Terlanjur Cinta (drama web)
From Wikipedia, the free encyclopedia
Remove ads
Terlanjur Cinta ialah sebuah siri drama televisyen web Malaysia 2024 terbitan Rumah Karya Citra Sdn. Bhd yang diarahkan oleh Izuan Mokhtar dengan skrip oleh Erma Fatima. Dibintangi oleh Puteri Balqis, Syafiq Kyle, Syafie Naswip, Khir Rahman dan Umie Aida, ia memulakan tayangan perdana di platform penstriman Viu dari 14 Mac sehingga 6 April 2024 setiap Khamis hingga Sabtu.[1][2]
Siri ini juga bersiaran ulangan di saluran Astro Ria di bawah Slot DramaVaganza pada 3 Julai hingga 9 Ogos 2024 bagi menggantikan siri drama Kiblat Ke Syurga dan digantikan oleh siri drama W: Two Worlds.
Remove ads
Sinopsis
Demi menyelamatkan abangnya, seorang penagih dadah bernama Salleh dari penjara dan menyelamatkan keluarganya dari belenggu kemiskinan, Aishah menerima lamaran seorang duda tua, Pak Majid. Ini menyebabkan Aishah mengenepikan percintaan beliau dengan rakannya, Amir. Walaupun berbeza umur, sikap Pak Majid yang berbudi bahasa dan menawan menyebabkan Aishah jatuh cinta padanya.
Walaubagaimanapun, harapan Aishah untuk bahagia berkecai apabila Pak Majid kembali daripada kerja luarnya bersama isteri kedua. Kini, Aishah perlu berjuang untuk mengekalkan kehidupan baharunya. Sementara itu, Amir yang menunggu Aisyah mempersoalkan dirinya, samada beliau masih berpeluang memberikan kebahagiaan kepada Aishah.
Remove ads
Pelakon
- Pelakon utama
- Puteri Balqis sebagai Aishah[1][3]
- Syafiq Kyle sebagai Amir[1]
- Khir Rahman sebagai Pak Majid[1]
- Syafie Naswip sebagai Salleh[1]
- Umie Aida sebagai Mariam[1][4]
- Syafi Tee sebagai Hassan[1][5]
- Pelakon pembantu
- Taqim Zaki sebagai Manan[1]
- Anne Abdullah sebagai Mak Amir[1]
- Eldania Zahra sebagai Luna
- Yogi Tama sebagai Kino
- Pelakon undangan
- Sobri Anuar sebagai Bakar
- Sharifah Sakinah sebagai Ayuni
- Ziela Jalil sebagai Mak Lang
Remove ads
Penerbitan
Terlanjur Cinta diumumkan sebagai salah satu daripada 5 siri Viu Originals untuk tayangan bagi tahun 2023 dalam satu sidang media pada 1 Disember 2022.[6] Ia menjadi drama Ramadan pertama yang disiarkan di Viu dan menjadi kolaborasi sulung Erma Fatima di bawah syarikat miliknya, Rumah Karya Citra bersama platform penstriman tersebut.[7][8]
Keluaran
Terlanjur Cinta memulakan tayangan perdana di Viu bermula 14 Mac 2024 dan disiarkan setiap Khamis hingga Sabtu.[1]
Rujukan
Pautan luar
Wikiwand - on
Seamless Wikipedia browsing. On steroids.
Remove ads