Nabila Razali
Penyanyi dan pelakon wanita Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Nur Nabila Mohd Razali (Jawi: نر نبيلة بنت محمة رزالي; lahir 13 November 1992)[1][2] merupakan seorang penyanyi dan pelakon wanita Malaysia. Kerjayanya bermula selepas menyertai Akademi Fantasia musim ke-10 pada 2013 di mana beliau berjaya memenangi tempat kelima.[3] Beliau terkenal dengan lagu "Katakan Saja" dan "Cemburu" yang mendapat sambutan,[4] namun lebih dikenali menerusi lagu "Pematah Hati", juga mendapat sambutan positif, sekaligus menjadi penanda aras bagi kerjaya muziknya. Sebagai pelakon, beliau telah membintangi sejumlah siri drama televisyen dan telefilem. Antara kredit lakonan beliau ialah Hikayat Cinta Si Pematah Hati (2017), Pesan Pada Hati (2019) dan Seindah Tujuh Warna Pelangi (2020).
Remove ads
Kehidupan awal
Nabila dilahirkan pada 13 November 1992 di Petaling Jaya, Selangor dan dibesarkan di Selayang.[1] Anak bongsu daripada tiga beradik kepada pasangan Shamsidah Abd Rahman dan Mohd Razali Mura, beliau merupakan graduan jurusan Ijazah Sarjana Muda Senibina di Universiti Sains Malaysia (USM) di Pulau Pinang. Beliau seterusnya menyambung pengajian peringkat sarjana dalam bidang sama di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Nabila juga merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah St. Mary Kuala Lumpur.
Remove ads
Kerjaya
Nabila memulakan kerjaya sebagai penyanyi melalui rancangan Akademi Fantasia musim ke-10 (AF2013), sebaris dengan penyanyi seperti Faizul Sany, Hael Husaini, Amira Othman dan Indah Ruhaila. Selepas 10 minggu beraksi di konsert AF2013, beliau berjaya memenangi tempat kelima.[5] Berikut persembahan beliau di AF2013:
- Minggu 1: "Gemilang" nyanyian asal Ella
- Minggu 2: "Setia Ku Di Sini" nyanyian asal Ziana Zain
- Minggu 3: "Berlari" nyanyian asal Tomok
- Minggu 4: "Aku Yang Tersakiti" nyanyian asal Judika
- Minggu 5: "Wajah Rahsia Hati" nyanyian asal Ogy Ahmad Daud
- Minggu 6: "Lovefool" nyanyian asal The Cardigans
- Minggu 7: "Keliru" (duet bersama Alif Satar) nyanyian asal Ajai & Nurul
- Minggu 8: "Gelombang" nyanyian asal Salamiah Hassan
- Minggu 9: "Tentang Rasa" nyanyian asal Astrid dan "Permata Biru" nyanyian asal Ella
- Minggu 10: "Seandainya Masih Ada Cinta" nyanyian asal Dayang Nurfaizah dan "Katakan Saja" (lagu baharu) nyanyian sendiri

Menurut beliau dalam temuramah: "Saya suka menyanyi sejak kecil. Di universiti, saya dan rakan-rakan pernah menjadi pemuzik jalanan".[6] Lagu single pertama beliau iaitu "Katakan Saja" mendapat sambutan yang menggalakkan dari pendengar. Namun, Nabila mula memperlahankan aktiviti seni beliau kerana masih menuntut di sebuah universiti awam tempatan.[7] Pada tahun 2015, beliau menggangotai kumpulan The Lomas yang turut disertai oleh Aisyah Aziz, Amira Othman dan Indah Ruhaila. Kumpulan ini telah melancarkan dua single setakat ini, "Bila Larut Malam" dan "Rindu".[8][9] Selepas menamatkan pengajian, beliau kembali menumpukan ke bidang seni semula apabila mengeluarkan single "Cemburu" yang juga mendapat sambutan hangat dari peminat pada tahun 2016.[10]
Nabila juga menjinakkan diri dalam bidang lakonan melalui dua telefilem iaitu Bibik Aku Nak Berak (2013) dan Ustaz Baru Nak Start (2016). Pada tahun 2017, Nabila mengembangkan sayapnya melalui drama Hikayat Cinta Si Pematah Hati lakonan bersama Alif Satar.[11] Menggalas watak utama Wafeen Wardah, lakonannya mendapat reaksi positif dari peminat.[12] Pada November 2017, Nabila telah mengeluarkan single terbaru berjudul "Pematah Hati"[13] dan menjadi kejayaan komersial. Muzik videonya diarahkan oleh The Storytellrs dan menampilkan Aedy Ashraf, Yaya Zahir dan Adriana Adnan.[14]
Pada tahun 2018, beliau bersama selebriti YouTube kelahiran Sarawak, Priscilla Abby menyanyikan lagu tema filem biopik 2018, Lee Chong Wei: Rise of the Legend yang bertajuk "Cahaya Juara". Rakaman lagu ini dijalankan pada 13 Februari 2018 di Kuala Lumpur, Malaysia dan Bangkok, Thailand.[15][16]
Pada Januari 2019, Nabila melancarkan single terbarunya, "Vroom Vroom" dengan muzik videonya menampilkan pelakon Fendy Bakry. Ia menerima lebih sejuta tontonan selepas empat hari dilancarkan dan turut menduduki tangga kedua sohor kini Malaysia dengan 38,000 tanda suka.[17][18][19]
Pada tahun 2020, Nabila muncul dengan single terbaharu "Peluang Kedua" dengan menampilkan MK dari kumpulan K-Clique. Video muzik yang dimuatnaik ke YouTube ini meraih satu juta tontonan dalam sehari, yang dianggap berjaya kerana menampilkan alunan rap MK dalam video itu.[20][21]
Pada November 2020, Nabila mengumumkan telah menarik diri daripada Separuh Akhir Muzik Muzik 35 berikutan masalah kesihatan yang dihadapinya.[22][23][24] Bagaimanapun, lagu "Peluang Kedua" nyanyiannya dipersembahkan oleh Hael Husaini di SFMM35.[25] Dan pada Disember 2020, Hael mengumumkan di Twitter bahawa Nabila bakal beraksi di Anugerah Juara Lagu ke-35 pada 7 Februari 2021.[26]
Beliau berlakon bersama Aiman Hakim Ridza dalam drama rantaian Biar Mereka Cemburu yang memulakan tayangan perdana di Astro Ria pada 1 Disember 2020. Beliau memegang watak utama sebagai Nadia.[27][28]
Beliau juga telah dilantik sebagai duta jenama kecantikan Siti Nurhaliza, Beautessence dan duta produk minuman BeFine.[29] Single terbaharu beliau, "Putus" dikeluarkan pada November 2021.[30][31]
Beliau turut berkecimpung dalam bidang penulisan apabila melancarkan novel Kerana Cinta Itu Ada. Dilancarkan pada 16 Mac 2022, ia merupakan karya pertamanya bersama penulis novel, Sopphilea.[32][33][34][35]
Remove ads
Kehidupan peribadi
Nabila ialah seorang pencinta alam sekitar dan aktif mengitar semula barangan terpakai.[36]
Beliau berkahwin dengan ahli perniagaan dan bekas pelumba kereta, Nik Iruwan Nik Izani yang berasal dari Kelantan pada 18 November 2023,[37][38] selepas 3 bulan bertunang.[39][40]
Beliau mengumumkan telah hamil anak sulungnya dan dijadual akan bersalin pada Januari 2025.[41][42] Bagaimanapun, pada 23 Disember 2024, beliau selamat bersalin anak lelaki sulungnya menerusi kaedah pembedahan.[43][44][45]
Diskografi
Single
Remove ads
Filemografi
Filem
Drama
Drama web
Telefilem
Televisyen
Iklan
Remove ads
Anugerah dan pencalonan
Remove ads
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads