleh Fasha Sandha, Aida Radzwill, Jalaluddin Hassan, Wan Hanafi Su, Almy Nadia dan Fauziah Nawi.[12]

Satu-satunya filem lakonan Fizz dalam tahun 2009 ialah Syurga Cinta arahan Ahmad Idham lakonan Awal Ashaari dan Heliza Helmi. Sepanjang 2009, beliau lebih banyak berlakon drama dan telefilem.

Beliau kembali bekerja di bawah arahan Idham menerusi filem Niyang Rapik yang turut dibintangi oleh Kamal Adli dan Liyana Jasmay; Fizz menjayakan watak sebagai Zack.[13] Beliau mencapai kejayaan berganda menerusi drama Nur Kasih arahan Kabir Bhatia lakonan bersama Remy Ishak dan Tiz Zaqyah.[14] Dalam drama ini, Fizz memegang watak Aidil, seorang lelaki yang menjadi impian setiap gadis untuk menjadi isterinya dan mempunyai keperibadian yang tinggi dan sangat bertanggungjawab. Aidil juga ialah seorang anak dan abang yang sangat mengutamakan keluarga dan sanggup mengetepikan kebahagiaan diri sendiri demi untuk keluarganya.[15] Beliau kembali menjayakan watak lakonannya dalam filem Nur Kasih The Movie yang ditayangkan pada 19 Mei 2011.[16]

20112014: Kejayaan awal

Pada 19 Jun 2011, Fizz menjadi pelakon utama bersama Fathia Latiff yang memegang watak Amni Sorfina dalam drama adaptasi novel karya Nurull Halawati, Stanza Cinta. Beliau menjayakan watak sebagai Taufiq.[17] Sepanjang 2011, Fizz berlakon dalam lima telefilem, antaranya ialah Mencari Bidadari dan Langkah Bendul.

Tahun 2012 menjadi tahun kecemerlangan Fizz dalam kerjaya filemnya, dengan keluaran enam filem cereka yang ditayangkan. Yang pertama daripada keenam-enam filem ini ialah drama komedi romantik Cinta Kura-Kura lakonan bersama Tiz Zaqyah, Aeril Zafrel dan lakonan suara Zizan Razak. Fizz memegang watak sebagai Fadzly, seorang pemilik kedai haiwan peliharaan.[18] Persembahan beliau dalam filem ini melayakkan Fizz menerima pencalonan kategori Anugerah Penjahat Terhebat di Anugerah Blokbuster 2013. Dalam filem drama aksi Jiwa Taiko arahan Osman Ali, Fizz memegang watak sebagai Freez, rakan karib Firman lakonan Remy Ishak. Filem yang pada asalnya menggunakan tajuk Bara Jiwa sebelum bertukar tajuk kepada Jiwa Taiko ditayangkan pada 14 Jun 2012.[19] Beliau seterusnya menjayakan watak Johan dalam filem drama fantasi biografi 29 Februari arahan Edry Abdul Halim lakonan Remy Ishak yang mengisahkan Budi yang lahir pada tarikh keramat tahun lompat 29 Februari. Mohd al-Qayum Azizi daripada mStar Online memuji penerapan filem-filem arkib dalam filem ini walaupun tidak sempurna.[20]

Fizz kemudian berlakon bersama Zizan Razak dan Remy Ishak dalam filem aksi komedi arahan Ghaz Abu Bakar, Hantu Kapcai yang mana beliau memegang watak sebagai Ibrahim, rakan karib Ajib lakonan Zizan. Filem ini merupakan kejayaan komersial.[21][22]

Selain itu, Fizz menjayakan peranan pembantu dalam filem arahan V. Nagaraj lakonan Hairul Azreen dan Faralyna Idris, Gila-Gila Remaja 2, kesinambungan daripada filem 1985, Gila-Gila Remaja arahan Allahyarham Hussein Abu Hassan lakonan Faizal Hussein. Beliau memegang watak Haikal, abang sulung Lisa lakonan Faralyna.[23] Filem ini turut dibintangi oleh Taiyuddin Bakar, dan Bella Dally.

Beliau kemudian muncul dalam filem Mat Tudung arahan Waan Hafiz yang dibintangi oleh Nelydia Senrose dan Izzue Islam, Fizz melakonkan watak Johari/Johanna. Filem ini mengisahkan seorang mat rempit bernama Johari yang telah jatuh cinta kepada gadis bertudung yang sukar didekati bernama Zizie lakonan Nelydia.[24][25] Filem ini ditayangkan pada 28 Julai 2014 serta diterbitkan oleh Showbiz Productions.[26]

Bersama Lisa Surihani, beliau membintangi filem seram suspens-seram arahan Jason Chong, Dendam Orang Mati, memegang watak sebagai Shahrul.[27] Filem ini menerima ulasan positif daripada pengkririk filem.[perlu rujukan]

2015kini: Pengiktirafan meluas

Fizz menjayakan dua watak, iaitu Inspektor Adam dan SuperBro dalam filem aksi komedi adiwira Cicakman 3[28] arahan bersama Yusry KRU dan Ghaz Abu Bakar. Filem yang mula ditayangkan di pawagam pada 12 Mac 2015 ini turut dibintangi oleh Zizan Razak dan Lisa Surihani. Fizz berkata mengenai watak lakonannya: "Saya memang sudah lama idamkan untuk terlibat dalam filem adiwira seperti ini. Watak saya terlibat dalam banyak konflik yang melibatkan perasaan. Apa yang boleh saya cakap memang agak meletihkan tetapi saya seronok kerana saya telah melepaskan beberapa tawaran lakonan demi watak Inspektor Adam."[29]

Bekerja di bawah arahan Syamsul Yusof, Fizz memegang watak Ustaz Azman, rakan karib Ustaz Adam lakonan Syamsul dalam filem seram pecah panggung Munafik yang ditayangkan pada 25 Februari 2016.[30] Filem ini menyaksikan beliau digandingkan bersama Nabila Huda selepas berlakon bersama dalam filem Bisikan Syaitan (2013).[31] Selain itu, beliau juga berlakon dalam dua drama televisyen, Inikah Cinta lakonan Niezam Zaidi dan Farah Nabilah[32] serta Singgahsana Cinta lakonan Ana Dahlia dan Dazrin Kamarudin.[33]

Fizz berlakon di samping Ayda Jebat dan Redza Rosli dalam drama Ku Kirim Cinta arahan Raja Ahmad Alauddin. Dalam filem seram psikologi Hospital arahan Azaromi Ghozali, beliau melakonkan watak doktor pakar bernama Farid. Shazryn Mohd Faizal daripada mStar Online melihat filem ini tidak diperkuat seperti mana sepatutnya ia dilakukan.[34] Beliau dikhabarkan bakal menghasilkan semula filem Nur Kasih The Movie sebagai karya sulungnya.[35]

Fizz memegang watak sebagai Raizal dalam drama Cinta Tiada Ganti lakonan Addy Ashraf dan Nelydia Senrose. Drama yang diadaptasi dari drama Filipina, Sana'y Wala Nang Wakas, mengisahkan percintaan Ara dan Mukhriz yang penuh dengan liku akibat dosa lampau ibu bapa mereka.[36] Beliau kembali menjayakan peranannya sebagai Azman dalam kesinambungan filem Munafik, Munafik 2 yang ditayangkan pada 30 Ogos 2018.[37]

Menerusi drama Kamar Kamariah arahan Raja Ahmad Alauddin, beliau memegang watak sebagai Murad, seorang pemuda yang dipaksa berkahwin dengan Kamariah lakonan Nabila Huda. Pelakon lain yang terlibat termasuk Syafie Naswip, Tasha Shilla dan Aidil Aziz.[38]

Beliau kini sedang mempersiapkan filem pertama terbitannya yang bergenre kerohanian. Untuk projek ini, beliau bekerjasama dengan Syamsul Yusof dan penggambaran dijangka bermula pada Oktober.[39]

Remove ads

Aktiviti

Selain kerjaya lakonan, Fizz juga bergiat aktif mempromosikan kebudayaan di negeri kelahirannya, Pahang Darul Makmur. Beliau juga menganjurkan acara dan konsert menerusi syarikat pengurusan acara miliknya, Rain Maker Creations Sdn. Bhd. bagi mempromosikan semuanya berkaitan dengan Pahang.[40] Ditanya mengenai hasil kerja keras beliau bagi mempromosikan Pahang hingga dikurniakan gelaran Datuk, Fizz berkata: "Saya berasal dari Raub, mungkin orang tidak menyedari hal ini tetapi saya telah melakukan banyak kerja untuk mempromosikan pelancongan dan budaya Pahang selain menjadi ikon Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Pahang. Saya harap masyarakat memahami mengapa saya diberi pengiktirafan ini."[4]

Kehidupan peribadi

Fizz mendirikan rumah tangga bersama pelakon Almy Nadia pada 26 April 2014.[41][42] Majlis akad nikah berlangsung di Masjid Balik Pulau, Kampung Pondok Upeh.[43] Mereka dinikahkan dengan sekali lafaz oleh Pendaftar Kanan Perkahwinan, Penceraian dan Rujuk Negeri Pulau Pinang, Norzli Mat pada kira-kira jam 5 petang.[44] Mereka dikurniakan tiga anak perempuan, Afrina Arianna, Afrina Aurora dan Afrina Ayra, dan satu anak angkat, Afrina Darwisyah.

Bapanya, Zainal Abidin Akih meninggal dunia di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada 6 Mei 2008 akibat pelbagai masalah kesihatan pada usia 65 tahun.[45][46]

Fizz juga mempunyai hobi bermain bola sepak. Ketika berusia 17 tahun pada tahun 1996, beliau pernah mengalami kecederaan di lutut semasa latihan bagi pemilihan pemain di Sukan Malaysia (SUKMA).[47]

Sekitar 2015, beliau dikaitkan dengan seorang pelakon baru, Fara Mendoza.[48] Bagaimanapun, Fizz menjelaskan beliau tidak mengenali atau pernah bertemu dengan Fara berhubung namanya dikaitkan dengan paparan skrin mesej perbualan menerusi laman sosial WeChat.[49][50]

Pada 7 April 2019, Fizz mengambil tindakan undang-undang terhadap beberapa individu yang mengaitkannya dengan isu khalwat di Pulau Perhentian, Terengganu. Beliau membuat laporan polis pada 16 April di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul berhubung akaun media sosial yang didakwa memfitnah beliau berkhalwat. Beliau mendakwa sudah mengenal pasti 70 peratus daripada identiti pemilik akaun Instagram yang mengaitkan dirinya dengan individu bergelar Datuk Seri yang ditangkap berkhalwat di Pulau Perhentian.[51][52][53]

Remove ads

Filemografi

Filem

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Drama

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Drama web

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Telefilem

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Televisyen

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Iklan

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Siniar

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...
Remove ads

Radiografi

Radio

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Anugerah dan pencalonan

Maklumat lanjut Tahun, Anugerah ...
Remove ads

Penghargaan

Pada 27 Januari 2018, Fizz menjadi salah seorang daripada 197 penerima darjah kebesaran dan pingat sempena istiadat Memuliakan Ulang Tahun Keputeraan Sultan Pahang di Istana Abu Bakar yang dikurniakan Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Dato’.[54][55]

Penghargaan Malaysia

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads