Stacy Anam
Penyanyi wanita Malaysia From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Ummu Shaikhah Stacy binti Anam ADK[1] (lahir Stracie Angie Anam; 18 Ogos 1990) atau lebih dikenali dengan nama pentasnya Stacy merupakan seorang penyanyi Malaysia yang terkenal dan juara rancangan realiti TV Akademi Fantasia Musim 6. Beliau berasal dari Kampung Tuavon, Penampang di Sabah. Beliau digelarkan sebagai Ratu Tari Malaysia kerana sering memberikan persembahan yang bertenaga serta kebolehannya dalam menjaga kestabilan vokal yang mantap ketika sedang menyanyi dan menari di atas pentas. Sebagai komposer dan penulis lirik, Stacy juga dikenali sebagai Bunga Cantik.
Remove ads
Biografi
Stacy dilahirkan di Kota Kinabalu. Beliau berdarah kacukan Jerman, Vietnam dan Melayu. Bapanya, Anam Bayar yang berdarah campuran Melayu dan Vietnam Muslim berasal dari Kinabalu. Ibunya Agnes Kaloos yang berasal dari Jerman. Beliau belajar di Sekolah Menengah St. Michael Penampang. Oleh kerana masalah kewangan keluarganya, dia tidak mempunyai pilihan tetapi untuk berhenti sekolah pada usia 16 tahun ketika dia tingkatan 4. Untuk menyara keluarganya, dia menjadi seorang penyanyi di kelab-kelab tempatan. Sebelum uji bakat beliau untuk AF6, Stacy mencuba untuk lain yang ketara rancangan realiti nyanyian, seperti One in a Million 1, dan juga Gang Starz yang dia bekerjasama dengan abangnya, untuk membentuk satu kumpulan yang dinamakan E-Voke. Walau bagaimanapun, dia hanya berjaya ke separuh akhir sebelum mereka tersingkir. Keputusan untuk uji bakat untuk AF diperoleh daripada cadangan ibunya sebaik sahaja dia berusia 18 tahun. Stacy juga diberi biasiswa penuh untuk meneruskan pengajiannya di Universiti Limkokwing Teknologi Kreatif.
Stacy ialah anak kedua daripada tiga adik-beradik. Beliau mempunyai seorang abang lelaki yang bernama Maxmillian Camellus De’leili (ChaQ) dan juga adik lelakinya yang bernama Matthew Robert Joseph Henry (Robbie). Beliau meneruskan pelajaran dalam bidang diploma muzik dan seni, dan mula semester pertama pada Februari 2010. Stacy makin dikenali melalui beberapa lagu hitsnya seperti "Aku Stacy", "Pakai Buang", "Gagap, Bosan, Gila Lah!" dan "Not For Sale".
Pada 25 Ogos 2015, Stacy menukar agama daripada Kristian kepada Islam. Beliau memilih nama Islamnya, Ummu Shaikhah Stacy binti Anam sambil disaksikan oleh bapa dan ibunya.
Remove ads
Akademi Fantasia 6
Stacy atau nama penuhnya Stracie Angie Anam diterima masuk dalam AF6 dan beliau adalah salah seorang daripada empat belas calon pelajar yang terpilih untuk memasuki Akademi Fantasia setelah mengharungi berbagai-bagai ujian di setiap peringkat ujibakat yang diadakan.
Panel penilai dan pengkritik sering memberikan pujian serta komen positif kepada Stacy setiap minggu kerana beliau sering memberikan persembahan nyanyian yang konsisten. Sepanjang pertandingan, Stacy kekal di kedudukan tiga teratas apabila sesi pengundian ditutup pada penghujung setiap konsert, dengan empat undian tertinggi kolektif.
Menurut pengetua AF6 Dato' Ramli M. S., Stacy merupakan pelajar yang sangat berdisiplin dan sangat serius dalam mempelajari sesuatu ilmu yang baharu. Menurutnya, Stacy sentiasa fokus pada setiap pelajaran dan mengaplikasikan segala pengajaran yang dipelajarinya melalui persembahan di atas pentas Akademi Fantasia (musim 6). Setiap ilmu dan teguran yang diberikan dapat diterima dengan baik oleh Stacy.
Beliau juga adalah salah seorang pelajar yang berjaya mara ke peringkat akhir bagi musim keenam bersama Riz, Nubhan, Toi, dan Nadia. Pada 17 Mei 2008, beliau telah dinobatkan selaku Juara Akademi Fantasia Musim 6 sekaligus mengungguli takhta juara AF kepada kaum wanita buat kali kedua secara berturut-turut selepas Mila iaitu Juara Akademi Fantasia (musim 5). Beliau juga mencipta sejarah sebagai Juara Akademi Fantasia pertama yang berasal dari Malaysia Timur (Borneo).
Lagu-lagu di Akademi Fantasia
Berikut adalah lagu-lagu yang ditugaskan untuk dipersembahkan oleh beliau ketika konsert mingguan AF6 :
Perhatian: Lagu "Cinta Khayalan" pada asalnya adalah "Cinta Terhalang" iaitu single bagi penyanyi Yusrizan Usop atau Bob.
Remove ads
Mania!
Pada tahun 2012, Stacy telah menyertai satu lagi program realiti TV nyanyian terbaru yang melibatkan seniman-seniman tanah air dimana mereka akan dipilih oleh para penerbit muzik untuk digilap bakat dan menyerlahkan lagi pesona Superstar yang ada pada mereka. Stacy terpilih di bawah empayar merah iaitu dibawah pimpinan Dato' M.Nasir. Berikut adalah lagu persembahan Stacy sewaktu di dalam Mania! :
Anugerah Juara Lagu
Peringkat Akhir AJL
- Pada AJL edisi 2008, itu merupakan tahun terakhir AJL mengadakan kategori sejak 1992 sebelum dimansuhkan pada AJL edisi 2009. Edisi ini juga merupakan edisi pertama dan terakhir Stacy bertanding dalam kategori Pop Rock.
Peringkat Separuh Akhir Muzik Muzik
- Mimi Fly telah menggantikan tempat Stacy sebagai penyanyi untuk menyampaikan lagu Romeo ketika Separuh Akhir Muzik Muzik 31 disebabkan ketika itu Stacy tengah sarat mengandung anak pertama dan sedang menghitung hari untuk melahirkan anak.
Remove ads
Diskografi
Album studio
Album Kompilasi/Live
- Best Of Stacy (2008)
Single
- Solo
- Duet/Kolaborasi
Remove ads
Filemografi
Drama
Televisyen show
Kemunculan TV
Iklan TV
Remove ads
Anugerah
Remove ads
Darjah kebesaran
Sabah :
Pingat Ahli Darjah Kinabalu (A.D.K.) - (2024)[9]
Lihat juga
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads