Televisyen terestrial digital
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Televisyen Terestrial Digital (Digital Terrestrial Television, DTTV atau DTT) ialah pelaksanaan teknologi digital untuk menawarkan lebih banyak saluran yang dan/atau mutu gambar atau bunyi yang lebih bagus dengan menggunakan siaran antena ke antena biasa dan bukannya piring satelit atau sambungan kabel. Teknologi yang digunakan ialah ATSC di Amerika Utata, ISDB-T di Jepun, DVB-T di Eropah dan Australia, dan DMB-T/H di China (termasuk Hong Kong); tempat-tempat lain di dunia pula masih belum menetapkan piawaiannya. ISDB-T amat serupa dengan DVB-T dan boleh berkongsi komponen penerima bahagian depan dan penyahmodulat.
Remove ads
Pemancaran
DTTV dipancarkan pada frekuensi radio melalui gelombang udara yang serupa dengan televisyen analog biasa, dan perbezaan utamanya ialah penggunaan pemancar multipleks untuk membolehkan penerimaan pelbagai saluran pada satu julat frekuensi tunggal (seperti satu saluran UHF atau VHF).
Aamun data yang boleh dipancarkan (dan maka itu bilangan salurannya) secara langsung dipengaruhi kaedah modulasi saluran berkenaan. Kaedah pemodulatan dalam DVB-T ialah COFDM dengan sama ada 64 atau 16 Pemodulatan Amplitud Kuadratur (QAM). Secara amnya, satu saluran 64QAM mampu memancarkan kadar bit yang lebih besar, tetapi lebih terdedah kepada gangguan. Kumpulan-kumpulan 16 dan 64QAM boleh digabungkan menjadi satu multipleks tunggal, maka menawarlan degradasi yang lebih terkawal untuk strim-strim program yang lebih penting. Ini dipanggil modulasi berhierarki.
Perkembangan baru dalam pemampatan telah menghasilkan piawaian MPEG-4/AVC yang akan membolehkan dua perkhidmatan definisi tinggi dikodkan ke dalam satu saluran pemancaran terestrial Eropah 24 Mbit/s.
Piawaian DVB-T tidak digunakan untuk televisyen terestial digital di Amerika Utara. Sebaliknya, piawaian ATSC memerlukan modulasi 8VSB yang serupa ciri-cirinya dengan modulasi jalur sisi vestig yang digunakan untuk televisyen analog. Ini memberikan lebih lagi perlindungan daripada gangguan, tetapi tidak terlindung daripada herotan pelbagai laluan seperti DVB-T, dan juga tidak membolehkan pengendalian rangkaian frekuensi tunggal (namun masalah ini tidak relevan di Amerika Syarikat).
Kedua-dua sistem menggunakan strim pengangkutan dan codec video MPEG-2; perbezaan ketara antaranya ialah bagaimana perkhidmatan berkenaan (seperti audio pelbagai saluran, sari kata, dan panduan program) dikodkan.
Remove ads
Penerimaan
DTTV diterima melalui sebuah set-top box digital, atau peranti penerimaan bersepadu, yang menyahkodkan isyarat yang diterima melalui sebuah antena biasa. Bagaimanapun, oleh sebab isu-isu perancangan frekuensi, sebuah antena yang berlainan jenis (biasanya jalur lebar) mungkin diperlukan jika multipleks-multipleks DTTV terletak di luar lebar jalur antena yang sedia ada. Perkara ini kerap berlaku di UK.
Remove ads
Peralihan analog ke digital
Penyiaran pemancaran terestrial digital mendorong kebanyakan negara merancang untuk menghentikan siaran analog sedia ada secara berperingkat. Jadual ini menunjukkan pelancaran DTT dan penutupan televisyen analog di sesetengah negara.
- Pelancaran rasmi: Tarikh pelancaran rasmi televisyen terestrial digital di negara, bukan permulaan siaran percubaan.
- Penutupan mula: Tarikh penutupan pemancara analog utama yang pertama.
- Penutupan tamat: Tarikh penutupan sepenuhnya televisyen analog.
- Sistem: Sistem pemancaran, cth. DVB-T, ATSC atau ISDB-T.
- Interaktif: Sistem yang digunakan untuk perkhidmatan interaktif, seperti MHP dan MHEG-5.
- Mampatan: Piawaian mampatan video yang digunakan. Kebanyakan sistem menggunakan MPEG-2, tetapi H.264/MPEG-4 AVC yang lebih efisyen semakin popular. Sesetengah negara menggunakan kedua-dua MPEG-2 dan H.264, contohnya UK yang menggunakan MPEG-2 untuk kandungan biasa dan MPEG-4 untuk penyiaran HD.
Remove ads
Rujukan
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads