Makin @ Marcus Mojigoh
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Datuk Dr. Makin @ Marcus Mojigoh (lahir pada 21 Jun 1951) merupakan ahli politik Sabah-Malaysia yang telah berkhidmat sebagai Ahli Parlimen Putatan bermula daripada Mac 2004 sehingga Mei 2018. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Pengerusi Lembaga Koko Malaysia dan Saham Amanah Sabah. Beliau pernah menyertai Parti Solidariti Tanah Airku (STAR)[2] sebelum kembali menyertai parti Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO).
Dengan pengaktifan semula UPKO Bahagian Putatan pada 4 November 2023, Marcus kembali menerajui UPKO Bahagian Putatan dan berazam untuk mengukuhkan kembali UPKO Bahagian Putatan dengan gandingan muka-muka lama dan baru.
Remove ads
Kerjaya Politik
Parti politik pertama Mojigoh ialah UPKO dalam gabungan Barisan Nasional Sabah. Mojigoh dipilih ke Parlimen persekutuan pada Pilihan raya 2004 menggunakan logo BN-UPKO menewaskan calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk kerusi Putatan.[3][4] Pada 2018, beliau bersetuju dengan Datuk Wilfred Madius Tangau (Presiden UPKO) meninggalkan Barisan Nasional Sabah selepas kekalahan gabungan itu pada Pilihan raya umum Malaysia 2018. Pada tahun 2020, beliau meninggalkan UPKO dan menjadi Ahli politik bebas. Pada 11 Disember 2021 (Sabtu), Datuk Dr Marcus M. Mojigoh, yang tidak berparti selama kira-kira setahun selepas meninggalkan UPKO, akhirnya menyertai Parti Solidariti Tanah Airku (STAR Sabah) di bawah pimpinan Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey G. Kitingan (mendaftar untuk Parti STAR sejak Jumaat lalu dan disahkan pada hari Sabtu).[5] Pada 24 Ogos 2022, Marcus meninggalkan Parti STAR selepas lapan bulan bersama parti itu. Kini Mojigoh adalah Ketua Bahagian UPKO Putatan.
Remove ads
Pilihan raya Malaysia 2008
Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, Makin @ Marcus Mojigoh bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional . Beliau telah bertanding di kawasan parlimen Putatan , negeri Sabah. Makin @ Marcus Mojigoh telah menang dengan mendapat undi sebanyak 12768.
Calon lawan ialah Ramzah Bin Ahmad (Bebas) mendapat 850 undi dan hilang deposit.Saukinah Binti Yussof dari PKR mendapat 6,485 undi - Kalah . Peratus pengundi yang keluar ialah 66.68 %. Undi rosak sebanyak 608.
Remove ads
Lihat juga
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads