Yong Teck Lee

From Wikipedia, the free encyclopedia

Remove ads

Datuk Seri Panglima Yong Teck Lee merupakan Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional, Timbalan Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah dan Presiden Parti Progresif Sabah (SAPP). Beliau juga merupakan bekas Ketua Menteri Sabah di bawah sistem penggiliran Ketua Menteri Sabah.[1] Sebelum itu beliau adalah Timbalan Ketua Menteri Sabah.[2] Beliau pernah menjadi ADUN Likas dari 1985 hingga 2002 dan Ahli Parlimen Gaya dari 1999 hingga 2002. Beliau berkelulusan LLB (Hons) University of London dan Barrister-at-Law dari Lincoln's Inn London, United Kingdom.[3]

Fakta Segera Yang Berhormat Datuk Seri Panglima PJN (Malaysia); SPDK, PGDK (Sabah), Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah ...
Remove ads

Politik

Beliau mula berkecimpung dalam politik menerusi Parti Bersatu Sabah (PBS) sejak tahun 1985.

Meninggalkan PBS, Menubuhkan SAPP

Pada 1994, Yong menjadikan 'hilang kepercayaan' sebagai alasan meninggalkan Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS), Datuk Seri Joseph Pairin Kitingan, yang bertanggungjawab membawanya masuk dalam politik. Beliau kemudian mengetuai sekumpulan Ahli Parlimen dan ADUN berbangsa Cina daripada PBS, membentuk Parti Maju Sabah (SAPP). Pada 20 Januari 1994, Yong bersama Datuk Yee Lung Fook dan Datuk Tham Nyip Shen ke Kuala Lumpur untuk mendaftarkan SAPP sebagai parti dengan Yong bertindak selaku Presiden Penaja. Pada 21 Januari 1994, pendaftaran SAPP diluluskan Pendaftar Pertubuhan sebagai parti politik baru manakala pada 22 Januari 1994, Yong sah sebagai Presiden SAPP pertama hingga hari ini.

Hilang Kelayakan ADUN dan Ahli Parlimen

Beliau pernah hilang kelayakan sebagai Adun Likas dan Ahli Parlimen Gaya sejak September 2002 berikutan kesalahan mengikut Akta Kesalahan-Kesalahan Pilihan Raya 1954 kerana rasuah. Oleh itu, beliau tidak dibenarkan bertanding pilihan raya selama lima tahun dan terlepas Pilihan Raya Umum 2004.

Usul Tidak Percaya Kepada PM

Pada 18 Jun 2008, Datuk Yong Teck Lee mengisytiharkan partinya hilang kepercayaan terhadap kepemimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Beliau turut menyokong tindakan untuk mengusulkan undi tidak percaya kepada Perdana Menteri di Parlimen.

Menyertai Perikatan Nasional

Yong telah membawa Parti Progresif Sabah menyertai Perikatan Nasional sebelum bertanding di Pilihan raya negeri Sabah 2020. Dalam pilihan raya tersebut, semua calon SAPP telah tewas.[4]

Remove ads

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads