Nadeera Zaini

Penyanyi wanita Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Farah Nadeera Zaini (lahir 18 September 1993) ialah seorang penyanyi dan pelakon wanita Malaysia.[1][2] Bakat nyanyiannya mula dikenali setelah beliau menyertai Vokal... Bukan Sekadar Rupa musim kedua pada 2012 dan Mentor Legend pada 2014 sebagai protege kepada Zainal Abidin. Nama beliau mula lebih dikenali selepas memenangi Big Stage musim kelima dan lagu beliau "Bukan Lagi Kita" menjadi runut bunyi bagi drama bersiri Curang Tanpa Niat dan memenangi tempat kedua di Anugerah Juara Lagu ke-39.

Fakta Segera Nama lahir, Juga dikenali sebagai ...
Remove ads

Kerjaya muzik

Nadeera memulakan kerjaya muziknya dengan menyertai Vokal musim kedua pada 2012.[3] Beliau berjaya melepasi peringkat saringan dan terpilih menjadi di antara 11 peserta program realiti tersebut. Meskipun sering berada dikedudukan selesa setiap minggu, namun rezeki tidak berpihak kepadanya apabila beliau tersingkir di konsert separuh akhir.[4] Kegagalan tersebut tidak sedikit pun mematahkan semangatnya untuk bergelar anak seni.

Pada tahun 2014, sekali lagi beliau mencuba nasib dengan menyertai Mentor Legend. Pada konsert pengenalan, beliau telah terpilih menjadi protege kepada Zainal Abidin, sekaligus menewaskan Wada, iaitu salah seorang lagi calon protege kepada Zainal Abidin. Namun, kali ini rezeki tetap tidak menyebelahinya sekali lagi apabila beliau tersingkir di konsert separuh akhir kedua. Dua kali mengalami kegagalan dalam program realiti tidak sedikit pun memadamkan semangatnya untuk menjadi seorang penyanyi.[5] Selepas tamat Mentor Legend, Nadeera melancarkan single pertamanya bertajuk "Hasrat Hati" hasil nukilan Amirah Ali dan Sulu Sarawak.[6][7]

Beliau menggunakan pengalaman yang ada untuk lebih berusaha menaikkan namanya sebagai penyanyi baru ketika itu. Ternyata usahanya berhasil apabila pada tahun 2020 beliau dilamar oleh syarikat rakaman, MAP Music dan menandatangani kontrak bersama mereka, seterusnya muncul dengan single pertamanya bersama label itu, "Nyawa".[8] Dikeluarkan pada 21 Februari 2020, ia menjadi single pertamanya dalam tempoh lima tahun sejak "Hasrat Hati".[9]

Pada November 2020, beliau menjadi salah seorang peserta rancangan Lagu Cinta Kita pada musim kedua yang mana beliau berpasangan dengan Khareez Kasbullah. Rezeki berpihak kepada Nadeera apabila beliau dan pasangannya dinobatkan sebagai juara sekaligus membawa pulang wang tunai berjumlah RM50,000.[10][11][12]

Pada 1 Oktober 2021, beliau melancarkan single keempatnya yang berjudul "Panah".[13]

Pada tahun 2023, Nadeera menjadi salah seorang peserta Big Stage pada musim kelima.[14] Beliau dinobatkan sebagai juara dengan markah keseluruhan sebanyak 68.39 peratus sekaligus memenangi wang tunai sebanyak RM100,000 beserta trofi.[15]

Pada tahun 2024, lagu beliau yang bertajuk "Bukan Lagi Kita" ciptaan Hael Husaini dan Iqie Hugh memberi tuah kepada Nadeera apabila lagu tersebut menjadi popular ketika menjadi runut bunyi drama Curang Tanpa Niat. Lagu ini juga turut bertanding di Anugerah Juara Lagu ke-39 pada 16 Februari 2025 dan berjaya merangkul tempat kedua, sekaligus menaikkan lagi nama beliau di media arus perdana.

Pada tahun 2025, beliau telahpun melancarkan satu lagu untuk sebuah anugerah tahunan yang berprestij iaitu "Gempak Most Wanted" bersama Hael Husaini yang menjadi lagu tema bagi Gempak Most Wanted Awards 2024. Beliau juga melancarkan dua lagu raya pada tahun yang sama, iaitu "Meriah Lain Macam" bersama Hael Husaini, dan lagu single bertajuk "Dam Dim Dum Raya".

Vokal (musim 2)

Berikut ialah senarai persembahan Nadeera di Vokal:

Maklumat lanjut Konsert, Lagu ...

Mentor Legend

Berikut ialah senarai persembahan Nadeera di Mentor Legend:

Maklumat lanjut Minggu, Tema ...

Big Stage (musim 5)

Berikut ialah senarai persembahan Nadeera di Big Stage 5:

Maklumat lanjut Minggu, Tema ...
Remove ads

Kehidupan peribadi

Farah Nadeera dilahirkan dan dibesarkan di Mersing, Johor dan merupakan anak bongsu daripada dua beradik. Selepas tamat Mentor Legend, beliau pernah tinggal bersama mentornya, Zainal Abidin selama dua tahun.[7]

Diskografi

Single/Kemunculan khas

Maklumat lanjut Tajuk, Label ...

Filemografi

Televisyen

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Anugerah dan pencalonan

Maklumat lanjut Tahun, Anugerah ...
Remove ads

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads