MFMF

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

MFMF (digayakan sebagai MFMF.) ialah kumpulan penulis lagu dan penerbit rakaman Malaysia, terdiri daripada Brendan Lim, Justin Seow dan Wee Zhen Yong.[1] Portfolio mereka terdiri daripada artis-artis terkenal seperti Yuna, Hael Husaini dan Nabila Razali. Trio ini mendapat pengiktirafan meluas pada 2020 menerusi lagu "Peluang Kedua" hasil nukilan bersama Hael dan dipersembahkan oleh Nabila.[2]

Fakta Segera Juga dikenali sebagai, Asal ...
Remove ads

Sejarah

MFMF. ialah singkatan bagi Music For My Friends,[2] ditubuhkan pada 2018 sebagai trio yang terdiri daripada duo Spuds yang dianggotai oleh Wee Zhen Yong dan Justin Seow dan penerbit, Brendan Lim atau Kuizz. Ketiga-tiga mereka kesemuanya pernah bergerak sendiri dalam pelbagai cabang kerjaya.[3]

Di awal penglbatan mereka dalam bidang muzik, MFMF. bergiat aktif dalam penciptaan lagu dan lirik berbahasa Inggeris. Zhen dan Justin yang bergerak di bawah nama Spuds pernah bekerjasama dengan Aina Abdul menerusi lagu "Ghost".[3] Single pertama ciptaan mereka ialah "Flashes" yang menampilkan Bil Musa,[4] diikuti oleh "Passin' Thru" menampilkan Daiyan Trisha.[5]

Pada tahun 2020, mereka mengarang dan menulis lagu "Stop Lah So Being Cute" yang dipersembahkan oleh Harith Zazman dan Loca B yang dikeluarkan pada 18 Jun.[6] Pada April 2020, MFMF. melancarkan lagu bertajuk "Goodbye" yang menggandingkan penyanyi Korea-Amerika, Annale; penyanyi Filipina, Iñigo Pascual dan pemain gitar Brazil, Mateus Assato. Proses rakaman lagu ini dijalankan pada September 2020.[7][8]

Pada Disember 2021, MFMF kini melebarkan sayap mereka ke pasaran antarabangsa dengan melancarkan single terbaharu, "Rindu" dalam tiga bahasa iaitu bahasa Melayu, Mandarin dan Korea. 3 versi bahasa lagu ini diterbitkan bagi mengetengahkan budaya Malaysia kepada masyarakat luar. Lagu ini turut menampilkan bersama dua penyanyi, Airliftz dan Alex Ungku.[9][10]

Remove ads

Ahli kumpulan

  • Brendan Lim – komposer, penulis lirik, penerbit rakaman
  • Justin Seow – komposer, penulis lirik, penerbit rakaman
  • Wee Zhen Yong – komposer, penulis lirik, penerbit rakaman

Diskografi penerbitan

Maklumat lanjut Tajuk, Tahun ...

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads