First Wives

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

First Wives: Sisters Before Misters ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2025 arahan Catalina Mae Hubbard dengan skrip oleh Hubbard, Ilya Karnain, Luqman Sheikh Ghazali dan Dee Dee A'iene Peter. Dibintangi oleh Mimi Lana, Melissa Campbell, Malek Mccrone dan Charles Roberts, siri ini diterbitkan sebagai sebahagian daripada jenama Astro Originals dan memulakan tayangan perdana di Astro Citra bermula 11 April sehingga 30 Mei 2025 menggantikan One Cent Thief 2.[1][2] dan digantikan Honey Trap.

Fakta Segera Genre, Pencipta ...
Remove ads

Sinopsis

Mengisahkan tentang Diyana dan Michelle, dua sahabat karib yang telah berkenalan sejak kecil, mengalami masalah dengan perkahwinan masing-masing. Diyana mendapati suaminya, Azzim telah berkahwin secara rahsia dengan isteri kedua tanpa pengetahuannya, manakala Michelle diancam oleh kumpulan Ah Long selepas suaminya, Roshan menghabiskan semua wang simpanan mereka untuk berjudi.

Demi menyelamatkan Michelle dan membalas dendam, Diyana mencadangkan supaya mencuri wang dari perniagaan pasar raya milik suaminya, Azzimart, bagi melangsaikan hutang rakannya. Namun, rancangan mereka gagal apabila mereka telah tertangkap. Rompakan yang gagal itu membongkar aktiviti pengubahan wang haram Azzim dan mencetuskan siasatan polis yang akhirnya mengancam nyawa mereka semua.

Remove ads

Pelakon

Remove ads

Episod

Maklumat lanjut No., Tajuk ...

Penerbitan

First Wives diarahkan oleh Imri Nasution dengan skrip dan cerita oleh Catalina Mae Hubbard, Ilya Karnain, Luqman Sheikh Ghazali dan Dee Dee A'iene Peter. Penerbit eksekutifnya, Raja Jastina Raja Arshad berkata mesej utama drama ini ialah "memperjuangkan hak wanita dan memberi inspirasi kepada golongan isteri untuk bangkit daripada pengkhianatan dan beban hidup".[4]

Untuk drama ini, Melissa Campbell melakukan babak lasak atas nasihat doktor untuk menjamin keselamatan diri dan bayi dalam kandungannya. Menurutnya, beliau tidak mengalami sebarang tanda-tanda kehamilan sepanjang penggambaran dijalankan.[5][6] Ini merupakan drama Astro Originals kedua yang dibintangi oleh Mimi Lana selepas Framed (2024) dan percubaan sulungnya melakonkan watak komedi. Penggambaran dijalankan di Kuala Lumpur dan Putrajaya pada Mac 2024.[7]

Remove ads

Siaran

First Wives memulakan tayangan perdana serentak di Astro Citra dan Astro GO bermula 11 April 2025 setiap Jumaat.[1]

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads