Rina Mohd Harun

ahli politik Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia

Rina Mohd Harun
Remove ads

Datuk Seri Rina Mohd Harun (lahir 18 April 1973) ialah ahli politik wanita Malaysia berketurunan Melayu. Beliau merupakan mantan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (2020-2022), mantan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah (2018-2020) dan mantan Ahli Parlimen Titiwangsa selama sepenggal (2018-2022). Di peringkat parti beliau ialah Bendahari Agung BERSATU.

Fakta Segera Bendahari Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Presiden ...
Remove ads

Pendidikan awal

Beliau dibesarkan di Jalan Gurney, Kuala Lumpur dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Datok Keramat 1, Kuala Lumpur. Kemudian beliau melanjutkan persekolahan di Sekolah Tun Fatimah, Johor Bahru sebelum melanjutkan pengajiannya di Institut Teknologi MARA (kini Universiti Teknologi MARA; UiTM) dalam Diploma dalam Pengajian Perbankan. Beliau melanjutkan pengajian ijazah pertamanya di Universiti Northwood di Michigan, Amerika Syarikat dan mendapat BBA dalam bidang Perbankan dan Kewangan.

Remove ads

Kerjaya awal

Rina bekerja dalam bidang perbankan komersial selama 8 tahun sebelum menceburi bidang politik.[3][4]

Kerjaya politik

UMNO
  • Ketua Puteri UMNO Bahagian Sepang - 2002-2013
  • Setiausaha Puteri UMNO Selangor - 2002-2004
  • Timbalan Ketua Puteri UMNO Selangor - 2004-2009
  • Timbalan Ketua Puteri UMNO Selangor - 2009
  • EXCO Puteri UMNO Malaysia - 2009-2013
  • Pemangku Ketua Wanita UMNO Bandar Baru Salak Tinggi 2013-2016
BERSATU
  • Ketua Srikandi
Pakatan Harapan
  • Timbalan Ketua Wanita
Perikatan Nasional
  • Ketua Wanita

Pertubuhan NGO

  • Penolong Bendahari, Majlis Belia Selangor
  • Jawatankuasa Majlis Belia Daerah Sepang

Keputusan pilihan raya

Parlimen

Maklumat lanjut Tahun, Parlimen ...

Dewan Undangan Negeri (DUN)

Maklumat lanjut Tahun, DUN ...
Remove ads

Anugerah

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads