Idris Ahmad

ahli politik Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia

Idris Ahmad
Remove ads

Datuk Haji Idris bin Haji Ahmad (Jawi: ادريس بن احمد, lahir 19 Oktober 1963) ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau kini berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Bagan Serai. Pada peringkat parti, beliau memegang jawatan sebagai Naib Presiden Parti Islam Se-Malaysia.

Fakta Segera Didahului oleh, Majoriti ...

Beliau sebelum ini berkhidmat sebagai ahli kabinet Perdana Menteri Malaysia ke-9, YB Dato' Seri Ismail Sabri dengan memegang Portfolio sebagai Menteri Jabatan Perdana Menteri Hal Ehwal Agama dan Ahli Dewan Negara (Senator).

Pada penggal Parlimen Malaysia ke-13, beliau berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Bukit Gantang menggantikan penyandang dari PAS, Dato' Seri Mohammad Nizar Jamaluddin.

Remove ads

Kehidupan awal dan pendidikan

Idris dilahirkan pada 19 Oktober 1963 di Changkat Jering, Taiping, Perak. Ayahnya seorang tokoh agama yang dikenali sebagai Tuan Guru Haji Ahmad Kampung Petai. Anak ke lapan daripada sembilan beradik ini lahir dalam keluarga yang mementingkan pengajian agama. Kesemua adik-beradiknya adalah lulusan agama. Abangnya, Hassan Ahmad merupakan bekas Mufti Pulau Pinang. Seorang lagi abangnya, Dato' Salleh Ahmad merupakan bekas pensyarah dan profesor di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya dan kemudiannya Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Idrid melanjutkan pengajian di Maktab Mahmud (1978–1979) dan Kolej Islam Kelang (KIK) (1980–1983). Beliau melanjutkan pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam (Dakwah dan Kepimpinan) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) (1984–1988) dan Ijazah Sarjana Dakwah dan Kepimpinan (Master) UKM.

Remove ads

Kerjaya

Beliau mula menabur khidmat kepada masyarakat pada tahun 1989 setelah dilantik sebagai Pensyarah di Universiti Teknologi MARA (UiTM). Berkhidmat selama 8 tahun di UiTM Shah dan terus aktif menceburi bidang politik yang sehingga dilantik dilantik sebagai ahli parlimen pada tahun 2013 bagi kawasan Parlimen BUkit Gantang. Seterusnya beliau dilantik sebagai Ahli Dewan Negara sebagai senator pada tahun 2020 dan telah diberi kepercayaaan untuk menjawat jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) pada tahun 2021.

Remove ads

Anugerah dan pengiktirafan

Keputusan Pilihan Raya

Parlimen

Maklumat lanjut Tahun, Parlimen ...

Dewan Undangan Negeri (DUN)

Maklumat lanjut Tahun, DUN ...
Remove ads

Bibliografi

  • Idris Ahmad (2017). Bicara Politik Ustaz Idris Ahmad. Kuala Lumpur: Jabatan Penerangan PAS Pusat.
  • Idris Ahmad (2001). Panduan Usrah. Kuala Lumpur: Sarjana Media.
  • Idris Ahmad (2000). Teks Usrah: Peringkat Penerangan. Kuala Lumpur: Sarjana Media.

Pautan luar

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads