Nikki Palikat

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Nicolette Louisa Palikat (lahir 1 November 1985) atau kini lebih dikenali sebagai Nikki Palikat adalah merupakan seorang penyanyi wanita Malaysia dan peserta Malaysian Idol musim pertama pada tahun 2004.[1] Beliau juga merupakan naib juara Gegar Vaganza (musim 8) pada 2021.

Fakta Segera Nama lahir, Juga dikenali sebagai ...
Remove ads

Kehidupan peribadi

Beliau berasal dari Tambunan, Sabah dan dilahirkan pada 1 November 1985 di Berrien Springs, Michigan, Amerika Syarikat ketika bapanya sedang melanjutkan pengajiannya di sana. Nikki fasih berbahasa Dusun dan Bahasa Inggeris serta Bahasa Melayu. Selepas tamat Malaysian Idol 1, Nikki menyambung pelajaran di Kolej Matrikulasi Labuan. Sebelum itu, beliau bersekolah di St Francis Convent Catholic School. Nikki dikenali di Malaysia dengan suara tinggi ( Whistle Register) yang menjadi trademark beliau dalam nyanyian.

Beliau ialah anak kepada Nicholas Palikat yang merupakan penyanyi di RTM Sabah pada era 70-an[2] dan juga anak saudara kepada Jimmy Palikat, yang popular dengan single lagu "Anak Kampung". Nikki berkahwin dengan komposer dan penerbit rakaman Audi Mok dan dikurniakan seorang anak lelaki bernama Liam Audi yang kini berusia 12 tahun .[3]. Semasa menuntut di Kolej Matrikulasi Labuan, Nikki berjaya memasuki pertandingan Malaysian Idol Musim 1 dengan mempersembahkan sebuah lagu yang bertajuk 'Emotions' dendangan Mariah Carey. Nikki berjaya memasuki peringkat 12 teratas pertandingan tersebut dan dianggap sebagai peserta yang terbaik untuk memenangi pertandingan tersebut oleh Paul Moss.

Selepas tamat pengajian di Kolej Matrikulasi Labuan Nikki dilamar oleh Artistes United Records dan melahirkan album sulung beliau berjudul Maharani. Album tersebut juga telah menunjukkan kemantapan vokal Nikki menggunakan teknik 'whistle register'.

Nikki membuat penampilan teater pertamanya dengan Shout the Mod Musical dan diikuti oleh Euphrasia.[4][5]

Setelah selesai menyertai Gegar Vaganza, Nikki kemudian membuat pengakuan bahawa beliau sebenarnya sudah lama berpisah dengan bekas suaminya, Audi Mok akan tetapi Nikki tidak menghebahkan berita tersebut kepada media pada ketika itu. Namun beliau berkata bahawa beliau dan bekas suami kini tetap berhubungan baik demi anak mereka.

Remove ads

Malaysian Idol 2004

Nikki hampir tersingkir di pusingan Workshop namun beliau bertuah pada ketika itu kerana dipilih oleh para juri untuk mara ke pusingan Wildcard dan hasilnya beliau berjaya terpilih ke Top 12 hasil undian penonton. Namun beliau tersingkir pada konsert spektakular kelima berikutan undian tidak menyebelahi beliau. Berikut persembahan Nikki;

Maklumat lanjut Pusingan, Lagu (penyanyi asal) ...

Uniknya, sepanjang pertandingan Malaysian Idol berlangsung, Nikki antara peserta yang tidak pernah sekalipun menyanyikan lagu berbahasa melayu.

Remove ads

Gegar Vaganza 8

Nikki terpilih menyertai Gegar Vaganza (2021) anjuran Astro.

Maklumat lanjut Persembahan dan keputusan Gegar Vaganza (musim 8), Konsert ...

All Stars Gegar Vaganza 2023

Nikki terpilih menyertai All Stars Gegar Vaganza (2023) melalui Hot Seat All Stars Gegar Vaganza anjuran Astro. Pada show pengenalan peserta dan minggu pertama, Nikki membawakan single Faradhiya iaitu lagu Bertakhta Di Hati.

Maklumat lanjut Persembahan dan keputusan All Stars Gegar Vaganza (musim 10), Konsert ...
Remove ads

Diskografi

Album studio

Maklumat lanjut Judul, Butiran album ...

Single

Maklumat lanjut Tahun, Judul ...
Remove ads

Filemografi

Televisyen

Maklumat lanjut Tahun, Acara ...

Drama

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...
Remove ads

Anugerah & pencapaian

Maklumat lanjut Tahun, Acara ...
Remove ads

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads