Kepulauan Spratly

From Wikipedia, the free encyclopedia

Kepulauan Spratly
Remove ads

Kepulauan Spratly atau Gugusan Semarang Peninjau merupakan sebuah kumpulan kepulauan yang terdiri daripada 750 terumbu (Shoal), Palil (Islet), atol, pulau karang yang terletak di Laut China Selatan. Kepulauan ini terletak di kawasan perairan di Filipina dan Malaysia (Sabah). Ia mengandungi kurang daripada 4 kilometer persegi kawasan tanah di dalam kawasan laut yang luasnya lebih daripada 425,000 kilometer persegi. Kepulauan Spratly adalah salah satu daripada tiga kepulauan di Asia Tenggara yang mempunyai lebih daripada 30,000 buah pulau dan terumbu. Oleh itu, ia menyebabkan banyak kesulitan dalam mentadbir urus dan ekonomi di kawasan itu.

Fakta Segera Pulau dipertikaikan, Geografi ...
Fakta Segera Nama Bahasa Cina, Tulisan Cina Tradisional ...
Thumb
Lokasi Kepulauan Spratly dan Kepulauan Paracel di Laut China Selatan.

Kira-kira 45 pulau diduduki oleh bilangan yang agak kecil angkatan tentera dari Vietnam, Republik Rakyat China, Republik China (Taiwan), Malaysia dan Filipina. Negara Brunei juga menuntut Zon ekonomi eksklusif di bahagian tenggara yang merangkumi hanya satu kepulauan kecil di atas min tinggi air (di Terumbu Semarang Barat Kecil).

Kepulauan ini menjadi punca sengketa terbaru antara negara-negara berdekatan. Pulau ini dikatakan berada di atas pentas benua yang mengandungi petroleum dan gas asli.

Remove ads

Sekilas tentang fakta geografi dan ekonomi

  • Koordinat: 10°N 114°E
  • Kawasan (tanah): kurang daripada 5 km2 (1.9 bt2) – termasuk 148, atol, pulau-pulau kecil (islet), terumbu karang dan gunung laut.
(muka air): 410,000 km2 (160,000 bt2) dibahagian tengah-tengah Laut China Selatan
  • Iklim: Tropika (khatulistiwa)
  • Terrain (Permukaan): mendatar
  • Unjuran capahan ekstrem:
    • Titik terendah: Laut China Selatan (0 m)
    • Titik tertinggi: lokasi tidak dinamakan Southwest Cay (4 m)
  • Bahaya rentang semulajadi: Pada tahap serius kerana terdapat lambakan tebing, terumbu karang hidup serta karang kalsit dan berbatu-batu.

Kepulauan Spratly dipercayai berasal dari pembentukan gunung berapi aktif di bawah laut.[5] Kepulauan tersebut sendiri hampir tiada tanah arable (digunakan untuk pertanian), tiada penduduk asal, walaupun terdapat 20 buah pulau diklaskan sebagai pulau besar, hanya Pulau Taiping sebenarnya sesuai untuk kehidupan manusia, kerana struktur tanahnya yang subur ditumbuhi pelbagai pokok besar. Pulau-pulau lain dilihat hanya hub maritim ketenteraan, dan resort kecil sahaja seperti Pulau Layang-Layang yang dikawal selia oleh Malaysia.

Antara sumber utama Kepulauan Spratly termasuklah sumber makanan laut seperti ikan dan udang, guano, kandungan petroleum dan gas asli diyakini penuh dibawahnya. Aktiviti ekonomi seperti perikanan komersial, perkapalan, dan pelancongan antara aktiviti yang rancak diusahakan disitu. Lembangan Petroleum dan gas asli yang diukur cukup besar masih belum diterokai. Tiada anggaran tepat tentang simpanan minyak dan gas asli yang boleh diperolehi oleh umum. Aktiviti eksploitasi komersial keatas sumber hidrokarbon masih dibina dikawasan itu namun tentangan politik menyebabkan usaha terbantut dan terpaksa ditunda oleh negara-negara berkaitan. Nilai anggaran deposit hidrokarbon di Kepulauan Spratly dipercayai bernilai 26.3 Trillion dolar AS pada tahun 2012.[6] Namun sehingga kini, jelas Kepulauan Spratly sekurang-kurangnya mempunyai 3 pelabuhan perikanan utama, beberapa dok dan jeti, sekurang-kurangnya 3 helipad dan sekurang-kurangnya 4 platform penuh dan 6-8 lapangan terbang mini (Short Take Off and Landing Airports STOL).[perlu rujukan] Kepulauan ini cukup strategik kerana terletak ditengah-tengah laluan perdagangan antarabangsa untuk laluan air yang menghubungkan timur dan barat.

Remove ads

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads