Malcom Mussen Lamoh
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
YB Datuk Dr. Malcom Mussen Lamoh merupakan seorang ahli politik Malaysia yang berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Pelaburan Negeri Sarawak di bawah Premier Sarawak, Abang Abdul Rahman Johari Abang Openg dan Menteri, Awang Tengah Ali Hasan sejak Januari 2022 dan Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak Batang Ai sejak Mei 2016 dan Batang Air dari April 2009 hingga Mei 2016. Beliau juga pernah berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Terminal Perindustrian dan Pembangunan Usahawan (Pembangunan dan Industri) Negeri dalam pentadbiran negeri GPS di bawah Abang Johari dan Awang Tengah sejak September sehingga Disember 2021. Beliau merupakan ahli Parti Rakyat Sarawak (PRS), parti komponen gabungan Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang memerintah.
Mussen memiliki ijazah sarjana muda dari Universiti Putra Malaysia dan ijazah sarjana dari Universiti Warwick.[1] Beliau adalah bekas Jurutera Kanan di Jabatan Kerja Raya Sarawak. Beliau boleh bercakap dengan fasih dalam Bahasa Malaysia, Inggeris, Jepun dan Mandarin.
Remove ads
Keputusan pilihan raya
Remove ads
Anugerah
Malaysia :
Kesatria Mangku Negara (KMN) (2016)[2]
Sarawak :
Panglima Gemilang Bintang Kenyalang (PGBK) – Datuk (2019)[3]
Pingat Pegawai Bintang Sarawak (PBS)
Penerima Pingat Perak Jubli Intan Kemerdekaan Sarawak (2013)
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads