Parti Bersatu Rakyat Sabah

parti politik di Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia

Parti Bersatu Rakyat Sabah
Remove ads

Parti Bersatu Rakyat Sabah (bahasa Inggeris: United Sabah People's Party; singkatan: PBRS) ditubuhkan pada 11 Mac 1994. Sebelum penubuhan PBRS, beberapa orang bekas ketua Parti Bersatu Sabah (PBS) seperti Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup, Datuk Clarence Dicsenol Bongkos Malakun, Datuk James Andrew Vitales, Senator Datuk Limun Laikim dan Encik Cyril Pauting Yansalang, JP (mantan Setiausaha Perhubungan Awam Ketua Menteri Sabah/PBS). Lambang PBRS adalah ukiran dan ciptaan beliau mengadakan perjumpaan sebanyak empat kali untuk membincangkan tentang penubuhan PBRS. Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) adalah salah satu komponen utama Gabungan Rakyat Sabah iaitu gabungan politik yang berpusat di Sabah Borneo.

Fakta Segera Presiden, Setiausaha am ...
Remove ads

Menyertai Barisan Nasional

Pada 16 Mac 1994, Tan Sri Datuk Seri Panglima Joseph Kurup bersama Datuk Clarence Dicsenol Bongkos, Senator Datuk Limun Laikim dan Encik Cyril Pauting Yansalang telah berjumpa dengan Perdana Menteri Malaysia ke-4, Mahathir Mohamad, yang merupakan Pengerusi Barisan Nasional di Kuala Lumpur untuk menyampaikan surat permohonan menyertai Barisan Nasional sebagai parti komponen. [1][2][3]

Menyertai Gabungan Bersatu Sabah (GBS)

Pada 15 Mei 2018, parti ini mengambil keputusan untuk keluar dari Barisan Nasional berkuat kuasa serta merta dan menyertai Gabungan Bersatu Sabah yang merupakan sebuah lagi blok parti pembangkang yang bertumpu di kawasan Timur Malaysia. Walaubagaimanapun, pada Mac 2020, berikutan kejatuhan gabungan Pakatan Harapan sebagai parti pemerintah Malaysia, PBRS kembali menjadi komponen utama Barisan Nasional sekaligus menjadi komponen Gabungan Bersatu Sabah untuk bahagian Timur Malaysia.

Remove ads

Menyertai Gabungan Rakyat Sabah (GRS)

pada 12 September 2020, PBRS bersetuju untuk menyertai dan menjadi parti komponen utama gabungan politik yang berpusat di Sabah iaitu Gabungan Rakyat Sabah (GRS). Timbalan Presiden PBRS, Arthur Joseph Kurup menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU), Gabungan Rakyat Sabah pada 9 Januari 2021. Arthur Joseph Kurup menjadi wakil PBRS dalam menandatangani memorandum persefahaman GRS. Pada 10 Januari 2021, PBRS secara rasmi menjadi parti komponen utama bagi Gabungan Rakyat Sabah. Walaubagaimanapun, keahlian PBRS digugurkan dari GRS selepas melakukan tindakan pelanggaran calon Pilihan raya umum Malaysia 2022 di bahagian Parlimen Ranau dengan menggunakan logo PBRS-BN yang mengakibatkan pembatalan perjanjian diantara gabungan Barisan Nasional dan Gabungan Rakyat Sabah. beberapa kerusi hasil dari pelanggaran PBRS telah mengakibatkan GRS untuk berjalan secara mandiri dan bebas. GRS pada tahun 2024 telah kukuh dengan 42 kerusi ADUN, 6 Ahli Dewan Rakyat, 2 Ahli Dewan Negara, dan mempunyai 8 komponen parti tempatan dalam gabungan tersebut. Manakala, PBRS kekal dengan Barisan Nasional.

Wakil Rakyat

Dewan Rakyat

Maklumat lanjut No., Kawasan Parlimen ...

Dewan Undangan Negeri Sabah

Maklumat lanjut No., Kawasan DUN ...

Lihat juga

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads