Remove ads

Andy Teh Kim Huat (lahir 8 September 1985) (Cina: 郑金发) ialah seorang pelakon lelaki Malaysia. Beliau memegang watak sebagai Dr Norman Arif dalam drama I-Tanggang: Mother Of All Lies (2021), sebagai Ah Seng dalam drama X-Change: The Bonds Of Blood (2024) dan sebagai Toa Seng dalam drama First Wives: Sisters Before Misters (2025). Terbaru, dia mendapat perhatian dalam industri hiburan tempatan dan sedang mengukuhkan kedudukannya dalam persada seni tanah air menerusi watak Pablo dalam filem aksi blockbuster, Blood Brothers: Bara Naga (2025). Beliau kini sedang giat mengembangkan kerjayanya dalam filem dan drama tempatan, dan dilihat sebagai salah seorang bintang sokongan yang berpotensi besar dalam dunia lakonan aksi Malaysia.

Fakta Segera Kelahiran, Nama lain ...
Remove ads

Kehidupan awal

Andy Teh dilahirkan pada 8 September 1985 di Klang, Selangor. Beliau berketurunan Cina dan beragama Buddha.

Kerjaya

Pada tahun 2019, Beliau memegang watak sebagai Lee dalam filem drama aksi Sangkar, arahan Kabir Bhatia dan dibintangi bersama Zul Ariffin, Remy Ishak, Mira Filzah dan ramai lagi. Pada tahun yang sama, beliau memegang watak sebagai peninju MMA dalam filem aksi blockbuster, Wira arahan Adrian Teh dan dibintangi bersama Hairul Azreen, Fify Azmi, Ismi Melinda, Hilal Azman, Dain Said, Josiah Hogan, Henley Hii dan banyak lagi.

Beliau memegang watak sebagai Pablo dalam filem aksi blockbuster, Blood Brothers: Bara Naga (2025), arahan Syafiq Yusof dan Abhilash Chandra, dibintangi bersama Sharnaaz Ahmad, Syafiq Kyle, Amelia Henderson, Syazwan Zulkifly, Zamarul Hisham, Amir Nafis, Irfan Zaini dan ramai lagi.

Remove ads

Filemografi

Filem

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Drama

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Telefilem

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Drama web

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Televisyen

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Siniar

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads