Ghulamhaidar @ Yusof Khan Bahadar
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Datuk Seri Haji Ghulamhaidar @ Yusof bin Khan Bahadar (lahir 9 Jun 1955) adalah merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri bagi Kawang, Sabah yang telah dilantik pada 2004 lalu. Beliau merupakan seorang ahli rasmi Parti Gagasan Rakyat Sabah (GAGASAN) iaitu sebuah parti komponen utama bagi Gabungan Rakyat Sabah (GRS). Beliau merupakan bekas ahli UMNO Sabah sebelum keluar meninggalkan parti tersebut pada 2019 untuk menyertai BERSATU Sabah, sebuah parti komponen dalam Pakatan Harapan yang seterusnya menjadi komponen Perikatan Nasional.[1] Pada tahun 2022, Datuk Ghulamhaidar dan rakan-rakan seperjuangan beliau telah mengumumkan untuk meninggalkan parti nasional tersebut kerana ingin menyatakan sokongan dan penyertaan terhadap parti buatan tempatan di Sabah iaitu Parti Gagasan Rakyat Sabah (GAGASAN), sebuah parti komponen rasmi di dalam Gabungan Rakyat Sabah (GRS).[2]
Remove ads
Politik
Beliau pernah dilantik sebagai Pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah.[3]
Anugerah
Sabah
Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK) - Datuk (2015)
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads