Arthur Joseph Kurup
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Dato' Sri Arthur Joseph Kurup (lahir 4 Ogos 1982) merupakan seorang ahli politik Malaysia berketurunan Kadazandusun. Beliau kini berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Malaysia pada 12 Disember 2023 dan merupakan Ahli Parlimen Pensiangan sejak Penggal Parlimen Malaysia ke-14. Di peringkat parti beliau merupakan Presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) salah satu parti komponen Barisan Nasional.
Remove ads
Pendidikan
Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda Undang-undang dan Ijazah Sarjana Undang-undang di Bond University, Australia.
Seterusnya beliau menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Ekonomi Antarabangsa dan Kewangan di University of Queensland, Australia.
Kerjaya
Arthur sebelum ini bekerja sebagai Pegawai Perdagangan dan Undang-undang di Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) di Geneva, Switzerland sebelum pulang ke Malaysia.[3] Beliau juga sebelum ini berkhidmat sebagai Pengarah di Lembaga Pembangunan Bandar dan Perumahan Sabah.[4]
Pilihan raya
Pilihan raya 2018
Pada pilihan raya 2018, parti beliau Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) me.bawanya bertanding di kerusi parlimen Pensiangan bagi menggantikan bapanya, Joseph Kurup.[5][6][7] Beliau berdepan dengan calon Raymond Ahuar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan seterusnya bertanding di kerusi lama bapanya.[8]
Keputusan pilihan raya
Anugerah dan pengiktirafan
Wilayah Persekutuan :
Panglima Mahkota Wilayah (PMW) - Datuk (2021)
Pahang :
Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) - Dato' Sri (2025)
Sabah :
Pingat Ahli Setia Darjah Kinabalu (ASDK) - (2021)
Panglima Gemilang Darjah Kinabalu (PGDK) - Datuk (2023)
- Jaksa Pendamai (JP) - (2014)
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads