Molek FM

Stesen radio Pantai Timur ketiga From Wikipedia, the free encyclopedia

Molek FM
Remove ads

Molek FM ialah stesen radio swasta Malaysia yang dikendalikan oleh Media Prima Audio, anak syarikat radio konglomerat media Malaysia, Media Prima.[1] Stesen radio itu bertujuan untuk pendengar Pantai Timur di Semenanjung Malaysia, yang disiarkan 24 jam setiap hari dari Siarannya dipancarkan dari Balai Berita, Bangsar, Kuala Lumpur. Stesen radio ini disasarkan kepada pendengar berumur 18 hingga 39 tahun selain memberi tumpuan kepada pendengar berumur 24 hingga 34 tahun di negeri Pantai Timur.[2][3]

Fakta Segera Bandar, Negara ...

Pada asalnya, ibu pejabat saluran radio ini bersiaran dari Sri Pentas, Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor sebelum bersiaran sepenuhnya di Balai Berita, Bangsar pada 19 Januari 2025 sama seperti yang berlaku pada Hot FM, Fly FM, Kool 101 dan Eight FM apabila berpindah ke ibu pejabat New Straits Times Press pada tahun 2024 dan tahun 2025.

Remove ads

Sejarah

Molek FM mula menyiarkan percubaan pada 2 Januari 2022 dan disiarkan secara rasmi dengan penyampai radio pada 9 Januari 2022.[4][5] Pada mulanya, ia menyasarkan pendengar di negeri Pantai Timur, dengan lagu-lagu 80-an hingga terkini serta Melayu, Hindi, Indonesia, Inggeris dan Thai yang pernah dimainkan oleh Buletin FM. Malaysia hanya mempunyai dua stesen radio berbahasa Melayu di pantai timur sebelum pelancaran Molek FM iaitu Manis FM dan Gegar milik Astro Radio.[6]

Pada tahun 2011, Rangkaian Radio Media Prima pernah melancarkan dua saluran radio khusus bagi pendengar Pantai Timur iaitu Hot FM T'ganu dan Hot FM Kelate.[7] Kedua-dua saluran tersebut bertahan sehingga tahun 2015.

Pada 31 Mei 2022, Molek FM dianugerahkan trofi "Excellence In Media Communication" bagi kategori radio menerusi Anugerah Perniagaan Keusahawanan Kelantan 2022 yang berlangsung di Kota Bharu, Kelantan.[8]

Pada 2 Oktober 2022, Molek FM mula bersiaran di Kuantan, Pahang melalui frekuensi 100.4 MHz yang dipancar dari Bukit Pelindung bagi menggantikan slot stesen radio berbahasa Cina di bawah Media Prima Audio iaitu 8FM (dahulunya One FM).

Remove ads

Penyampai Radio

Penyampai Harian

Maklumat lanjut Nama, Nama samaran ...

Penyampai Hujung Minggu

  • El Saifuddin
  • Ezuan Zack
  • Zetty Rashid
Maklumat lanjut Nama samaran, Mula kerja ...

Bekas Penyampai

Maklumat lanjut Nama, Nama samaran ...
Remove ads

Program

Ahad - Khamis

Maklumat lanjut Segmen, Penyampai ...

Jumaat

Maklumat lanjut Segmen, Penyampai ...

Sabtu

Maklumat lanjut Segmen, Penyampai ...

Frekuensi

Radio

Maklumat lanjut Frekuensi, Kawasan ...

Rancangan Pagi di Molek FM

Segmen Pagi Molek FM adalah antara segmen popular di Malaysia. Pada mulanya, segmen pagi Molek FM dinamakan sebagai Molek FM yang diterajui oleh dua penyampai popular Fizie & Mek Zura segmen pagi dinamakan sebagai Molek Pagi yang diterajui DJ Nazz & Qila.

Penyampai Radio Pagi

Maklumat lanjut Tahun, Penyampai ...
Remove ads

Rancangan Petang di Molek FM

Rancangan Petang Molek FM sering menjadi peneman rakyat Malaysia ketika berada dalam kesesakan lalu lintas. Anda boleh "chilax" Molek Petang yang diterajui Mat Dan.

Penyampai Radio Petang

Maklumat lanjut Tahun, Penyampai ...

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads