Hantu Kapcai

From Wikipedia, the free encyclopedia

Hantu Kapcai
Remove ads

Hantu Kapcai (digayakan sebagai H4NTU K4PC41)[1] merupakan sebuah filem aksi komedi fantasi Malaysia 2012 arahan sulung Ghaz Abu Bakar terbitan Showbiz Productions. Dibintangi oleh Zizan Razak, Remy Ishak, Izzue Islam dan Fizz Fairuz; filem ini ditayangkan pada 27 September 2012.[2][3] Filem ini terinspirasi daripada filem hindi iaitu Hello Brother 1999.

Fakta Segera Pengarah, Dihasilkan oleh ...
Remove ads

Plot

Ajib, seorang mat rempit yang terdesak melunaskan hutang dengan along, terpaksa berlumba dengan musuh ketatnya, Tiger. Demi memenangi wang pertaruhan, Tiger mensabotaj perlumbaan itu hingga berlaku kemalangan ngeri yang mengorbankan nyawa Ajib. Roh Ajib yang terperangkap di antara alam nyata dan ghaib, terkejut melihat jenazahnya berada di tengah ruang tamu rumah dan dikelilingi keluarga serta jiran tetangga. Dia hanya boleh berkomunikasi dengan Ibrahim, calon Imam Muda di kampungnya.Dalam usaha membantu Ajib, Ibrahim terpaksa mencari jalan meyakinkan keluarga Ajib, malah dalam masa sama, membantu menyelesaikan perkara yang belum sempat disempurnakan mat rempit itu.

Remove ads

Pelakon

Thumb
Zizan Razak melakonkan watak Ajib di dalam filem ini.
Remove ads

Penerbitan

Hantu Kapcai merupakan filem sulung arahan Ghaz Abu Bakar yang sebelum ini mengarahkan telefilem Ponti Anak Remaja beberapa muzik video artis-artis popular termasuk Datuk Siti Nurhaliza. Ia merupakan filem pertama Showbiz Productions, dengan United Studios mengendalikan urusan pengedaran. Ghaz ketika ditanya mengenai filem ini, berkata: “Hantu Kapcai merupakan pengalaman berharga saya dalam industri perfileman. Dari lensa seorang pengarah, saya menyampaikan penceritaan filem ini melalui pendekatan cerita rakyat Malaysia dengan sentuhan antarabangsa. 10 tahun akan datang, bila saya melihat semula filem ini, saya tetap akan berbangga dengan filem yang menghiburkan ini.” Yusry KRU mengendalikan sinematografi dan suntingan untuk filem ini.

Tema

Menulis untuk mSTAR Online, Feride Hikmet Atak menyifatkan Hantu Kapcai mempunyai gabungan nilai komersial yang diselitkan dengan unsur seni yang boleh membuatkan penonton lebih mudah menerima karya yang ditonton.[4]

Keluaran dan sambutan

Hantu Kapcai ditayangkan pada 27 September 2012 di pawagam di seluruh Malaysia dan Brunei. Ia diedarkan oleh KRU Studios.[5] Majlis pratonton filem ini telah diadakan di Cineleisure Damansara pada 25 September 2012, dua hari sebelum tayangan perdananya.[6] Ketua Pegawai Eksekutif KRU Studios, Norman Abdul Halim menyifatkan kejayaan Hantu Kapcai merupakan sesuatu diluar jangkaan.[7]

Filem ini merupakan satu kejayaan komersial luar biasa, ia berjaya meraih kutipan RM3.19 juta sekaligus mengatasi kutipan filem animasi Hollywood, Hotel Transylvania lakonan suara Adam Sandler dan Selena Gomez dan filem Looper lakonan Bruce Willis dan Emily Blunt, yang ditayangkan serentak pada tarikh sama.[8][9] Hantu Kapcai telah memenangi Anugerah Blokbuster 2013 bagi kategori Filem Terhebat, Filem Aksi Terhebat, Filem Kelakar Terhebat, Hero Terhebat (Zizan Razak), dan Heroin Baru Terhebat (Neelofa).[10]

Remove ads

Anugerah

Maklumat lanjut Tahun, Anugerah ...

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads