Lee Zii Jia

pemain badminton Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia

Lee Zii Jia
Remove ads

Lee Zii Jia (Cina ringkas: 李梓嘉; pinyin: Lǐ Zǐjiā; Pe̍h-ōe-jī: Lí Chú-ka, lahir 29 Mac 1998) merupakan seorang pemain badminton profesional Malaysia. Beliau telah menjuarai acara badminton perseorangan lelaki di Sukan Asia Tenggara 2019. Beliau juga telah menjuarai Terbuka Seluruh England 2021 dan Kejohanan Badminton Asia 2022. Beliau juga merupakan sebahagian dari skuad kebangsaan Malaysia yang meraih emas di Kejohanan Berpasukan Asia 2022 dan gangsa di Piala Sudirman 2021 & Piala Sudirman 2023. Beliau memenangi pingat gangsa di Sukan Olimpik Musim Panas 2024, menjadi pemain perseorangan lelaki Malaysia ketiga memenangi pingat dalam Sukan Olimpik selepas Datuk Rashid Sidek dan Datuk Wira Lee Chong Wei.

Fakta Segera Lee Zii Jia 李梓嘉, Maklumat peribadi ...
Remove ads

Kehidupan awal

Lee Zii Jia merupakan anak kepada Lee Chee Hin dan Leow Siet Peng, guru dan bekas pemain bola keranjang antarabangsa.[2] Zii Jia mula berminat bermain badminton sejak berumur 6 tahun. Pada awal persekolahannya, Lee bersekolah SJKC Keat Hwa di Alor Setar, Kedah. Hasil daripada pencapaian cemerlang dalam pertandingan badminton bawah umur 12 tahun, beliau telah menyambung pelajarannya di Sekolah Sukan Bukit Jalil. Pada 2015, beliau berjaya memenangi Kejohanan Badminton Terbuka Remaja di negeri Perak dan Selangor. Pencapaian seterusnya membawa beliau terpilih untuk melayakkan diri ke Persatuan Badminton Malaysia.

Remove ads

Kerjaya

2016

Pada November 2016, Zii Jia memenangi pingat gangsa di Kejohanan Badminton Remaja acara perseorangan lelaki selepas tewas kepada Chico Aura Dwi Wardoyo di peringkat separuh akhir. Pada bulan yang sama, beliau melayakkan diri ke peringkat akhir di Siri Antarabangsa India.

2017

Pada Februari 2017, Zii Jia berjaya melayakkan diri ke separuh akhir Kejohanan Badminton Thailand Master dan akhirnya tewas kepada Kantaphon Wangcharoen dari Thailand. Pada September 2017, Zii Jia berjaya menjuarai Kejohanan Badminton pertama di Siri Antarabangsa Poland. Seterusnya, Zii Jia juga melayakkan diri ke peringkat separuh akhir Kejohanan Badminton Terbuka Bitburger[3]

2018

Pada Oktober 2018, Zii Jia berjaya mara peringkat akhir Kejohanan Badminton Terbuka Cina Taipei 2018 selepas memenangi lawannya iaitu ranking dunia No. 4, Chou Tien-chen di separuh akhir. Beliau menang menentang Riichi Takeshita di peringkat akhir dan berjaya menjadi juara.[4][5]

2019

Pada Ogos 2019, beliau sekali lagi melayakkan diri ke peringkat separuh akhir di Kejohanan Badminton Terbuka Thailand 2019, namun tewas kepada Chou Tien-chen. Zii Jia seterusnya melayakkan diri untuk menyertai Kejohanan Dunia BWF 2019 di Basel, Switzerland, tetapi tewas kepada ranking pertama dunia Kento Momota dari Jepun di peringkat suku akhir.[6] Pencapaian ini berjaya meningkatkan kedudukan ranking dunia ke-11 pada 12 November 2019. Pada bulan Disember, beliau berjaya memenangi pingat emas acara perseorangan lelaki badminton di temasya Sukan Asia Tenggara 2019,[7] dan juga memungut pingat perak bagi acara lelaki berpasukan.[8]

2020

Pada awal 2020, Zii Jia menyertai Kejohanan Terbuka Badminton di Malaysia, Indonesia dan Thailand di mana pencapaian terbaiknya ialah peringkat separuh akhir di Malaysia. Beliau tewas kepada Kento Momota dari Jepun pada Kejohanan Badminton Terbuka Malaysia.[9] Pada bulan Februari, beliau mengetuai pasukan badminton Malaysia dan berjaya memenangi pingat perak di Kejohanan Badminton Asia Berpasukan.[10] Pada peringkat akhir Kejohanan Badminton Asia Berpasukan, beliau tewas kepada Anthony Sinisuka Ginting dari Indonesia.

Kemudian pada bulan Mac, oleh sebab tercetusnya pandemik COVID-19 di Eropah, Terbuka Jerman dibatalkan. Kejohanan Lee seterusnya adalah All England Open, yang juga menjadi aksi pertamanya di kejohanan ini kerana kedudukannya sebelum ini terlalu rendah untuk melayakkan diri.[11][12] Beliau berjaya menewaskan Jonatan Christie, yang pernah menang dalam empat perlawanan sebelumnya serta Lu Guangzu dan juara Olimpik 2016, Chen Long. Pada peringkat separuh akhir, Zii Jia bertemu dengan Viktor Axelsen dan tewas kepada Victor. Perlawanan berlangsung selama 73 minit.[13][14] Pencapaian beliau telah meningkatkan kedudukan dunia BWF ke tangga ke-10 pada 17 Mac 2020.[15]

2021

Pada Mac 2021, Lee Zii Jia memenangi tempat pertama dalam Terbuka Seluruh England 2021 menewaskan Viktor Axelsen dengan markah 30-29, 20-22, 21-9. Beliau merampas kedudukan pertama dalam kejohanan ini yang dirangkul oleh Viktor Axelsen pada edisi 2020.[16].

2022

Meninggalkan BAM dan pelarangan bermain, juara Asia

Pada Januari 2022, terdapat spekulasi bahawa Lee telah menyatakan hasratnya untuk meninggalkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), dengan alasan beliau tidak berpuas hati dan gembira dengan persatuan itu.[17] Beliau akhirnya secara rasmi meletak jawatan pada 19 Januari, beralih menjadi pemain bebas.[18]

Sebagai tindak balas, Lee dilarang selama dua tahun daripada menyertai mana-mana kejohanan antarabangsa yang memerlukan kelulusan BAM serta mana-mana kejohanan yang dibenarkan Persekutuan Badminton Dunia (BWF).[19] Kejohanan tersebut termasuk Sukan AsiaSukan KomanwelSukan OlimpikPiala Thomas dan Kejohanan Dunia BWF.[20][21] Dengan orang ramai dan pemain antarabangsa bertindak balas negatif terhadap larangan itu, Lee mengemukakan rayuan terhadap larangan itu pada 24 Januari 2022.[22] Larangan itu ditarik balik selepas Lee dan BAM bertemu pada 25 Januari 2022, dengan syarat yang masih belum didedahkan.[23]

Pada Mei 2022, Lee memenangi gelaran pertamanya pada tahun ini di Kejohanan Badminton Asia 2022, mengalahkan pemain Indonesia Jonatan Christie 21-17, 23-21.[24] Lee menjadi pemain perseorangan lelaki Malaysia keenam memenangi gelaran Kejohanan Asia. Pada 22 Mei 2022, Lee menjuarai kejohanan Super 500 Jelajah Dunia BWF pertamanya pada Terbuka Thailand 2022, mengalahkan pemain China Li Shifeng dengan permainan tiga set 17–21, 21–11, 23–21 dalam masa 70 minit.[25]

Remove ads

Pencapaian

Sukan Olimpik

Perseorangan lelaki

Maklumat lanjut Tahun, Tempat ...

Kejohanan Asia

Perseorangan lelaki

Maklumat lanjut Tahun, Tempat ...

Sukan Asia Tenggara

Perseorangan lelaki

Maklumat lanjut Tahun, Tempat ...

Kejohanan Remaja Dunia BWF

Perseorangan lelaki

Maklumat lanjut Tahun, Tempat ...

Jelajah Dunia BWF (6 gelaran, 5 naib juara)

Jelajah Dunia BWF, yang diumumkan pada 19 Mac 2017 dan dilaksanakan pada 2018,[27] adalah satu siri kejohanan elit badminton yang disetujui oleh Persekutuan Badminton Dunia (BWF). Jelajah Dunia BWF dibahagikan kepada tahap Jelajah Akhir Dunia, Super 1000, Super 750, Super 500, Super 300 (sebahagian daripada Jelajah Dunia HSBC), dan Jelajah BWF Super 100.[28]

Perseorangan lelaki

Maklumat lanjut Tahun, Kejohanan ...

Siri Antarabangsa BWF (1 gelaran, 1 naib juara)

Perseorangan lelaki

Maklumat lanjut Tahun, Kejohanan ...
     Cabaran Antarabangsa BWF
     Siri Antarabangsa BWF
Remove ads

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads