Mohamaddin Ketapi

Ahli politik Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia

Mohamaddin Ketapi
Remove ads

Yang Berhormat Datuk Mohamaddin Haji Ketapi merupakan seorang ahli politik yang berasal dari Sabah. Beliau merupakan mantan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan Malaysia di bawah pimpinan Perdana Menteri Malaysia, Mahathir Mohamad melalui kerajaan Pakatan Harapan (PH) dari Julai 2018 hingga Februari 2020. Beliau merupakan Ahli Parlimen bagi kawasan Silam (2018 - 2019) sebelum dinamakan semula sebagai Lahad Datu, Sabah serta Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah bagi kerusi Lahad Datu dari tahun 1986 hingga 1990.

Fakta Segera YB DatukPGDK (Sabah); AP, Didahului oleh ...
Remove ads

Politik

Beliau menyokong perintah berkurung yang dikenakan di timur Sabah untuk memerangi jenayah merentasi sempadan sempadan yang dilakukan oleh penyamun dari selatan Filipina yang berdekatan.[1] Beliau juga didakwa berketurunan Tawi-Tawi Filipina.[perlu rujukan]

Keluar dari Parti Warisan Sabah

Beliau mengumumkan untuk keluar Parti Warisan Sabah pada 30 Oktober 2021 kerana ingin memajukan kawasan Parlimen dan kawasan DUN yang diwakilinya. Ketika sidang media tersebut, beliau menyatakan kawasan yang diwakilinya tidak akan maju selagi berada dalam pembangkang. Beliau memilih untuk menjadi Ahli Parlimen Bebas di Dewan Rakyat Malaysia dan ADUN mesra kerajaan di Dewan Undangan Negeri Sabah.[2]

Remove ads

Kontroversi

Pada 20 September 2020, dalam satu ceramah di Kampung Wawasan, Lahad Datu sempena kempen pilihan raya negeri Sabah ke-16, Mohamaddin yang juga calon di N61 Segama telah memberi ucapan yang berbaur penghinaan dalam ceramahnya terhadap anggota-anggota keselamatan Malaysia, khususnya yang terlibat dalam krisis pencerobohan Lahad Datu 2013. Dalam ucapannya, Mohamaddin menyatakan bahawa krisis tersebut hanyalah suatu "sandiwara bohong" yang direka sempena pilihan raya umum negara pada masa itu.[3]

Namun begitu, beliau menafikan bahawa beliau telah menghina anggota keselamatan dalam ceramahnya dan juga mendakwa pihak pembangkang iaitu Barisan Nasional dan beberapa parti tempatan Sabah telah memutarbelitkan ucapannya itu sehingga berlakunya isu ini, tetapi telah meminta maaf atas kesilapannya itu. Ucapan tersebut ditentang oleh orang ramai dan disifatkan sebagai biadab dan memperlekehkan golongan pertahanan awam negara.[3] Ucapan tersebut juga diletakkan di bawah siasatan pihak polis Sabah.[4]

Remove ads

Keputusan pilihan raya

Pilihan raya umum Malaysia 2018

Beliau telah bertanding atas tiket Parti Warisan Sabah dan memenangi kerusi Silam ke atas penyandangnya, Nasrun Mansur dari Barisan Nasional.[5]

Maklumat lanjut Year, Kerajaan ...

Pilihan raya negeri Sabah 2020

Maklumat lanjut Tahun, Kerusi ...

Anugerah

  • Sabah :
    • Darjah Panglima Gagah Darjah Kinabalu (PGDK) - Datuk (2018)

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads