Lebuhraya Utara–Selatan Jajaran Utara

lebuhraya antara negeri utama di Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia

Lebuhraya Utara–Selatan Jajaran Utara
Remove ads

Lebuhraya Utara-Selatan Jajaran Utara Lebuhraya Utara–Selatan Jajaran Utara AH2 ialah jajaran utara Lebuhraya Utara-Selatan, lebuh raya terpanjang di Malaysia. Lebuhraya ini dihubungkan dengan Lebuhraya Utara-Selatan Jajaran Selatan Lebuhraya Utara–Selatan Jajaran Selatan melalui Lebuhraya Karak Lebuhraya Pantai Timur dan Lebuhraya Pantai Timur Lebuhraya Pantai TimurLebuhraya Baru Lembah Klang Lebuhraya Utara–Selatan Jajaran Utara dan Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah Lebuhraya Utara–Selatan Lingkaran Tengah hingga Lebuhraya Kedua Lebuhraya Hubungan Kedua sebahgian serta Lebuhraya Ulu-Klang Juta Lebuhraya Duta–Ulu Klang. Ia melintasi empat negeri Malaysia, iaitu Kedah Darul Aman, Pulau Pinang, Perak Darul Ridzuan dan Selangor Darul Ehsan.

Fakta Segera Maklumat laluan, Panjang ...
Thumb
Lebuhraya Utara-Selatan Jajaran Utara pada tahun 2010
Remove ads

Latar Belakang Jajaran

Lebuhraya Utara-Selatan Jajaran Utara bermula dari sempadan Malaysia dan Thailand iaitu Pos Pemeriksaan Bukit Kayu Hitam, Kedah dan melalui Changlun, Jitra, Kepala Batas, Alor Setar, Pendang, Gurun, Sungai Petani, Bertam, Sungai Dua, Permatang Pauh, Seberang Jaya, Perai, Jambatan Pulau Pinang, Bukit Tambun, Bandar Cassia, Nibong Tebal, Bandar Baharu, Alor Pongsu, Bukit Merah, Taiping, Changkat Jering, Kuala Kangsar, sebuah terowong iaitu Terowong Menora, Ipoh, Simpang Pulai, Gopeng, Tapah, Bidor, Sungkai, Slim River, Behrang, Tanjung Malim, Lembah Beringin, Bukit Tagar, Bukit Beruntung, Sungai Buaya, Rawang, Sungai Buloh Hospital, Sungai Buloh dan terakhir sekali berhenti di Lebuhraya Baru Lembah Klang di Bukit Lanjan, Selangor.

Remove ads

Tanda Tempat

Tanda tempat utama lebuh raya ini ialah Jambatan Pulau Pinang, Jambatan Sungai Perak dan Terowong Menora.

Kemudahan

Lebuhraya Utara-Selatan Jajaran Utara mempunyai beberapa kemudahan untuk penggunanya. Ini termasuk:

  • Telefon kecemasan - setiap beberapa kilometer untuk penggunaan kecemasan seperti apabila kereta rosak.
  • Stesen petrol - di semua kawasan rehat dan beberapa hentian sebelah.
  • Tandas - di semua kawasan rehat dan hentian sebelah.
  • Restoran Jejantas - di Sungai Buloh, Selangor.
  • Kawasan rehat - setiap beberapa kilometer, biasanya setiap 60 kilometer. Ia mempunyai beberapa kemudahan seperti stesen petrol, tandas, restoran, selera makanan, mesin juruwang automatik (Templat:ATM), Lorong Tambah Nilai Touch 'n Go (TnG POS) dan kedai runcit.
  • Hentian sebelah - setiap beberapa kilometer, biasanya setiap 15 kilometer. Semua hentian sebelah mempunyai tandas. Beberapa juga mempunyai stesen petrol, selera makanan, restoran dan kedai runcit.
  • Tempat melihat pemandangan... (Vista points) - di Terowong Menora dan Gua Tempurung. Ini menunjukkan tempat itu mempunyai pemandangan sebuah tempat yang cantik.
  • Laluan pelarian kenderaan - di bentangan jalan Kuala Kangsar-Ipoh. Ini ialah sebuah laluan untuk kenderaan yang hilang kawalan kereta apabila menurun lereng yang curam.

Kadar tol

Lebuhraya Utara-Selatan Jajaran Utara ialah lebuh raya dengan dua sistem tol:

  • Sistem tol terbuka - Pengguna sahaja membayar kadar tetap oleh plaza tol Jitra. Ini sahaja berkenaan dengan bentangan jalan di antara Bukit Kayu Hitam sehingga Jitra di Kedah.
  • Sistem tol tertutup - Pengguna akan mengumpul tiket transit (Transit Ticket) di plaza tol masuk dan membayar tambang jarak dari tol plaza masuk dengan jarak plaza tol dari Batas Tanggungjawab Pemeliharaan (LMR). Ini berkenaan dengan bentangan jalan dari Hutan Kampung, Kedah sehingga Sungai Dua, Pulau Pinang dan dari Juru, Pulau Pinang sehingga Bukit Lanjan, Selangor.

Plaza Tol Bukit Kayu Hitam (sistem tol terbuka) - tamat operasi pada 31 Disember 2017

Maklumat lanjut Kelas, Jenis Kenderaan ...

Plaza Tol Jitra (sistem tol terbuka)

Maklumat lanjut Kelas, Jenis Kenderaan ...
Remove ads

Had Laju Kenderaan

Lebuhraya Utara-Selatan Jajaran Utara mempunyai had laju 110 km/j kecuali bentangan jalan di bawah:

  • 1 kilometer sebelum setiap plaza tol - 60 km/j
  • Bukit Kayu Hitam-Jitra (Kedah) - 90 km/j
  • Sungai Dua-Juru (Pulau Pinang) - 90 km/j
  • Kuala Kangsar-Jelapang (Perak) - 80 km/j
  • Jelapang-Ipoh Selatan (Perak) - 90 km/j
  • Gua Tempurung (Perak) - 90 km/j
  • Bukit Lanjan (Selangor) - 80 km/j
Remove ads

Kemalangan pada Lebuhraya Utara-Selatan Jajaran Utara

  • Pada 9 Mac 2007, 6 penumpang meninggal dunia dalam pelanggaran bas dekat Terowong Menora, Perak.
  • Pada 13 Ogos 2007, 20 orang meninggal dunia dalam pelanggaran bas dekat Changkat Jering, Perak.
  • Pada 26 Disember 2009, 10 penumpang meninggal dunia dan 2 terluka selepas sebuah, dua tingkat bas ekspres tergelincir dan terlanggar ke pembatas jalan di kilometer 272.8 apabila ia menuju ke utara, kira-kira 8 kilometer dari Plaza Tol Ipoh Selatan di Ipoh, Perak.
Remove ads

Senarai Tempat-tempat Penting di Lebuhraya Utara–Selatan Jajaran Utara

Di bawah ialah senarai persimpangan-persimpangan, hentian-hentian sebelah, kawasan-kawasan rehat, plaza-plaza tol dan lain-lain di Lebuhraya Utara–Selatan Jajaran Utara.

Legend: I/C - Persimpangan, L/B - Hentian Sebelah, RSA - Kawasan Rehat, OBR - Restoran Jejantas

Sempadan Negeri Pulau Pinang, dan Kedah, Sempadan Negeri Perak, dan Selangor,

Maklumat lanjut km, Exit ...
Remove ads
Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads