Chong Chieng Jen

From Wikipedia, the free encyclopedia

Chong Chieng Jen
Remove ads

Tuan Chong Chieng Jen (Cina ringkas: 张健仁; Cina tradisional: 張健仁; pinyin: Zhāng Jiànrén; Pe̍h-ōe-jī: Tiuⁿ Kiān-jîn; Pha̍k-fa-sṳ: Chông Khien-ìn, lahir 12 Februari 1971), merupakan seorang ahli politik Malaysia dan peguam yang berkhidmat sebagai Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) sejak Februari 2024,[1] Ketua Pembangkang Sarawak dari Jun 2013 hingga November 2020 dan sekali lagi sejak Mac 2024, Ahli Parlimen (AP) bagi Stampin sejak Mei 2018 dan Ahli Dewan Undangan Negeri Sarawak (ADUN) bagi Padungan sejak Disember 2021. Beliau berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna dalam pentadbiran Pakatan Harapan (PH) di bawah bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad dan bekas Menteri, Saifuddin Nasution Ismail dari Julai 2018 hingga kejatuhan pentadbiran Pakatan Harapan (PH) pada Februari 2020, AP untuk Bandar Kuching dari Mac 2004 hingga Mei 2018 dan ADUN untuk Kota Sentosa dari Mei 2006 hingga Disember 2021. Beliau adalah ahli, Naib Pengerusi Kebangsaan, Pengerusi Negeri Sarawak, Pengerusi Cawangan Kuching dan Penasihat Pemuda Negeri Sarawak serta gabungan Parti Tindakan Demokratik (DAP), sebuah parti komponen PH dan sebelum ini Pakatan Rakyat (PR) dan Barisan Alternatif (BA) di Bandar Kuching.[2][3][4]

Fakta Segera Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara, Menteri ...
Remove ads

Kehidupan peribadi dan pendidikan

Chong memulakan pendidikan rendahnya di SJK(C) Methodist (Sekolah Rendah Kebangsaan Cina Methodist), Sibu. Beliau meneruskan pendidikan Darjah 3 hingga 5 di SJK(C) Chung Hua No. 3 Kuching (Sekolah Rendah Kebangsaan Cina Chung Hua No. 3), dan Darjah 6 di SRK St. Theresa Padungan (Sekolah Rendah Kebangsaan St. Theresa Padungan), Kuching. Chong kemudiannya mengikuti pendidikan menengahnya di SMK St. Joseph, Kuching (Sekolah Menengah Kebangsaan St. Joseph Kuching) dan Sekolah Saint Patrick, Singapura. Beliau telah diterima masuk ke Maktab Rendah Victoria, salah satu kolej junior terbaik di Singapura.

Chong melanjutkan pengajian tingginya di Universiti Kebangsaan Australia, Canberra dan lulus dengan Sarjana Muda Perdagangan, pengkhususan dalam perakaunan & ekonomi, dan Sarjana Muda Undang-undang.[4]

Remove ads

Kerjaya undang-undang

Beliau bekerja sebagai peguam bela di Kuching dan bekerja dengan firma guaman Tetuan Chong Brothers Advocates.

Kerjaya politik

Chong pertama kali mengambil bahagian dalam pilihan raya umum Malaysia ke-10, bertanding untuk kerusi parlimen Bandar Kuching sebagai calon DAP tetapi tewas kepada Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Song Swee Guan.[5][6] Dalam pilihan raya negeri Sarawak ke-10, beliau bertanding untuk kerusi DUN Padungan, akhirnya tewas kepada Lily Yong Lee Lee, juga calon SUPP.[7]

Dalam pilihan raya umum Malaysia ke-11, Chong telah dipilih sebagai Ahli Parlimen Bandar Kuching dengan undi majoriti 2,041,[8] dan kemudiannya, ADUN Sarawak bagi kerusi baru Kota Sentosa dalam mengikuti keputusan pilihan raya negeri Sarawak ke-11.[9][10]

Chong mempertahankan kerusi parlimennya dalam pilihan raya umum Malaysia ke-12 dengan peningkatan majoriti.[11] Pada 2011, beliau sekali lagi mempertahankan kerusi DUNnya, kali ini menentang Yap Chin Loi, dengan undi majoriti 4,824.

Pada 17 Disember 2012, semasa Kongres Kebangsaan DAP ke-16, Chong adalah antara tujuh pemimpin DAP yang dilantik ke Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu.[12] Pada 5 Mei 2013, beliau bertanding untuk kerusi parlimen Bandar Kuching untuk kali terakhir dalam pilihan raya umum Malaysia ke-13 dan mengekalkan kerusi itu dengan majoriti lebih besar iaitu 19,642 berbanding calon SUPP, Tan Kai.[13]

Pada 7 Mei 2016, semasa pilihan raya negeri Sarawak ke-11, Chong mengekalkan kerusi DUN Kota Sentosa dengan majoriti undi 2,819 menentang Yap Yau Sin.[14] Pada 12 November 2017, semasa pemilihan semula Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP, Chong dipilih semula sebagai salah seorang daripada lima naib pengerusi kebangsaan parti itu.[15][16]

Berikutan keputusan penyandang Ahli Parlimen Stampin, Julian Tan Kok Ping untuk bersara daripada politik,[17] Chong berpindah untuk bertanding di kerusi parlimen Stampin menentang presiden SUPP, Sim Kui Hian pada pilihan raya umum Malaysia ke-14 (PRU14) pada 9 Mei 2018, yang dilihat sebagai kerusi 'kelabu' atau tidak selamat berikutan persempadanan semula oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR).[18] Pembantu khasnya, Kelvin Yii Lee Wuen, bertanding untuk kerusi Bandar Kuching.[19] Chong terus menang dengan undi majoriti 14,221.[20][21][22] Susulan peristiwa bersejarah PRU14 yang menyaksikan perubahan pertama kali berlaku dalam Kerajaan Malaysia dan berakhirnya enam dekad pemerintahan Barisan Nasional (BN), pada 2 Julai 2018, Chong mengangkat sumpah sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Malaysia oleh Yang di-Pertuan Agong.[23][24]

Pada pilihan raya negeri Sarawak ke-12, pembantu khas Chong, Michael Kong Feng Nian telah dipilih untuk bertanding di Kota Sentosa[25][26] manakala Chong bertanding di kerusi Padungan menentang Datuk Bandar Kuching Selatan, Datuk Wee Hong Seng. Chong seterusnya memenangi kerusi Padungan dengan majoriti 1,198.[27]

Remove ads

Keputusan pilihan raya

Maklumat lanjut Tahun, Kawasan pilihan raya ...
Maklumat lanjut Tahun, Kawasan pilihan raya ...
Remove ads

Anugerah

  • Malaysia :
    • Pingat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong XVII (2024)

Lihat juga

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads