Hafreez Adam

Pelakon lelaki Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia

Hafreez Adam
Remove ads

Hafreez Adam Aizat Zahalan[2] (lahir 10 Jun 1990) merupakan seorang pelakon dan model lelaki Malaysia. Kerjayanya bermula selepas menyertai Hero Remaja 2011/12 dan mula dikenali menerusi drama adaptasi novel Bila Hati Berbicara di samping Syafiq Kyle dan pelakon Singapura, Atikah Suhaime.[3]

Fakta Segera Kelahiran, Pekerjaan ...
Remove ads

Kehidupan awal

Hafreez dilahirkan pada 10 Jun 1990 di Kuala Lumpur. Beliau merupakan anak kedua daripada enam orang adik beradik dan mempunyai seorang kakak, dua orang adik perempuan dan adik lelaki.[4] Hafreez mempunyai hobi dan minat dalam bidang muzik, multimedia dan animasi komputer. Malah beliau juga berbakat dalam bidang seni grafik dan fotografi.[5]

Kerjaya

Hafreez merupakan finalis Hero Remaja 2011/12 bersama-sama Fattah Amin (juara), Syafiq Kyle, Hafidz Roshdi, Nazrief Nazri, Ben Amir, Fendy Bakry dan Saharul Ridzwan di mana kesemua mereka mencipta nama sebagai pelakon drama dan filem. Adik perempuannya, Aien Zahalan juga terlibat di dalam bidang lakonan dan lakonan pertamanya ialah drama adaptasi novel yang juga lakonan beliau, Hikayat Cinta Si Pematah Hati.[5]

Beliau muncul sebagai peranan yang tidak dikreditkan dalam telefilem Qadr arahan Faisal Ishak lakonan Zahiril Adzim dan Beto Kusyairy yang mengisahkan tentang peluang kedua yang diberikan oleh Tuhan kepada HambaNya selepas dilanda kesakitan. Telefilem ini memulakan tayangan perdana di Astro First Eksklusif pada Februari 2014.[6] Hafreez seterusnya muncul dalam drama adapasi novel Hati Perempuan lakonan Saharul Ridzwan dan Mia Ahmad; beliau memegang watak sebagai Daniel Idrus, bekas teman lelaki Yuhanis lakonan Mia.[7] Kerjaya filem Hafreez bermula apabila beliau sekali lagi bekerja dengan Faisal dalam filem Juvana 2: Terperangkap Dalam Kebebasan yang ditayangkan pada 29 Oktober 2015; beliau memegang watak Megat.[8]

Beliau seterusnya membuat penampilan pentas pertamanya dengan membintangi pementasan teater yang bertajuk Zombie La La La yang dipentaskan pada 13 hingga 21 Februari 2016 di Istana Budaya, Kuala Lumpur, beliau memegang watak utama sebagai Elvi Pasola.[9] Beliau muncul bersama Zara Zya dan Nazim Othman dalam telenovela adaptasi drama Korea Monalisa di Slot Tiara Astro Prima.[10] Beliau menjadi pelakon utama bersama Emma Maembong dalam drama adaptasi novel Pencuri Cinta Kelas Satu karya Illa Shanahila yang bersiaran di Slot Raihana Astro Oasis.[11]

Hafreez berlakon di samping Diana Danielle dalam drama Raisha 2 sebagai Mikhail.[12] Beliau kemudian memegang watak sebagai Tajul dalam drama Tolong Aku Doktor Cinta, lakonan bersama Puteri Aishah dan Nina Iskandar.

Pada tahun 2020, Hafreez tidak berlakon drama, sebaliknya berlakon dalam telefilem apabila beliau muncul dalam dua telefilem, iaitu Jodoh Lebaran dan Istidraj. Beliau kembali beraksi di layar kaca menerusi drama Derita Untuk Bahagia yang menyaksikan beliau kembali bekerjasama dengan Amar Baharin. Dalam drama itu, beliau memegang watak sebagai Raif.

Remove ads

Kehidupan peribadi

Pada April 2018, Hafreez dilaporkan telah menjalin hubungan dengan pelakon Zara Zya dan beliau tidak melihat jarak usia sebagai penghalang.[13][14] Beliau sebelum ini menafikan khabar angin yang mengatakan beliau menjalin hubungan dengan Afifah Nasir yang juga adik pelakon Anzalna Nasir ketika mereka sama-sama membintangi drama Pengantinku Jatuh Dari Langit.[15]

Hafreez juga dikatakan pernah berkrisis dengan pelakon Nazim Othman.[16] Selain itu, beliau juga mempunyai prinsip untuk menjaga hati dan perasaan keluarganya.[17] Hafreez dan Zara bertunang pada 12 Oktober 2019 dan dijadual akan berkahwin pada 2020. Selain itu, bapa Hafreez meninggal dunia beberapa hari sebelum majlis pertunangannya berlangsung.[perlu rujukan]

Hafreez dan Zara mengumumkan telah memutuskan pertunangan mereka selepas sebulan. Beliau bagaimanapun menjelaskan, mereka berpisah secara baik.[18]

Filemografi

Filem

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Drama

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Telefilem

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Teater

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Video Klip

Maklumat lanjut Tahun, MV ...

Web drama

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Iklan

Maklumat lanjut Tahun, Iklan ...

Televisyen

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...
Remove ads

Anugerah dan pencalonan

Maklumat lanjut Tahun, Anugerah ...

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads