Framed

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Framed: Can You Change Your Fate? ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2024 arahan Sein Qudsi dengan skrip oleh Kyle Goonting. Dibintangi oleh Meerqeen, Mimi Lana, Ram Raaga dan Sangeeta Krishnasamy, siri ini diterbitkan sebagai sebahagian daripada jenama Astro Originals dan memulakan tayangan perdana di Astro Premier bermula 3 Mei 2024 menggantikan I.D..[1][2]

Fakta Segera Genre, Pencipta ...
Remove ads

Premis

Lia, seorang wartawan yang menemui sebuah kamera polaroid lama, di mana kamera tersebut mampu mencetak saat tragedi yang akan berlaku pada masa hadapan. Berbekalkan petunjuk daripada gambar-gambar yang dicetak, Lia dengan secara tidak sengaja telah membuka siasatan untuk mengetahui misteri kehilangan ibunya.

Sewaktu menjalankan siasatan, Lia bertemu Edi, seorang aktivis alam sekitar, mereka juga mendapat petunjuk tentang konspirasi pencemaran persekitaran yang berlaku di bandar Krung Merah pada 10 tahun lalu, dikaitkan dengan kehilangan ahli keluarganya.

Remove ads

Pelakon

Remove ads

Penerbitan

Menurut Sein Qudsi, Framed amat berbeza dengan karya arahannya sebelum ini. Beliau berkata: "Saya memegang niat untuk bersikap jujur dalam perlaksanaan dan lakukan sebaik mungkin keatas semua tuntutan yang ada pada siri premium ini. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar, meskipun berdepan dengan cabaran dalam mengekalkan kualiti dan konsisten perlaksanaan penggambaran sepanjang tempoh yang diberikan".[2]

Siaran

Framed memulakan tayangan perdana serentak di Astro GO dan Astro Premier bermula 3 Mei 2024 setiap Jumaat.[2] Siri ini telah sohor kini satu jam selepas tayangan episod pertama.[5]

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads