Leong Yu Man
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Leong Yu Man (Cina ringkas: 梁耀雯; Cina tradisional: 梁耀雯; pinyin: Liáng Yàowén; lahir 22 Jun 1985) merupakan seorang ahli politik dan bekas ahli pemakanan Malaysia yang telah berkhidmat sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang (EXCO) dalam pentadbiran negeri Barisan Nasional (BN) di bawah Menteri Besar Wan Rosdy Wan Ismail sejak Disember 2022 serta Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang (ADUN) bagi kawasan Triang sejak Mei 2013. Beliau merupakan ahli, Setiausaha Pengelola Negeri Pahang dan Ketua Wanita Bahagian Bera bagi Parti Tindakan Demokratik (DAP), sebuah parti komponen dalam gabungan Pakatan Harapan (PH) dan sebelum ini Pakatan Rakyat (PR). Beliau ialah EXCO wanita tunggal, ahli termuda dan satu-satunya wakil DAP dalam EXCO Pahang serta salah seorang daripada hanya dua EXCO PH dan berbangsa Cina dalam kerajaan negeri Pahang bersama ADUN Teruntum Sim Chon Siang. Beliau juga merupakan anak kepada Pengerusi DAP Negeri Pahang dan bekas ADUN Triang, Leong Ngah Ngah. Beliau mencipta sejarah sebagai wanita Cina pertama dan wakil DAP pertama yang dilantik sebagai Ahli EXCO Negeri Pahang.[1]
Remove ads
Kerjaya politik
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pahang (sejak 2022)
Pilihan raya negeri Pahang 2022 telah menyaksikan Dewan Undangan Negeri Pahang tergantung buat kali pertama dalam sejarah negeri itu. ADUN Jelai, Wan Rosdy daripada BN telah dilantik semula sebagai Menteri Besar Pahang selepas BN dan PH membentuk kerajaan negeri campuran pada 28 November 2022. Pada 2 Disember 2022, Leong telah dilantik sebagai Ahli EXCO Negeri Pahang oleh Menteri Besar Wan Rosdy. 12 hari kemudian, pada 14 Disember 2022, Leong mula memegang portfolio Perpaduan, Pelancongan dan Kebudayaan, mengambil alih dua portfolio pertama daripada bekas ADUN Kuala Sentul, Shahaniza Shamsuddin dan satu lagi portfolio daripada bekas ADUN Lanchang, Mohd Sharkar Shamsudin.
Ahli Dewan Undangan Negeri Pahang (sejak 2013)
Pilihan raya negeri Pahang 2013
Dalam Pilihan raya negeri Pahang 2013, Leong membuat penampilan sulung dalam pilihan raya apabila dicalonkan oleh PR untuk bertanding di kerusi Triang yang telah disandang oleh bapanya, Leong Ngah Ngah sejak 1990. Beliau memenangi kerusi tersebut dan telah dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Triang untuk penggal pertama selepas menewaskan calon BN, Tan Tin Loon dengan majoriti 5,009 undi.
Pilihan raya negeri Pahang 2018
Dalam Pilihan raya negeri Pahang 2018, Leong telah dicalonkan semula oleh PH untuk mempertahankan kerusi Triang. Beliau berjaya mempertahankan kerusi tersebut dan telah dipilih semula sebagai ADUN Triang untuk penggal kedua selepas menewaskan Tan daripada BN dalam pertembungan semula dengan majoriti 6,454 undi.
Pilihan raya negeri Pahang 2022
Dalam Pilihan raya negeri Pahang 2022, Leong sekali lagi dicalonkan oleh PH untuk mempertahankan kerusi Triang dan telah dipilih semula sebagai ADUN Triang untuk penggal ketiga. Beliau mempertahankan kerusi tersebut selepas menewaskan Yee Cheng Hwa daripada BN dan Izzuddin Zulkifli daripada Perikatan Nasional (PN) dengan majoriti 6,219 undi.
Remove ads
Keputusan pilihan raya
Remove ads
Nota
- Memegang portfolio 12 hari selepas mengangkat sumpah jawatan.
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads