Muhiddin Yusin

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Datuk Haji Muhiddin @ Mohd Anas bin Yusin adalah Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran[1] yang dilantik pada 27 November 2018 lalu. Beliau juga merupakan mantan Pengarah Pelajaran Sabah dari 2010 hingga 2012[2] ketika Muhyiddin Yassin memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Pelajaran Malaysia.

Fakta Segera Yang Berbahagia Datuk Haji PGDK, ASDK, ADK, BSK (Sabah), Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran ...
Remove ads

Pendidikan

Beliau adalah lulusan dari Maktab Perguruan Gaya, Sabah (1975). Seterusnya beliau mendapat ijazah pertama, Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) di Universiti Kebangsaan Malaysia (1982). Setelah itu, beliau menyambung pengajian di United Kingdom peringkat sarjana di Sheffield Hallam University, Sheffield dan memperolehi Ijazah Sarjana Sains (Pengurusan Pendidikan) (1994).

Kerjaya

Beliau memulakan kerjaya dalam bidang pendidikan pada 1976 apabila dilantik sebagai guru di Sekolah Menengah Sanzac selama 2 tahun. Seterusnya beliau dinaikkan pangkat menjadi Nazir Sekolah, Jemaah Nazir Sekolah Persekutuan, Kementerian Pendidikan Malaysia pada 1983 hingga 1986.

Setelah itu, beliau telah ditugaskan sebagai Penolong Pengarah, Unit Naik Pangkat dan Tatatertib, Bahagian Perjawatan dan Perkhidmatan di Jabatan Pendidikan Sabah (1986-1988). Seterusnya dilantik sebagai Penolong Pengarah Kanan, Bahagian Perjawatan dan Perkhidmatan, Jabatan Pendidikan Sabah (1989-1991). Kemudian beliau memangku jawatan sebagai Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Perjawatan dan Perkhidmatan, Jabatan Pendidikan Sabah (1991-1993), Ketua Penolong Pengarah Bahagian Perjawatan Dan Perkhidmatan, Jabatan Pendidikan Sabah (1993-1995), Ketua Sektor Pendidikan Islam dan Moral, Jabatan Pendidikan Sabah (1995-1998), Ketua Sektor Pengurusan Sekolah, Jabatan Pendidikan Sabah (1998-2003), Ketua Sektor Pengurusan dan Perkhidmatan, Jabatan Pendidikan Sabah (2003-2005), Ketua Penolong Pengarah, Sektor Dasar, Bahagian Sekolah, Kementerian Pendidikan Malaysia (2005-2007), Timbalan Pengarah Pelajaran Sabah (2007-2010), Pengarah Pelajaran Sabah (2010-2012) dan Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran pada 27 November 2018 lalu.[3]

Remove ads

Politik

Beliau telah menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada 2013[4] kerana tidak berpuas hati dengan Kementerian Pelajaran Malaysia yang tidak memberi dana yang secukupnya untuk pendidikan di Sabah. Pada Pilihan raya umum Malaysia 2013, beliau telah bertanding untuk kerusi DUN Karanaan menentang penyandang kerusi, Datuk Seri Panglima Masidi Manjun dari Barisan Nasional namun tewas dalam pertandingan 4 penjuru tersebut.[5]

Keputusan pilihan raya

Maklumat lanjut Tahun, DUN ...
Remove ads

Anugerah

Darjah kebesaran

  • Panglima Gemilang Darjah Kinabalu - Datuk
  • Ahli Setia Darjah Kinabalu
  • Ahli Darjah Kinabalu
  • Bintang Setia Kinabalu

Anugerah lain

  • Tokoh Kepimpinan Pendidikan Negeri Sabah (2019)[7]

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads