Sherry Ibrahim

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Sherry Ibrahim (lahir Syarizad Ibrahim; 3 April 1983) ialah seorang pelakon, model dan pengacara Malaysia.[1][2]

Fakta Segera Kelahiran, Pusat pendidikan ...
Remove ads

Kehidupan awal

Sherry dilahirkan pada hari Ahad, 3 April 1983 Masihi bersamaan 19 Jamadil Akhir 1403 Hijrah dan dibesarkan di Petaling Jaya kepada ibubapanya Ibrahim Yaacob dan Norliza Maamun. Beliau ialah anak sulung daripada tiga beradik yang kesemuanya perempuan, dua adik perempuannya ialah Natasya Ibrahim dan Syafinaz Ibrahim. Sebagai seorang pelajar, Sherry menghadiri Sekolah St. Mary Girl, Kuala Lumpur. Pada tahun 2001 beliau bekerja sebagai Pramugari penerbangan di syarikat penerbangan negara, Malaysia Airlines (MAS). Beliau meninggalkan MAS apabila kontraknya berakhir pada tahun 2006.[3]

Beliau memulakan kerjaya lakonannya dalam siri TV di TV3, Dunia Baru, di bawah pengarah M. Hitler Zami, sekali gus membuka permulaan kepada kerjaya lakonannya. Beliau menjadi peopular melalui kerjaya beliau dalam bidang lakonan, pengacaraan dan iklan. Peluang untuk menyertai syarikat penerbangan antarabangsa, Qatar Airways yang berpangkalan di Doha, Qatar datang pada tahun 2010.[4] Beliau sekali lagi kembali ke dunia penerbangan sebagai pramugari membuat dia meninggalkan kerjaya mekar beliau dalam bidang seni.[5]

Remove ads

Kerjaya

Selepas sekian lama menghilangkan diri dari dunia huburan untuk beberapa tahun, Sherry membuat kemunculan semula pada tahun 2012 apabila kontrak beliau dengan Qatar Airways tamat. Beliau telah ditawarkan peranan kecil dalam siri drama Setia Hujung Nyawa dari episod 16 dan seterusnya di TV3. Apabila drama mencapai rating yang sangat tinggi, ia membuktikan bahawa Sherry tidak pernah dilupakan dan bakat beliau adalah lebih ketara. Sherry kemudian ditawarkan salah satu peranan utama bersama Ady Putra, Nabila Huda dan Shah Iskandar dalam satu lagi drama hit, Teduhan Kasih. Sherry kini diuruskan oleh Afeeq dari Laugh Out Loud Entertainment Sdn. Bhd.

Artis di bawah pengurusan Laugh Out Loud Entertainment Sdn. Bhd. termasuk selebriti terkenal seperti Rozita Che Wan dan Dafi. Pada bulan Jun 2013, Sherry telah dilantik sebagai duta Hairkunst, Malaysia oleh pengarahnya Bambang Soteto yang telah diisytiharkan sebagai Duta/TrendTrainer untuk Schwarzkopf Malaysia 2010/2011.

Pada Januari 2014, Sherry telah dilantik sebagai Duta Fairy Beauty, Malaysia.

Remove ads

Gempak Superstar

Persembahan

Sherry merupakan salah seorang peserta Gempak Superstar 2016 dan merangkul gelaran naib juara. Sepanjang persembahannya di Gempak Superstar, beliau menyanyikan lagu:

  1. Minggu 1: "Kalis Rindu" (nyanyian asal Elyana)
  2. Minggu 2: "Percayalah" (nyanyian asal Indah Ruhaila)
  3. Minggu 3: "Meniti Hari" (nyanyian asal Amy Mastura)
  4. Minggu 4: "Lagu Cinta" (nyanyian asal Dayang Nurfaizah)
  5. Minggu 5: "Salahkah" (nyanyian asal Hafiz Suip dan Rossa; duet bersama Randy Pangalila)
  6. Minggu 6: "Janji Manismu" (nyanyian asal Aishah) dan "Tak Ada Logika" (nyanyian asal Agnez Mo)

Carta penyingkiran

Maklumat lanjut 1 (10/Apr), 2 (17/Apr) ...

Kehidupan peribadi

Sherry pernah dikaitkan menjalin hubungan cinta dengan pelakon Ashraf Muslim,[6] tetapi hubungan berakhir pada awal tahun 2009 apabila ia terbukti terlalu sukar untuk mengimbangi hubungan mereka. Beliau kemudiannya menjali hubungan dengan pelakon Fattah Amin, namun putus cinta pada 2016 akibat perbezaan kreatif.[7][8]

Filemografi

Filem

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Drama

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Drama web

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Telefilem

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Televisyen

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Muzik Video

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Iklan

Maklumat lanjut Tahun, Jenama ...
Remove ads

Diskografi

Maklumat lanjut Tahun, Tajuk ...

Rujukan

  1. "SHOWBIZ: Still the girl-next-door". 20 May 2013.
  2. Faten Saphilla Mohd Isa (9 September 2018). "Sherry Ibrahim masih berlakon". Kosmo!. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-09-13. Dicapai pada 25 Mac 2019.
  3. "Sherry selepas kecewa". 23 August 2008. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-06-06. Dicapai pada 2016-05-17.
  4. "Dengarnya... Sherry kembali terbang di awan biru". 24 April 2010. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-12-09. Dicapai pada 2016-05-22.
  5. "Putus cinta dengan Fattah, Sherry luah perasaan di IG". My News Hub. 10 Ogos 2016. Dicapai pada 20 Mei 2018.
  6. "Selepas putus dengan Fattah Amin, Sherry Ibrahim akui ambil masa bercinta". Perak Today. 6 Jun 2017. Dicapai pada 20 Mei 2018.
  7. "Kapoww!!". 17 June 2010.
  8. "Setia Hujung Nyawa". 22 December 2012.
  9. "Teduhan Kasih". 15 May 2013.
Remove ads

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads