Seberang Perai Utara

daerah di Pulau Pinang, Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia

Seberang Perai Utaramap
Remove ads

Seberang Perai Utara ialah salah satu daripada lima daerah pentadbiran di negeri Pulau Pinang, Malaysia. Daerah terbesar di Pulau Pinang dengan keluasan 262.53 kilometer persegi (26588.04 hektar). Daerah ini juga terletak kira-kira 300 kilometer ke arah barat laut dari Kuala Lumpur dan 15 kilometer ke arah timur laut dari Georgetown (jika dikira dari Kepala Batas).

Fakta Segera Daerah Seberang Perai Utara دايره سبرڠ ڤراي اوتارا‎威北县வட செபராங் பிறை மாவட்டம், Negara ...
Remove ads
Remove ads

Pentadbiran

Pejabat pentadbiran daerah ini terletak di Kepala Batas, dan bandar terbesarnya ialah Butterworth. Pekan-pekan yang lain termasuklah Tasek Gelugor, Bertam, Bagan Ajam, Perai, Sungai Dua dan Teluk Ayer Tawar. Daerah ini juga terletak di bawah pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan iaitu Majlis Bandaraya Seberang Perai.

Daerah ini terbahagi kepada 16 buah mukim;

Thumb
Peta daerah Seberang Perai Utara
  1. Mukim 1
  2. Mukim 2
  3. Mukim 3
  4. Mukim 4
  5. Mukim 5
  6. Mukim 6
  7. Mukim 7
  8. Mukim 8
  9. Mukim 9
  10. Mukim 10
  11. Mukim 11
  12. Mukim 12
  13. Mukim 13
  14. Mukim 14
  15. Mukim 16
  16. Bandar Butterworth
  17. Bandar Kepala Batas

Perwakilan rakyat

Daerah Seberang Perai Utara merangkumi tiga kawasan persekutuan dan sembilan kawasan negeri.

Remove ads

Geografi

Daerah Seberang Perai Utara bersempadan dengan;

Daerah ini mempunyai purata ketinggian 8 meter atas aras laut, manakala ketinggian maksimum mencecah 167 meter.[3]

Demografi

Maklumat lanjut Tahun, Pend. ...

Berdasarkan bancian Malaysia 2020, jumlah penduduk di Daerah Seberang Perai Utara ialah seramai 339,095 orang dengan kepadatan penduduk 1,267 orang perkilometer persegi yang dikategorikan sebagai taburan penduduk sangat padat. Majoriti penduduk di daerah Seberang Perai Utara merupakan Bumiputera, dengan peratusan 63.1 peratus daripada jumlah penduduk.[4]

Maklumat lanjut Status, Bangsa ...

Kemudahan Awam

Terdapat pelbagai kemudahan yang dibina di seluruh daerah Seberang Perai Utara. Terdapat sebanyak 94 buah sekolah di daerah ini;[5]

Maklumat lanjut Jenis sekolah, Bilangan ...

Daerah ini juga mempunyai 17 buah balai polis, lima balai bomba, sebuah hospital daerah, lima buah klinik kesihatan dan klinik desa di sekitar daerah.

Remove ads

Pengangkutan

Selain merupakan pintu masuk utama dari utara Semenanjung, Butterworth merupakan laluan utama dari utara ke selatan Semenanjung. Sebuah kemudahan infrastruktur jalan di daerah ini iaitu Lebuhraya Utara - Selatan menjadi nadi utama sistem perhubungan jalan darat.[6] Selain dari itu, terdapat juga Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworh (BORR) iaitu sepanjang 18.9 kilometer yang telah dibuka pada 7 Disember 2005.[7]

Lebuhraya Utara Selatan[8]

Lebuhraya ini turut melalui Daerah Seberang Perai Utara iaitu bermula daripada Sungai Muda yang memisahkan Kedah dan Pulau Pinang sehingga Sungai Perai iaitu sempadan Daerah Seberang Perai Utara dan Daerah Seberang Perai Tengah. Terdapat dua susur keluar iaitu:

  1. susur keluar Bertam
  2. susur keluar Sungai Dua

Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth[7]

Lebuhraya ini bermula daripada Persimpangan Sungai Dua sehingga ke Megamall Pinang, Perai sepanjang 14 kilometer. Terdapat 3 buah plaza tol di sepanjang lebuh raya ini, iaitu:

  1. Plaza Tol Prai
  2. Plaza Tol Bagan Ajam
  3. Plaza Tol Sungai Nyior

Terdapat 5 susur keluar yang berada di dalam Daerah Seberang Perai Utara iaitu:

  1. Susus keluar Bagan Lalang
  2. Susur keluar Bagan Ajam
  3. Susur keluar Terminal Kontena (NBCT)
  4. Susur keluar Terminal Feri
  5. Susur keluar Dermaga Dalam

Hab Pengangkutan Penang Sentral[9]

Telah dibuka kepada awam pada 22 November 2018 menghubungkan semua pengangkutan darat di Wilayah Utara iaitu kereta api, feri, bas dan teksi. Telah dibangunkan oleh Malaysian Resources Corp Berhad (MRCB) merangkumi kawasan seluas 22.65 ekar.

  1. Kereta api (ETS dan Komuter)
  2. Bas (tempatan dan antara bandar, ekspres)
  3. Feri
  4. Teksi
Remove ads

Rujukan

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads