Siti Mariah Mahmud

From Wikipedia, the free encyclopedia

Siti Mariah Mahmud
Remove ads

Dr. Siti Mariah Mahmud (lahir 14 Februari 1958) merupakan ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau sebelum ini berkhidmat sebagai EXCO Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wanita dan Keluarga Selangor di bawah pentadbiran Dato' Seri Amirudin Shari dari tahun 2018 hingga 2023 dan berkhidmat sebagai ADN Seri Serdang selama sepenggal. Di peringkat parti, beliau merupakan Naib Presiden AMANAH Lantikan.

Fakta Segera Dr., EXCO Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wanita dan Keluarga Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor ...

Ketika di dalam PAS beliau merupakan ahli Jawatankuasa PAS Pusat dan Timbalan Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat.[1][2][3]

Remove ads

Pendidikan

Beliau memperolehi ijazah sarjana muda perubatan dari Universiti Kaherah, Mesir serta Sarjana Fisiologi dari University of London United Kingdom dan Sarjana Pengurusan Perniagaan dari Universiti Kebangsaan Malaysia, Selangor.

Kerjaya

Beliau pernah menjadi pegawai perubatan dah pensyarah di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Politik

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 beliau mengalahkan calon dari Barisan Nasional, S.A. Vigneswaran dengan majoriti sebanyak 20,751 undi. Beliau memperolehi 38,630 undi berbanding lawannya memperolehi hanya 17,879 undi. Majoriti yang diterima oleh beliau adalah yang tertinggi pernah dicatatkan oleh calon PAS walaupun beliau bertanding dalam kawasan Parlimen yang mempunyai peratusan pengundi India agak tinggi.

Pada Pilihan Raya Umum Malaysia 2018, beliau dipindahkan dari Parlimen Kota Raja ke DUN Seri Serdang. Beliau mengharungi cabaran yang besar untuk menentang penyandang Noor Hanim Ismail dari PAS yang bertanding atas gabungan Pakatan Rakyat pada pilihan raya sebelumnya dan Ketua Pembangkang dari Barisan Nasional, Dato' Dr. Mohamed Satim Diman.

Keputusan pilihan raya

Maklumat lanjut Tahun, Perlembagaan ...
Maklumat lanjut Tahun, Kawasan ...
Remove ads

Rujukan

Pautan luar

Loading related searches...

Wikiwand - on

Seamless Wikipedia browsing. On steroids.

Remove ads