Pilihan raya negeri Sarawak 2021
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Pilihan raya negeri Sarawak ke-12 akan diadakan pada 18 Disember 2021. 82 anggota Dewan Undangan Negeri Sarawak, dipilih di kawasan pilihan raya berseorangan yang menggunakan kaedah undian pemenang undi terbanyak. Pilihan raya dijalankan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR).
Pilihan raya ini menyaksikan Gabungan Parti Sarawak mengekalkan kemenangan selepas menang 76 daripada 82 kerusi yang dipertandingkan[1]. Abang Johari Tun Openg diangkat semula menjadi Ketua Menteri Sarawak[2].
Remove ads
Latar belakang
Dewan Undangan Negeri Sarawak ke-18 pada mulanya terbubar pada 7 Jun 2021 dan sebuah pilihan raya perlu diadakan dalam tempoh 60 hari daripada tarikh tersebut. Walau bagaimanapun, pada 31 Julai, Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah mengisytiharkan Proklamasi Darurat diteruskan di Sarawak hingga 2 Februari 2022 susulan ancaman pandemik COVID-19, sekali gus menangguhkan pilihan raya negeri bagi tempoh berkenaan.
Kerajaan Negeri Sarawak telah berunding dan menasihatkan Yang di-Pertua Negeri Sarawak Abdul Taib Mahmud supaya memohon kelulusan daripada Yang di-Pertuan Agong agar menamatkan lebih awal Proklamasi Darurat yang diisytiharkan pada 2 Ogos.
Proklamasi Darurat di Sarawak telah diisytiharkan tamat pada 3 November dan menyaksikan DUN Sarawak secara automatiknya turut terbubar dan pilihan raya perlu diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh tersebut.
Remove ads
Parti politik
Gabungan Parti Sarawak (GPS) telah ditubuhkan pada tahun 2018 oleh empat parti komponen Barisan Nasional (BN) Sarawak selepas kekalahan gabungan tersebut dalam pilihan raya umum Malaysia 2018.[3] GPS yang kini merupakan blok ketiga terbesar di Dewan Rakyat dan membentuk kerajaan di negeri Sarawak, terdiri daripada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu, Parti Rakyat Sarawak, Parti Demokratik Progresif dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP).[4][5] Keempat-empat parti komponen bertanding menggunakan lambang yang sama[6].
Pakatan Harapan Sarawak yang terdiri daripada Parti Tindakan Demokratik, Parti Keadilan Rakyat dan Parti Amanah Negara mengekalkan amalan sebagaimana pilihan raya sebelumnya dengan bertanding menggunakan lambang parti masing-masing[7].
Parti Sarawak Bersatu (PSB) yang merupakan penjenamaan kepada serpihan SUPP, Parti Rakyat Bersatu (UPP), dan Parti Bumi Kenyalang (PBK) membuat percubaan pertama bertanding dalam pilihan raya kali ini. Dalam pilihan raya sebelumnya, UPP bertanding sebagai calon terus BN.
Kerjasama baharu, Gagasan Anak Sarawak (GASAK) yang diasaskan pada September 2020 menggabungkan Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (ASPIRASI), Parti Bansa Dayak Sarawak Baru (PBDSB) turut bertanding buat kali pertama.
Perikatan Nasional tidak meletak calon secara rasmi. Komponennya, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) tidak bertanding, manakala Parti Islam Se-Malaysia (PAS) bertanding menggunakan lambang sendiri[8].
Sebuah parti baharu, Parti Bangsa Malaysia yang merupakan penjenamaan kepada Parti Pekerja Sarawak mengumumkan tidak bertanding dalam pilihan raya ini[9].
Remove ads
Komposisi calon
Keputusan
Ringkasan
Perubahan kerusi
Remove ads
Rujukan dan catatan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads