Pusaka (filem)

Filem seram Malaysia 2019 arahan Razaisyam Rashid From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Pusaka merupakan filem seram Malaysia 2019 yang diarahkan oleh Razaisyam Rashid dengan idea asal oleh Natasha Chopra serta lakon layar oleh Anwari Ashraf, Alfie Palermo dan Amree Jukree.[2] Ia dibintangi oleh Syafiq Kyle, Mimi Lana, Hafidz Roshdi, Sweet Qismina, Ogy Ahmad Daud dan Faizal Hussein. Ia mengisahkan seorang pegawai polis berpangkat Inspektor telah menemui mayat pasangan kembar yang terkurung di sebuah rumah tinggal dan memerlukan siasatan penuh oleh pihak polis yang diketuai oleh Inspektor Nuar. Semenjak itu, setiap langkah Nuar dihantui pelbagai kelibat dan gangguan. Kematian demi kematian sering berlaku.[3] Filem ini ditayangkan di Malaysia, Singapura dan Brunei pada 31 Oktober 2019 dan menerima ulasan positif daripada pengkritik filem.[4]

Fakta Segera Pengarah, Penulis ...
Remove ads

Sinopsis

Balqis dan Qistina (Sweet Qismina) merupakan sepasang adik beradik kembar perempuan yang ditemui oleh Inspektor Nuar dalam sebuah rumah kosong, yang mana kedua-duanya telah dikurung secara misteri. Bagaimanapun, selepas penemuan itu, pegawai polis yang cekap itu kini perlu segera menyelesaikan misteri di sebalik kembar tersebut kerana dia bukan sahaja diganggu pelbagai kejadian aneh selepas menjumpai mereka, malah setiap orang yang berkait dengan kes itu juga mula mati seorang demi seorang.

Remove ads

Pelakon

Thumb
Syafiq Kyle sebagai Inspektor Nuar
Thumb
Mimi Lana sebagai Nur
Remove ads

Penerbitan

Pusaka diarahkan oleh Razaisyam Rashid, ia merupakan filem ketiga arahannya selepas My Indie Rock Darling (2007) dan CEO (2014) dengan naratif ceritanya berdasarkan idea asal dari Natasha Chopra dan lakon layar serta skrip digarap sepenuhnya oleh pasukan penulis Astro Shaw yang dikenal sebagai Writers' Room.[1] Filem ini menandakan penampilan layar lebar pertama Hafidz Roshdi,[5] Mimi Lana[6] dan Yuna Rahim. Kos pembikinan filem menelan belanja sebanyak RM2 juta dan telah menjalani penggambaran selama 30 hari.[1]

Keluaran dan sambutan

Pusaka ditayangkan pada 31 Oktober 2019.[1] Filem ini meraih kutipan sebanyak RM2 juta dalam masa empat hari tayangan.[7] Pusaka berjaya memperoleh kutipan kasar sebanyak RM7.2 juta dalam masa 11 hari tayangan, sekaligus memintas kutipan hujung minggu filem Maleficent: Mistress of Evil dan Terminator: Dark Fate. Filem ini turut mendominasi tangga pertama carta filem pecah panggung Golden Screen Cinemas (GSC) selama lima hari berturut-turut.[8][9] Pusaka berjaya memperoleh kutipan pecah panggung sebanyak RM11 juta selepas 18 hari tayangan.[10]

Setelah 4 minggu ditayangkan, filem ini bersama-sama Ejen Ali: The Movie terbitan Primeworks Studios dan WIRA juga terbitan Astro Shaw dan Primeworks Studios juga berjaya mendapat kedudukan Top 10 Movies @ GSC direkodkan pada 29 November 2019. Facebook Ejen Ali mengucapkan terima kasih kepada penonton atas sokongan kepada filem animasi Malaysia dan filem lakonan anak Malaysia.[11] Secara tidak langsung, filem ini berjaya mengatasi filem Sangkar juga terbitan Astro Shaw sekaligus membawa pulang gelaran "Filem Seram Nombor 1 Malaysia 2019".

Menulis untuk Malaysiakini, Za'im Yusoff menyifatkan "Pusaka lebih cemerlang berbanding Dukun, rupa-rupanya ia cuma lebih baik daripada Munafik 2. Tidak lebih, tidak kurang".[12]

Remove ads

Anugerah dan pencapaian

Maklumat lanjut Tahun, Anugerah ...
Remove ads

Sekuel

Menurut Razaimsyam, filem sekuel akan muncul dengan sekuelnya pula khusus untuk penggemar genre penyiasatan seram tempatan.

“Skrip untuk sekuel filem ini masih dalam proses dan penggambaran filem ini dijangka berlangsung pada tahun depan. “Kos produksi untuk sekuel ini juga dijangka lebih tinggi berbanding filem Pusaka yang pertama,”[13]

Filem ini sedang dalam pembikinan dengan mengekalkan pelakon yang sama.

Remove ads

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads