Hafidz Roshdi

Pelakon lelaki Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Muhammad Hafidz Roshdi (lahir 13 November 1994) ialah seorang pelakon dan model lelaki Malaysia. Kerjayanya bermula sebagai salah seorang peserta Hero Remaja 2011/12.[2] Beliau terkenal menerusi peranan lakonannya di televisyen termasuk Tundukkan Playboy Itu dan Mr. Donat Karamel yang kedua-duanya bersiaran di TV3.[3][4]

Fakta Segera Kelahiran, Pusat pendidikan ...
Remove ads

Kehidupan awal

Beliau dilahirkan pada 13 November 1994 di Shah Alam, Selangor, dan merupakan anak sulung dari empat beradik. Hafidz mempunyai dua adik lelaki, Hakeem dan Hasif serta seorang adik perempuan, Aliyah Rohana. Beliau merupakan lulusan di Management & Science University (MSU), seterusnya menyambung pengajian dalam ijazah sarjana muda sambilan di Universiti Terbuka Malaysia (OUM).

Kerjaya

Hafidz memulakan kerjaya hiburan dengan menjadi salah seorang finalis Hero Remaja 2011/12 bersama Saharul Ridzwan, Fattah Amin, Syafiq Kyle, Ben Amir, Nazrief Nazri, Fendy Bakry dan Hafreez Adam. Penyertaannya di dalam pertandingan ini menjadikan Hafidz sebagai peserta termuda dalam Hero Remaja 2011/12.[5]

Beliau membuat penampilan drama televisyen pertamanya menerusi drama Baby Ana Milik Siapa? (2014), memegang watak sebagai Edry. Drama ini turut dibintangi oleh Cristina Suzzanne, Ardell Aryana dan Hairul Azreen. Hafidz mula menerima perhatian umum menerusi gandingannya bersama Uqasha Senrose menerusi drama adaptasi novel, Tundukkan Playboy Itu, memegang watak sebagai Harraz Naufal.[6]

Selepas Tundukkan Playboy Itu, beliau muncul pula menerusi drama Mr. Donat Karamel yang menggandingkan beliau bersama penyanyi kumpulan De Fam, Azira Shafinaz, diadaptasi dari novel dengan judul sama nukilan Hanny Esandra;[7] Hafidz memegang watak Faiq Faiqal.[8]

Hafidz menjayakan peranan utama sebagai Fareeq dalam Red Velvet lakonan bersama Alif Satar dan Neelofa untuk siaran di Slot MegaDrama Astro Ria. Beliau berlakon dengan adik Uqasha iaitu Nelydia Senrose dalam drama Cinta Tiada Ganti, adaptasi telenovela Filipina, Sana'y Wala Nang Wakas terbitan ABS-CBN yang dibintangi oleh Jericho Rosales dan Kristine Hermosa. Ini merupakan kali pertama Hafidz berlakon dalam drama sepanjang 100 episod yang turut dibintangi oleh Aedy Ashraf, Ben Amir dan Atikah Suhaime.[9]

Menjelang 2019, Hafidz bakal menyusun atur strategi untuk menubuhkan syarikat produksi miliknya sendiri[10] dan bakal menduduki kerusi pengarah satu hari nanti.[11] Filem pertama Hafidz ialah filem seram Pusaka arahan Razaisyam Rashid, yang juga menggandingkan pasangan kekasih, Syafiq Kyle dan Mimi Lana, Sweet Qismina dan Ogy Ahmad Daud. Filem ini ditayangkan pada 31 Oktober 2019, bertepatan dengan Halloween.[12]

Remove ads

Kontroversi

Isu curangi isteri

Sekitar penghujung Januari 2023, tular dilaman media sosial mengenai satu rencana bertajuk "Mesej Lucah Kekasih Kantoikan Pelakon" yang diterbitkan oleh akhbar Harian Metro.[13]Menerusi isi kandungan artikel tersebut, terdapat pembayang-pembayang yang diberikan dan kesemuanya menjurus kepada Hafidz. Susulan daripada tularnya cerita sensasi itu, laman sosial Instagram milik Hafidz dibanjiri oleh komen-komen daripada netizen. Hampir seminggu berlalu, Hafidz tampil membuat kenyataan dalam program gosip sensasi Melodi TV3 yang disiarkan pada 5 Februari 2023 dan menafikan sekeras-kerasnya bahawa beliau dan isteri mempunyai masalah dalam rumahtangga serta meminta isteri agar berdiam diri sahaja. Bukan itu sahaja, beliau juga turut menafikan bahawa pelakon yang didakwa menghantar mesej berbaur lucah kepada kekasih ialah dirinya.[14]Namun pada minggu berikutnya, isteri Hafidz iaitu Shuhada atau mesra disapa sebagai Shu telah memuatnaik tiga hantaran dilaman media sosial Instagram miliknya dengan mendedahkan perkara sebenar bahawa rumahtangga mereka sebenarnya sudah lama berantakan gara-gara orang ketiga.[15][16][17][18]Tidak lama selepas itu muncul pula nama "Athira Yuhada" yang dikatakan menjadi punca keretakkan rumahtangga Hafidz-Shuhada dan ianya telah didedahkan oleh seorang kenalan Shuhada dilaman media sosial Facebook. Susulan daripada kejadian itu, Athira Yuhada bertindak menyahaktif kesemua laman media sosial manakala Hafidz pula langsung tidak memberi apa-apa kenyataan dan pengakuan yang jelas mengenai isu ini.[19][20]

Setelah beberapa hari cerita sensasi mengenai kemelut rumahtangga Hafidz-Shuhada menjadi bualan hangat rakyat Malaysia, akhirnya Athira Yuhada aktif semula dilaman media sosial dan memuatnaik hantaran permohonan maaf secara terbuka di Instagram kepada Shuhada dan juga kedua-dua anak Hafidz bersama Shuhada iaitu Humairah dan Umar sekaligus mengakui mempunyai hubungan sulit bersama Hafidz selama 9 tahun. Selain itu, Athira juga mengatakan bahawa pada ketika itu Hafidz mempunyai masalah kesihatan mental dan ianya membuatkan Athira berasa simpati lalu membuat keputusan untuk berhubung dengannya bagi memberi sokongan yang diperlukan oleh pelakon itu. Athira juga turut menegaskan bahawa kini hubungan sulit antara beliau dan Hafidz sudah lama berakhir.[21]

Tanggal 22 Februari 2023 bersamaan dengan hari Rabu, Hafidz telah melafazkan cerai Talak Satu terhadap isterinya Shuhada menerusi panggilan telefon dihadapan ahli keluarga masing-masing dan perkara ini disahkan sendiri oleh adik Shuhada iaitu Sofia Shukri ketika dihubungi oleh wartawan dari portal hiburan Mstar. Tambahannya lagi, Shuhada kini berada di Perlis manakala Hafidz pula berada di Shah Alam. Shuhada memfailkan perceraiannya terhadap Hafidz di mahkamah di Kuala Lumpur pada 1 Mac yang juga merupakan tarikh lahirnya.[22]

Pada 16 Mac 2023, beliau didakwa di Mahkamah Kuala Kubu Baharu selepas dipercayai menumbuk isterinya, Nurul Shuhada di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Buloh.[23]

Remove ads

Kehidupan peribadi

Hafidz dilahirkan dan dibesarkan di Shah Alam, Selangor. Beliau telah mengikat tali pertunangan dengan gadis pilihan hati iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri pada 30 November 2015.[24] Mereka telah berkenalan selama 3 tahun ketika sama-sama menuntut di Management & Science University (MSU) di tempat lahirnya.[25]

Selain itu, beliau pernah dilanda kontroversi apabila dikaitkan dengan gosip rakan pelakonnya, Uqasha Senrose.[26] Beliau telah sah bergelar suami kepada Nurul Shuhada pada 30 April 2016 dan dikurniakan seorang cahaya mata yang pertama yang diberi nama Humairah yang dilahirkan pada 9 September 2017.[27][28] Pada 9 September 2020, Hafidz menimang anak lelaki bernama Umar sebagai cahaya mata keduanya. Kedua-dua anak beliau berkongsi hari kelahiran.[29] Pada 22 Februari 2023, Hafidz dan juga isterinya Shuhada telah mencapai kata sepakat untuk berpisah.

Pada 16 Disember 2023, Hafidz mengesahkan bernikah dengan Athira di sebuah premis acara di Glenmarie, Shah Alam, pada jam 8.15 malam tadi dengan sekali lafaz.[30]

Remove ads

Aktivisme

Pada 25 Mei 2016, Hafidz bersama-sama dengan Amar Asyraf, Fattah Amin, Fasha Sandha, Janna Nick dan Uqasha Senrose telah dilantik oleh TV3 sebagai duta bagi kempen Syukur Selalu 2016.[31] Hafidz bersama Janna dan Amar tampil dalam iklan pendek 'Ilmu' yang mengisahkan kecerdikan dan kesungguhan Amar dalam menjalankan perniagaan baju raya manakala Janna pula seorang peniaga tudung yang tidak pandai untuk memikat hati pelanggan.[31] Amar tidak lokek ilmu untuk membantu Janna melariskan jualannya. Akhirnya, mereka berdua bergabung untuk memberikan pakej hebat kepada Hafidz (pelanggan) yang ingin membeli baju raya dan tudung untuk keluarganya.[31]

Remove ads

Filemografi

Filem

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Drama

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Telefilem

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Teater

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Web drama

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Iklan

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Televisyen

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...
Remove ads

Anugerah dan pencalonan

Maklumat lanjut Tahun, Anugerah ...

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads