Lee Chin Chen
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Lee Chin Chen (Cina ringkas: 李政贤; Cina tradisional: 李政賢; pinyin: Lǐ Zhèngxián; lahir 7 Februari 1984) ialah seorang ahli politik Malaysia yang telah berkhidmat sebagai Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Pahang sejak Disember 2022 dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi kawasan Bilut sejak Mei 2018. Beliau pernah berkhidmat sebagai Ketua Pembangkang Negeri Pahang dari Julai 2018 hingga Oktober 2022 dan sebagai ADUN bagi kawasan Ketari dari Mei 2013 hingga Mei 2018. Beliau ialah ahli dan Ahli Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) Parti Tindakan Demokratik (DAP), sebuah parti komponen dalam gabungan Pakatan Harapan (PH) dan sebelum ini Pakatan Rakyat (PR). Beliau juga telah berkhidmat sebagai Penolong Setiausaha Pengelola Kebangsaan DAP sejak Mac 2025 dan Pengerusi DAP Negeri Pahang sejak September 2024. Beliau merupakan Timbalan Speaker pertama dalam sejarah Pahang yang bukan berketurunan Melayu.[1]
Remove ads
Kontroversi dan isu
Pada Februari 2023, sebuah foto yang menunjukkan Lee melakukan kesalahan trafik telah tular di media sosial. Foto tersebut memaparkan kereta milik Lee melanggar papan tanda "Dilarang Masuk". Lee mengeluarkan kenyataan bahawa beliau sedang bekerjasama dengan siasatan pihak polis dan telah menerima saman trafik yang akan dibayarnya. Ketua Polis Daerah Bentong turut mengesahkan dalam satu kenyataan bahawa saman telah dikeluarkan di bawah Seksyen 79(2) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Remove ads
Keputusan pilihan raya
Remove ads
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads