Iqram Dinzly

Pelakon lelaki Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Mohammad Iqram Dinzly Muhammad Saipuddin (lahir 29 September 1981)[1] merupakan seorang pelakon lelaki Malaysia. Beliau terkenal menerusi lakonannya dalam siri drama Jelatang (2007) dan peranannya sebagai Karl dalam filem Evolusi KL Drift (2008). Beliau juga berbakat dalam bidang peragawan, pengacaraan dan pemain e-sukan.

Fakta Segera Kelahiran, Warganegara ...
Remove ads

Kehidupan awal

Iqram dilahirkan pada 29 September 1981 di Ipoh, Perak; beliau merupakan anak ketiga daripada empat beradik kepada pasangan Muhammad Saipuddin Ahmad Said dan Lailatol Akmar Mohamed Shaffie.

Beliau menamatkan pengajian dalam jurusan Seni Persembahan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.

Kerjaya

Iqram memulakan kerjayanya dengan membuat kemunculan dalam sitkom Puteri lakonan Nora Danish yang bersiaran di TV3, beliau tidak menunggu lama untuk mengukuhkan nama dalam industri dengan memegang watak pembantu sebagau Amin dalam drama Dua Hati yang mana beliau bergandingan dengan Linda Rafar. Seterusnya, beliau memegang watak Darius dalam Dunia Baru, seorang pelagak yang akhirnya menjadi suami watak Madihah lakonan Anne Ngasri. Dalam kemunculan inilah beliau sering ditohmah ada hubungan dengan rakan seperjuangan Anding Indrawani yang dianggap berperwatakan gay boy yang sedikit sebanyak merencatkan potensi bakat baru beliauu.[2] Tuduhan ini dinafikan sekeras-kerasnya kerana mereka berkawan baik.[perlu rujukan]

Beliau pernah memenangi Bachelor With Not A Hair Out of Place anjuran Majalah CLEO pada tahun 2006. Selain berlakon, Iqram juga berbakat dalam bidang tarian. Beliau pernah bergiat aktif dalam satu pertubuhan tarian di UiTM iaitu Persatuan Anak Seni Kampus atau lebih dikenali sebagai "PESKA", yang merupakan salah satu persatuan yang teraktif di UiTM dalam memperjuangkan irama tradisional.

Selepas itu, beliau menganggotai kumpulan tarian PRISMA SENI untuk mempelbagaikan kemahiran dalam tarian yang mana persatuan tersebut lebih menonjolkan tarian kreatif dan moden. Kerjaya filem Iqram bermula pada 2007 dengan membintangi filem 1957: Hati Malaya arahan Shuhaimi Baba, beliau kembali menjayakan watak Darius dalam filem Dunia Baru The Movie, kemudian diikuti oleh peranan pembantu sebagai Haiqal dalam Evolusi KL Drift arahan Syamsul Yusof lakonan bersama Syamsul dan Farid Kamil.

Beliau kembali berlakon bersama Farid menerusi filem aksi fantasi cereka sains arahan Mamat Khalid, Apokalips X yang ditayangkan pada 3 April 2014, Dalam filem ini, beliau melakonkan watak sebagai Shinsaku Kagawa, ia kemudian diikuti oleh filem Lagenda Budak Setan 3: Kasyah - Legenda Berakhir arahan Sharad Sharan, yang ditayangkan pada September.[3]

Beliau kini dalam pengunduran selama tidak terbatas dalam dunia hiburan susulan kematian bapanya dan sebelum diisytihar muflis.

Remove ads

Kehidupan peribadi

Iqram ialah seorang yang bujang dan belum berkahwin. Ini menjadikan beliau sebagai satu-satunya yang masih bujang di kalangan 4 adik-beradiknya.

Beliau juga pernah dikaitkan dengan beberapa artis wanita seperti Fouziah Gous, Soo Wincci dan Uqasha Senrose.[4][5]

Setelah membawa diri ke Langkawi, beliau sekali lagi terpalit kontroversi kononnya mempersendakan agama dengan berserban ke kelab malam. Iqram menjelaskan beliau hanya berfesyen semata-mata kerana di pulau peranginan terkemuka itu di kala siang agak panas dan bahang tetapi agak dingin dan sejuk di waktu malam.[6]

Bapanya, Mohammad Saipuddin Ahmad Said meninggal dunia pada 9 Oktober 2017 pada usia 71 tahun.[7]

Selepas kematian bapanya, Iqram mencetuskan kontroversi lagi dengan memuat naik video secara langsung beliau menari-nari di instagram tanpa sebarang motif. Netizen menggelarkannya "gila, depresi". Tetapi, Iqram mendapat sokongan kuat rakan-rakan artis yang mengenalinya secara peribadi dan mereka percaya Iqram berbuat begitu hanyalah untuk berekspresi semata-mata bukan untuk menarik perhatian media mahupun publisiti murahan.[8]

Pada Februari 2018, Iqram mengalami kerugian hampir RM15,000 selepas kediamannya di Damansara dimasuki pencuri, antara barangan yang hilang ialah komputer riba milik arwah bapanya. Malah laman Instagram beliau turut disekat dari capaian.[9]

Pada 15 Januari 2019, Iqram diisytihar muflis oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) selepas beliau didapati gagal membayar cukai pendapatan sebanyak RM77,000. Perkara itu didedahkan oleh Iqram di laman Instagramnya. Beliau menerima notis tersebut daripada peguam LHDN di Mahkamah Majistret Ipoh pada tarikh sama, Iqram turut menjelaskan beliau berkemungkinan tidak akan kembali berlakon.[10][11][12]

Diskografi

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk lagu ...

Filemografi

Filem

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Drama

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Telefilem

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Televisyen

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Iklan

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...
Remove ads

Videografi

Video Klip

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Anugerah dan pencalonan

Maklumat lanjut Tahun, Anugerah ...

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads