Fadlan Hazim

Pelakon lelaki Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Fadlan Hazim bin Anuwar (Jawi: فضلن هزيم; lahir 2 Januari 1992) merupakan seorang pelakon, model dan penyanyi lelaki Malaysia. Fadlan juga merupakan bekas ahli kumpulan Versatility In Perfomance (V.I.P).[2]

Fakta Segera Kelahiran, Pekerjaan ...
Remove ads

Kehidupan awal

Fadlan Hazim dilahirkan pada 2 Januari 1992 di Taman Melawati, Kuala Lumpur, Malaysia dan merupakan anak sulung daripada empat beradik.

Kerjaya

Sebelum menceburi dalam bidang nyanyian mahupun lakonan, beliau terlebih dahulu menceburi bidang peragaan sejak berusia 16 tahun. Fadlan pernah menyertai Pertandingan Kacak Bergaya pada tahun 2010 anjuran Pancaindera, sisipan hiburan Utusan Malaysia dan merupakan peserta termuda dalam pertandingan itu.

Fadlan pernah menjadi ahli kumpulan V.I.P (Versatility In Performance) di bawah naungan KRU Talents pada Jun 2010.[3][sumber tidak boleh dipercayai?] Pada tahun 2012, beliau menarik diri daripada kumpulan V.I.P. akibat tiada keserasian.[1] Kini, Fadlan lebih menumpukan perhatian dalam bidang lakonan berbanding nyanyian.

Kerjaya Fadlan di layar lebar bermula pada 2014 apabila beliau membintangi bersama Mikail Andre dan Pablo Amirul dalam filem Sniper arahan Pierre Andre yang ditayangkan pada 24 April. Beliau memegang watak Rafi yang merupakan atlet penembak tepat.[4]

Dari 30 Disember 2015 hingga 16 Februari 2016, beliau digandingkan bersama Ady Putra dan Mira Filzah dalam drama adaptasi novel Cinta Si Wedding Planner; memegang watak sebagai Ikmal Bazli.

Dari 16 Januari hingga 5 Mei 2017, beliau digandingkan bersama Siti Elizad dan Farah Nabilah dalam drama adaptasi telenovela Chile Papa Ricky; memegang watak sebagai Ricky.

Fadlan merupakan salah seorang pelakon yang menjayakan drama online KL Gangster: Underworld arahan bersama Syafiq Yusof dan Faisal Ishak termasuk Azhan Rani, Beto Kusyairy, Zahiril Adzim, Ezzaty Abdullah, Nabila Huda dan lain-lain lagi. KL Gangster: Underworld yang merupakan rendisi daripada trilogi KL Gangster karya Syamsul Yusof memulakan siaran di iflix pada 16 Ogos 2018; beliau memegang watak sebagai Jihan.[5][sumber tidak boleh dipercayai?]

Fadlan berlakon di samping Diana Danielle dalam drama Raisha 2 sebagai Rashdan.[6]

Remove ads

Filemografi

Filem

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Drama

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Telefilem

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Televisyen

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...
Remove ads

Anugerah dan pencalonan

Maklumat lanjut Tahun, Anugerah ...
Remove ads

Rujukan

Loading content...

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads